Pages

Ads 468x60px

Labels

Friday, March 25, 2011

Siapa Aku?

Malam ini aku dan sahabat bersama Ahmad Fitri Yahya( penacara MHI,TV3). Tajuk yang di sampaikan adalah 'SIAPA AKU'. Banyak perkongsian berguna dan sangat membantu aku.

Penyampaian dia ok, santai . Sebelum ini aku agak2, ak rasa2 dia ni jenis sombong punya org. Meleset sekali tekaan aku. Semalam aku berjaya dapatkan tandatangan dia. Aku mmg kagum dgn cara dia mengacara MHI. Kita blh nmpk perbezaan org yg berilmu n kurg, bila diaorg brcakap or ulas sesuatu. Nmpk la jenis yg byk mmbaca n mengkaji punya org dia ni.

Terima kasih Nurul Izzati Idris ,Nur Liyana Adnan dan Nur Syuhadah. Memori indah malam ni. Indh la sgt Hafizah oi..semuanya indah ko ni.
kesimpulannya,kita tidak perlu malu dalam proses pembelajaran,kita perlu mengambil langkah pertama untuk bermula..tiada langkah pertama maka tiadalah penamat. Komunikasi yang berkesan adalah satu teknik yang perlu diasah dan digilap dan untuk mendapatkannya,kita perlu bersosial dengan pelbagai lapisan umur untuk mendapatkan cara dan teknik yang betul dalam berkomunikasi.

Thursday, March 24, 2011

NOVEL


Hari ini kami berkunjung ke Geleri Ilmu di kota Damansara (syarikat penerbitan buku). Kami dalam misi menyiapakan tugasan subjek Mass Com. Tugasannya, tentang islamic novel.

Kami telah berganding bahu dengan kumpulan Suhaimi untuk menyiapkan tugasan ini. Aish cewah, berganding bahu pulak.. kmi menghantar 4 orang wakil untuk menuramah wakil syarikat tersebut,dari kumpulan kami Andak dan El Amor,wakil kumpulan Suhaimi pula ialah Suhaimi sendiri dan Amir.

Sementara tunggu diaorg siap temuramah wakil Geleri Ilmu,kami 5 org dkt bawah ni dh hbis aktiviti dh kmi buat. Habis buku di situ kami teroka, smbil2 tu, kami tgkap lah jgk gambar staf dan menemubual tentang syarikat serba sedikit. Lps tu, kami pi isi perut di gerai berdekatan. Wahhhh..Along belanja..Seronok tak? Pasti lah dong.

Mulai esok,aku akan dihujani dengan pelbagai tugasan. cewah, bdjet sibuk sgt. Ayt je gempak. Minggu depan aku ada dua exam, Communication Technology dan ICT. Hari isnin aku akan di temuduga untuk satu jawatan yang belum aku cari.. tapi yang pasti temuduga tersebut dalam bahasa inggeris sbb ni tugsn utk sbjek BI. Malam ni...MISI SIAPKAN DA'WAH kumpulan,esok bentang. Moga-moga semuanya berjalan lancar..Amin

SELAMAT HARI LAHIR NURUL

Semalam, kami sempat sambut birthday NURUL IZZATI IDRIS yang ke-21. Ha tudia, bg nama penuh dkt situ. Syg sgt ni..ketat2. Kwn dr skolah redh, sek mengh dh tu la ni jmpa lg d uni.


kami berjaya mandikan dia dengan tepung gandum.

Spoil, sbb Nurul dapat hidu awl pasal kami nk adakan majlis untuk birthday dia.. ni semua angkara Andak,dia tanya Nurul,"malam ni ada makan-makan ke"..Aduh rosak plan..Sebenarnya Andak tak dimaklumkan majlis malam ini adalah untuk Nurul,So bukan salah dia 100% lah kan? Blh la d terima sbgai alasan.

Nurul tidur awal plk mlm ni. rancang pukul10 nak mula majlis,tetapi kami terpaksa kejutkan dia dan tunggu dia bersiap dulu. memandangkan birthday girl siap lambat,so,acara bermula lebih kurang dalam pukul11.15. Semalam dh mcm birthday semua orang. Semua habis terkena tepung. Acik dan Alang yang tgh bincang tentang role play  pun terkena tempiasnya.

Gembira betul adik-adik aku. Terima kasih kepada adik-adik yang telah menjayakan sambutan ini. Sayang adik-adik semua.

Nurul,Moga-moga persahabatan yang terbina sejak sekolah rendah ini akan terus kekal buat selamanya. Moga-moga aku sentiasa ada di sisimu disaat kau perlukan ku. Moga-moga kamu bahagia di dunia dan akhirat. Amin

Tuesday, March 22, 2011

D E N D A M


Mampukah maaf dihulur tanpa sebarang dendam?


Soalan yang sentiasa terlintas di kotak fikiran.

Situasi 1
seorang anak yang telah di perkosa oleh ayah kandungnya sendiri..mampukah anak itu menghulurkan salam kemaafan buat ayahnya itu? Sedangkan ribuan manusia di Malaysia tahu ayahnya adalah HARUAN MAKAN ANAK. Jika kemaafan di berikan adakah tiada sekelumit dendam terpahat di dalam dadanya?

Situasi 2
Seorang sahabat mendapat berita, Sahabat baik sndiri jd isteri kedua suaminya sekaligus merangkap madunya. Adakah dia mampu menghulurkan kemaafan tanpa dendam? Tidakkah kebahagiaannya di ragut? Bukankah kepercayaannya telah di robek?Mampukah dia menjalani kehidupan seperti biasa setelah apa yang berlaku?


"Sedangkan nabi maafkan umatnya",

"Malah ALLAH akan mengampunkan hambanya yang bertaubat."

Ayt2 ni mmg biasa kita dgr kn? Kerap sgt dgr tima org nk mintak maaf.

Kita boleh mencontohi Nabi Muhammad? Memaafkan seseorang tanpa dendam. "masalahnya aku bukan nabilah sekarang ni,kalau aku nabi dah lama aku maafkan dia,aku bukan nabi,aku manusia biasa" ha, tudia jwpn balas.

Balas la balik,
"Sebab hang bukan nabi lah hang kena maafkan. Nabi yg mulia tu pn maafkan org, xkn hang yg byk dosa ni xblh nk maafkn org. Malu dgn nabi weh"

Soalannya..mampukah kita memaafkan insan yang telah melakukan kesalahan pada kita tanpa sekelumit rasa dendam? Dalam ranjau hidup yang berliku dan tidak pernah terduga ni, mampukah kita?

Jika jawapannya tidak mampu, gembirakah kita kembali kepada ALLAH tanpa menjelaskan 'hutang' kita sesama manusia? Mulia sangatkah kita hingga insan tersebut tidak layak menerima maaf kita?

S E R O N O K


Seronok sangat hari ini.. Itulah yang aku rasakan..hati dh kembali tenang..Alhammdulillah


Hari ni aku bersama sahabat aku.. selesai makan tengah hari di cafe FKP kami terus berjalan ke libry..kami di sana hingga jam sembilan malam..bunyi mcm rajin anak2 dara ni ulang kaji pelajaran,tapi sebenarnya tidak. Tidak! Aku p libry sbb download lagu siti...hahahahah. rajin sgt!


Aku teka hubungan kami dh ok..Aku dapat rasa sbb tggl berdua kn..hbgn yg mcm sjuk beku tu blh jd hangat la balik, sbb u need her n she need u. Bila tggl berdua je, ko akn fokus pd dia je lah. So this is the rihgt time kn? So melangkah utk baiki hbgn tu baik2 ya.
 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.