Pages

Ads 468x60px

Labels

Sunday, May 27, 2012

Di sebalik sebuah ujian

Aku pernah bercerita kisah ini pada entri yang lepas. Kisah itu untuk satu masa yang sangat singkat. Kini setelah hampir sebulan lebih kami melalui semua ini, terlalu banyak ilmu yang kami peroleh, TERLALU BANYAK NIKMAT ALLAH kurniakan buat kami. Semoga Allah SWT menjauhkan kami dari golongan yang kufur nikmat-Nya, Ameen.

Kisah kami masih berlanjutan sehingga sekarang. Tapi pengalaman ini lah yang sungguh beharga buat aku. Terlalu beharga mungkin.

Keyakinan aku pada Alam ghaib semakin kuat,Firman Allah swt dalam Surah Al-Baqarah , “(yaitu) mereka yang beriman[13] kepada yang ghaib[14], yang mendirikan shalat[15], dan menafkahkan sebahagian rezki[16] yang kami anugerahkan kepada mereka.”

Dan sememangnya Allah menciptakan manusia dan jin semata-mata untuk beribdat kepadanya. Pada ayat ini jelas terbukti wujudnya golongan jin. Perkara yang perlu di yakini bukan untuk di takuti. Sama-samalah kita berusaha untuk kuatkan rohani kita untuk menjauhi rasa takut akannya melebihi rasa takut kita pada Allah SWT,insya-Allah,Ameen.

Pengalaman ini juga sungguh bermakna kerana buat pertama kalinya ana menjejakkan kaki ke Darussyifa. Sebelum ni just tahu nama saja tak pernah pergi pun.Di sana, aku di izinkan untuk berjumpa dengan beberapa ragam pesakit.

Alhamdulillah, pengalaman berada di sana membuka hati aku untuk memdalami ilmu perubatan islam. Insya-Allah, bila tiba masanya, akan aku ikuti kelas perubatan ini. Permudahkan jalan ini Ya Allah.

Banyak ilmu yang berguna daripada sekolah pengalaman kali ini. Salah satunya, orang yang di sihir tidak boleh makan atau minum minuman yang masam (limau). Air limau nipis akan menguatkan lagi sihir tersebut.

Golongan jin juga hidup seperti kita, makan, minum, berkahwin dan mempunyai anak. Mereka juga terdiri daripada golongan islam, kafir serta tidak beragama. Mereka juga mempunyai kerajaan seperti kita.

“Sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia”, ayat ni aki tak berapa faham, perlukan sedikit penerangan untuk penjelasan. Semasa proses rawatan dijalankan, tidak 100% kata-kata golongan ini boleh di percayai. Kita boleh ambil 50% saja, 50% lagi jangan percaya,siasat dulu!

Berjaya atau tidak rawatan tersebut terletak kepada diri pesakit itu sendiri, sebanyak 80% TAPI dengan IZIN ALLAH juga lah. Kita hanya boleh membantu pesakit dari luar. Kita boleh memebantu dengan memberi motivasi kepada pesakit. Pesakit sendiri perlu kuat rohani dan jasmani.

Apabila kita ditimpa kesusahan atau sedang diuji, Kita akan faham, betapa perlu dan wajib kita meletakkan pergantungan kita hanya kepada DIA YANG ESA, bukan pada yang selainya. Hanya Allah sebaik-baik penolong dan sebaik-baik sandaran.

Monday, May 21, 2012

BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA

Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yangboleh diamalkan seperti berikut;

i. Al-Muawwizat

ii. Ayatul Kursi

iii. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin

iv. Ayat Berkubu

v. Ayat Penggerak



1.0 AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)


BACAAN

Al-Muawwizat iaitu;

1. Surah Al-Ikhlas

2. Surah Al-Falaq

3. Surah An-Naas











CARA



1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat

2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa

3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membacaSurah Al-Fatihah)

4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas

5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangankeseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.

6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari



2.0 AYATUL KURSI



BACAAN









Terjemahan;

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia YangHidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidakmengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan dibumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya.Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakangmereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allahmelainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit danbumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan AllahMaha Tinggi lagi Maha Besar.

(Surah Al-Baqarah ayat 255)




CARA



1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf

2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekelilingmengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.

3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah(mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalamatau diluar rumah.


3.0 AYAT 1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN


BACAAN






Terjemahan:

(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnyakamu salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yanglurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagiMaha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yangbapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu merekalalai.(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah)terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8)Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tanganmereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah. (9) DanKami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding(pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.


