Pages

Ads 468x60px

Labels

Wednesday, June 15, 2016

Ramadhan terakhir sebagai 'cik'

Yg bakal ak tulis hari ni adalah hasil nukilan kakak senior usim aku merangkap rakan sekerja aku skrg. Tak ada manusia d sekolah ak yg xhormat dia, tegas dlm lmbut. Hidup penuh berprinsip dan punya tujuan hdup yg jels. Semua aspek kehidupan ni, dia sgt mnjaga. Kalau nk nasihat, mmg kami smua pegi mengadap dia. MasyaAllah, nasihat dr hati ke hati..mmg touching😢

Ha, ini dia nasihat k.muiezi utk org2 yg nak kawin tu. Terutama sekali yg bakal melalui ramadhan tetakhir sebagai 'cik'. Baca lah dgn hati terbuka.

Fokuskan ramadhan ni utk beribadah. Islah dan tingkatkan ibadah wajib serta sunat.

Dalam bln ramadhan ni lah, kita mintak sungguh2 dgn Allah baitul muslim yg mcm mna kita nak. (kan byk wktu mustajab doa, sblm bbuka, mlm lailatulqadar, 2/3 mlm). Lg pn pesan k.muiezi, kita kena byk berdoa dan spesifik kn doa kita, mintak btul2 apa yg kita nk.

Di smping tu, jgn lupa berdoa dkt Allah, mintak kekuatan dan kesabaran yg sgt2 kuat utk hadapi hari2 yg mndtg (hari2 lps kawin).

perlu diingat, dan igt btul2,
Apa yg kita buat masa bujang dgn lps kawin amat lah jauh bezanya.

Perlukan persediaan rohani, jasmani, fizikal, mental. Lagi2 emosi, kena tarbiyyah dari sekarang. Mksudnya tarbiyyah awal2. Lg awal di tarbiyyah lagi bagus, igt seng nk set kn minda, bg bnda tu jd auto set? Bina mindset awl2, xrugi.

Kdg2 kita rasa dah cukup kuat sblm kahwin tp sbnrnya sebaliknya lps kahwin.

1 point penting, jgn aggap psgn kita adlh perfect dr segala2 nya. Tapi anggaplah sebuah perkahwinan tu sbgai takmil wa istikmal ( saling lengkap melengkapi ).

Selain itu, tingkatkan jga fikrah( fikiran) dlm ilmu2 agama, masakn dan sebagainya. Kalau blh, sblm kahwin kena ada trget utk khatam bberapa buah buku. Tidak di lupakan juga ya utk khatam alquran, kitabullah (kitab Allah).

Puasa isnin khamis jgn tggl. Sebab? Sbb kita xtahu lps kahwin, suami kita mcm mna. Jd, semntara ada ms lg tak terikat dgn sape2 ni, guna lah peluang ni utk trus bmujahadah. Dr segi?

1. Bacaan alqurannya
2. Tahajudnya
3. Puasa sunatnya
4. Tolg mak ayah/adik bradik nya

Aggap kita nak kahwin ni sbgai 1 tarikh kematian kita. Jadi secara tak lgsg kita pasti berusaha sehabis mungkin utk brsungguh buat amal ibadat kita.

Ingat, dan igt,
Rutin harian kita akan berubah 90% slps kita berkahwin.

Kalau dolu-dolu, sblm kahwin
Trpulanglah nk bgun pkul bp,
Trpulnglah nk bsuh bju smggu sekali ke,
Trpulanglah nk solat cpt atau lmbt,
Trpulanglah nk baca quran ambik brp minit,
Dan hakikatnya, lps kahwin semua tu berubah.

Jadikan bln rmadhan ni bln beruzlah dr 'dia', bkn 'Dia' tau, kang ckp ak bwa ajaran sesat mna plk. Hakak xbersalah ya kalau korang salah faham, utk elak salah faham, sila baca bg faham lah..

Ikut pandai koranglah, nk beruzlah yg smpai tahap mna. Kalau dah tarikh nikah 2 Syawal, agak2 lah jgak dak nk beruzlah kn. Sama jgk lah dgn mjlis tung pong.

Ak faham sgt, xsemua fmly fham apa yg kita nk sbnrnya. Kalau blh xnk contac, xnk msj, xnk call nk tggu bercinta lps kawin sgguh2. Sweet popcorn lah org ckp..heh..Tapi korang akan hadap 1 fasa yg sebaliknya kalau fmly tak ambik port utk uruskn semua tu, fmly mmg serah 100% dkt kau dan dia. Yg fmly korg nk tahu, semua dh setel. Jd, kalau korg lalu fasa ni, mujahadah dia lg tggi o0o0..

Tapi kalau dpt fmly yg sgt2 memahami dalam bab hbgn laki pmpuan ni, Alhamdulillah wa syukrulillah. Korang blh la beruzlah ( mengasingkan diri, dr tadi aku sebut beruzlah kn, kang ada orang kecam ak plk, sbut uzlah tp xterang pong mksd dia) dari dia. Jgn ambil tahu lgsg pasal dia. Sbln ramadhan ni fokus ibadah je. Mintak tolg mak abah n adik beradik kau, pesan dkt diaorg, dlm bln ramadhan ni jgn bgtau apa pn tentag dia.

Ha pnjg x? Ni bru episod 1 ya kwn2. Ada lg siri nasihat k.muiezi ni. Ada jgak ak kutip nasihat dia buat bakal2 pengantin syawal. Berdebor x? Letak lah tggn dkt jntung, raso lah sndiri.

0 comments:

Post a Comment

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.