CARA


1. Untuk memegar diri, keluarga dan harta benda

2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan)sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surahAl-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalanmenuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Bacakombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula.Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyaratmendinding keseluruhan bumbung rumah.


4.0 AYAT BERKUBU


BACAAN









Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubudengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabiMuhamad RasululLah.


CARA



1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiupsehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.

2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat inikemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan kekiri.

3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara

4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehinggahabis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas

5. Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dantahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.


5.0 AYAT PENGERAK


BACAAN









Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi jugadilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.


CARA



1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, ataubermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaanyang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaanyang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.

2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini,berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancarbaru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.

Tuesday, May 08, 2012

Cinta Sebelum Kahwin

Mesej masuk inbox. "Apa yang saya petut ada untuk jadi suami awak? " Bunyi mesej tersebut.
Agak lama memikirkan jawapan yang sesuai. Tak mahu ada hati yang terluka. Kadang-kadang, kata-kata boleh jadi lebih tajam dari mata pedang kan? 
Mesej ditaip setelah karang ayat agak lama..." Jadilah hamba Allah yang taat pada perintahnya, dan umat Nabi Muhammad yang mengamalkan sunnahnya." Butang send ditekan, mesej send.
Mesej masuk inbox lagi, " Perlukah saya tinggalkan minat saya ?"

Awak tak perlu tinggalkan semua yang awak minat kerana cinta manusia, Saya tak lihat pengorbanan meninggalkan apa yang kita minati adalah perlu demi cinta manusia. Jangan berubah menjadi orang baru demi cinta manusia. Jika benar cinta, awak hanya perlu jadi diri sendiri, tak perlu bertukar menjadi insan sempurna atau insan idaman Si Cinta Hati awak. Kita tak akan mampu memuaskan hati semua orang, termasuk hati orang yang kita sayang. 

Pernahkan jumpa seorang suami atau isteri yang kembali kepada agama asal setelah berpisah dengan pasangan mereka? Mereka memeluk islam bukan kerana Allah swt tapi kerana cinta mereka pada manusia. Bila hilang dan pudar cinta antara mereka, maka perubahan tadi juga sudah tidak bermakna walaupun perubahan tersebut ke arah kebaikkan.

Persiapkanlah diri untuk meraih cinta Si Cinta Hati seperti yang telah di tetapkan oleh Allah swt dan Rasulullah saw. Guideline  nya sudah ada tertulis di dalam Al-Quran dan Hadis. Apa yang patut di amalkan dan apa yang patut di tinggalkan jelas di situ. Jika ada sebarang pertanyaan, saya bukan orang yang selayaknya untuk dijadikan sebagai tempat rujukan. Di luar sana masih ramai ustaz terutamanya dan ustazah yang mampu memberikan penerangan.

Tak selamanya perubahan mampu bertahan hanya dengan bertiketkan CINTA MANUSIA. Tapi cinta ALLAH swt akan menguatkan kita, akan menyatukan kita, akan mengeratkan kita. Sama-samalah kita raih cinta Ilahi di sampaing siapkan diri bertemu Si Cinta Hati. Tak mudah tapi tak susah.

Jika iman terpahat dalam diri, ana percaya, ceburilah bidang mana sekalipun, iman tersebut akan menjadi pembatasnya, iman tersebut akan menjadi temboknya. Ana tak pernah mendabik dada, mengatakan ana insan mulia dan hanya layak untuk insan mulia. Ana tak ada sedikit pun hak untuk  menghukum atau mengklasifikasikan manusia, cuma pandangan ana dalam soal ini, 

Si Cinta Hati,
sepatutnya tidak akan mampu mengubah kita,
jika Cinta Tertinggi di letakkan pada tempat yang selayaknya.
Cinta Tertinggi,
akan mengubah kita 
jika kita berubah untuk meraih cinta-Nya.

Pesanan khidmat negara dari ana, jangan berubah kerana manusia, jangan berubah kerana cinta manusia.
Ikhlaskan diri berubah kerana Allah swt. Tetapkan niat kerana Allah swt. Insya-Allah akan ada kemanisan yang tersedia. 

Pahit jalan mujahadah kerana syurga itu manis. ^_^


Sunday, May 06, 2012

Sekitar SPARK 2012

Alhamdulillah..SPARK dah habis.
Boleh tahan letihnya..letih apa pun tak tau sebenaqnya..mengada-ngada ja kot yang lebih..hemm entahlah..


produk kami,
tapi tak menang pun..
tak sedih sebab gerai kami number 18..





tak cantik di mata orang,
cantik di mata tuan dia pun jadi lah.


Malam sebelum kejadian,
Aku dan Nurul pi stadium, pi ambik baju SPARK untuk group aku.
lambat kot baju sampai..haiyyyya..
  

Ok,
rumah untuk lampu tempurung kami dah siap,
lebih kurang dalam pukul 3 pagi..ngeee.
Balik dari seremban,kul3 pagi baru nak tidoq, esok cena lah yek???
takut lewat subuhnya..


Bab dengar seminar macam ni memang tak minat..aduhai.



Ok,
lampu dah masuk rumah.
cantik gila!
PERASAN GILA!..(sikit ja) ^_^


keychain khas untuk nama kami sembilan orang,
Hairon, Hana (Zinnirah), Mazyyah, Sakinah, Nurul, Hafizah, Ain, Yana, Nora(ibu Iman Kusa Dua).


cantik kan?


Gerai sebelah punya produk.
Maaf,
tak tau nak terang.


????
Tak faham motif di sebalik ni?
maaf .


Budak-budak group ni dah terang,
tapi still tak faham.
Agak lambat sikit otak memproses..


payung serba guna. Ini ja yang aku tahu pasal payung ni.


Entah,
budak fakulti sains yang buat.
Aku bukan otak sains.


Tikah dan Masyitah,
Sekolah menengah sekali,
Sekarang kos kaunseling...


ni produk depa..
lampu dari sudu..


Ni budak Fiqh Fatwa (FIFA) buat,,lampu jugak!


Misin lipat baju..cara nak lipat baju bagi sama..
Dah malas sangat ka???



keropok lekor cheese.
Hemmmm..sangat lazat!
betul tak tipu punyalah..


payung tak bagi tempias hujan kot..
entah,,,,


Geng FPBU jugak..tapi tak tau BBA bapa..
depa buat website..


Sebelum majlis bermula..
Stadium Tertutup Nilai...


Bagi makan ikan ikut time..
sapa yang suka bela ikan, boleh lah dapatkan segera produk ni..


boleh lah..
jujurnya,,,tak sdap sangat..ni pengakuan jujur ok.


Kopi Assah??








Geng FPBU.


Ni pun geng FPBU. BBA5 kot...tak pasti.



Ni puuuuuun...Geng FPBU..
Pilih kroni, masa lawatan tengok produk..


Gambaran secara dekat..boleh tahan cantik lampu ni..




My housemate..dua-dua budak FIFA.



tong sampah pelbagai guna..ada bahagian kertas, plastik dan kaca..kalau tak silap.


Ni permainan, islamic..


cara mudah nak cat rumah..


FPBU lg..
tapi produk ni lain sikit..sebab produk ni menang!


NC USIM.


FIFA group.
Lampu lagi..
dah macam pesta lampu dah..



Tepung yang dah siap di adun, just balik tambah air ja..
Hasilnya seperti di bawah ni..



Hasil kerja budak Sains Fizik..
Mengabungkan konsep haba dan apa tah..huhuhu,
lupa sudah.




Ibu Iman dan Hana..



Geng Quran Sunnah (FPQS)


Ni pun geng FPQS, Buat congkak dari tempurung..
Kalau tak silap, menang juga.




Produk my housemate juga..
tongsampah bergerak.






Geng PALAPES..
api tu...





My housemate yang tudung putih..
dari sabah ba.



Lampu lagi..



meja dan kerusi untuk budak tadika,
diperbuat daripada kotak..
kukuh betul kerusi dia..
macam tak caya ja boleh duduk betul..
ni hasil kerja budak Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM).


Ni gerai sebelah, gerai FEM tadi..
lampu lagi..


Cara nak cegah orang dari merokok,


Budak fakulti sains punya hasil kerja..


Masjid USIM..
insya-Allah....


produk kami.
CS Deco Lamp..
cantik kan?
creative kan?
Perasan kan?


yang tudung putih ni,
pembentang kumpulan kami..
Nur Ain Ramlan.


Dua-dua orang kawan aku dari sekolah rendah,
sekolah rendah sama,
sekolah menengah sama,
universiti pun sama,

Tapi yang tudung putih tu ambik kimia..cekang o0o0o0o0..


Hana with our product.


Group adik beradik USIM,
ucu tak puas hati,
depa guna produk assignment  kami sebagai product depa..
Nasib lah ucu..Tapi idea asal kan achik punya..
part yang paling dia tak puas hati,
DEPA MENANG!
apa pun TAHNIAH!




Rak kasut..


Bayang-bayang pemisah antara Hairon dan Hana..huhuhuhu
 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.