Pages

Ads 468x60px

Labels

Tuesday, July 30, 2013

Demi Ayah

Aku sampai di rumah sewa. Aku baringkan tubuh aku. Entah apa yang aku fikirkan aku pun tak pasti. Otak ligat berjalan tapi tanpa matlamat. Aku cuba pejamkan mata. Tak berjaya!

Bos aku call lepas aku mesj.
"Fiza ambil lah berapa yang Fiza rasa nak guna" . Bos aku ni bagi sedikit harapan. Ada satu lagi masalah. Kenderaan. Tak da tiket ekspres waktu2 mcm ni.

Aku betul2 tak tahu nak lepaskan rasa yang bergejolak dalam diri aku skrg ni. Lepas berbuka dengan Suri. Boleh aku ajar Suri bawa moto. Cuba untuk happy, sedangkan dalam ni rasa dah macam nak meletup!

Aku tidur lps pukul 3 pagi, pukul bapa aku pun tak pasti.

Esoknya, aku kerja pagi. Mak ak call. Adik Arfah menangis. Ak tak sedap hati!
" hang awat? hang teriak pasai apa?"
" Ak sedih, hang tak boleh balik ka?"
"tangok lah ptg ni, aku balik kot."

Otak aku fikir satu cara saja. Tapi cara ni mbuatkan akku just boleh balik shri sja. Ada yang sudi bagi guna kereta. Terima kash, terima ksh byk2.

Suri sudi ikut aku, Alhamdulillah, ada yang menemani aku balik kampung. Pukul3 lbh, kami bertolak ke Hospital Serdang. Miza masih di ICU, cuma dia dh makin baik. Sekarang tgh tggu masuk wad, tapi wad penuh! Ak dh siap bawa semua kelgkpn dia utk masuk wad nnt. Ak mintak kak nurse 2 simpn, sbb ak xdpt dtg esok.

Dia nangis, sbb aku xdpt tgok dia esok.
Ak ckp, " ayh akk dh tent, akk xnk myesl d kmudian hr. Miza fhm kan". Aku cium pipi dia sebelum balik.
Ya Allah jaga dia untuk aku.

Drive dr Serdang ke Perlis, non stop and sndri. Suri blh bwa, tapi xda lesan. Pukul 1 pg kami sampai Perlis. Adik Hadi n his wife dr Kelantan terus ke Hospital Sultanah Bahiyyah, Alor Star. Pukul 2 baru diaorang sampai.

Aku sedikit gusar memikirkan hari esok.

Pukul 1 ptg, kami sampai Hospital. Tapi ayah aku xda. Dia kena CT Scan. Kami tggu sampai masa melawat hbis. Tp ayh sy belum selesai. Kami balik ke rmh mkcik dulu.

Pkul4 kami pergi lagi. Okep ayah aku ada. Waktu ni, aku sangat kagum dengan adik2 aku. MasyaAllah. Sebegini rupa diaorg jaga ayh aku. Rasa  marah, sedih dan kecewa mereka selama ni di campak ke tepi. sedaya mungkin mereka lakukan yang terbaik. Berkhidmat pada ayah. Adik Hadi mandikan dan suap mkn ayah aku.! aku macam nak menangis. Ak? Aku masih berperang dengan rasa dalam diri. Aku hanya membantu apa yang patut.

Sebelum ak balik, aku salam dan cium pipi ayah aku. Rasa hati? ak pun tertanya2 sndiri.

Kami sekeluarga, berbuka di taman Hospital. Lepas berbuka kami bertolak balik Perlis. Lepas makan nasi, aku n Suri bertolak balik Nilai. Nak tak nak, aku kena balik, esok fligt Suri pukul 11 pagi.

Sebelum bertolak, Mak Miza call aku.
Lepas bertanya khbr ayh aku. " mak cik nak baeritahu ni, Miza pun tent skrg. Dokter call mak cik tadi. Miza kena masuk ICU balik. Kena masukkan tiub balik. " Berita ni mmg btul2 buat aku sdih. Sptutnya, Fligt kami 31 Julai ni.
" Dokter cakap, mungkin tak dapat balik kg juga ni."

Ak mmg trget, balik Nilai, pg esok aku nk pergi ambil dia dr Hospital. Allah Ya Allah. malam ni aku memandu dalam keadaan,yg entah apa2. Alhamdulillah selamat sampai Nilai.

Suri dah pun bertolak balik Sabah.

Mesej masuk. "Mak cik nak beritahu Fiza ni, Flight makcik ptg ni pkul3.05."

Ya Allah, Engkau kurniakan lah yg trbaik. Ameen

Saturday, July 27, 2013

DUGAAN

Cerita ni brlaku pagi tadi, sangat pagi, lebih tepat, cerita ni berlaku time pagi masih BUTA..hehehhe

Budak kecik sakit and kejut aku pukul 3 pagi... Allahuakbar! aku xsedar. Sebb? sebelum tidur, aku minum ubat batuk, confrm lah aku hanyut.

Aku sedar time sahur. Budak kecik tengah batuk! tapi aku lambat tangkap lagi, biasa lah, baru bangun tidur. Bila dh siap mask untuk sahur, aku kejut budak kecik yang memang tak tidur and tak dapat tidur pun sebenarnya. Dia dh agak lembik dah. Tapi aku yang gila-gila ni terus kan lagi gila-gila aku. Aku bagi dia minum nescafe suam.. Dia try bagun, sedaya mungkin dia ikut ckp aku.



Ok, dia makn nasi goreng skit. Tapi tak lama, sebab lepas tu dia muntah. Aku terpaksa bagi dia ubat juga. Semua jenis ubat yang dia kena makan, aku bagi dia telan. Lepas tu, aku suruh dia minum air suam. Dia masuk bilik. macam biasa, sapukan bam dekat tapak tangan, tapak kaki, belakang and dekat dada dia. Dia nampak selesa sikit, aku selimutkan dia and solat subuh. Aku kemas rumah, time ni aku ada dngr yg lain mcm dr bilik. Alamak! budak kecik penat!dh tercungap2 dah.

aku rasa bersalah sbnrnya. Sbb aku tidur mati smlm. Dia dh tahan sakit begitu lama.

Call ambulance tapi lambat pulak datangnya, mugkin sbb hari cuti kot. Budak kecik dah pengsan. Kami angkat dia masuk ambulance. Macam biasa, terus pergi Hospital Serdang. Doa aku tak dimakbulkan pagi ni. Budak kecik masuk zon merah(zon kritikal). Kalau masuk zon ni, aku tau dah, harapan untuk dia balik dgn aku hr ni mmg sgt sgt tipis. Tapi aku positifkan minda, mana tau ada keajaiban berlaku.

Dekat luar, aku baca buku ustaz pahrol, best walaupun cerita tentang lelaki. Jujur dari hati, dari awal aku baca buku ni, aku asyik fikir ayah aku je. keejap-kejap berhenti baca sebab teringat ayah aku.

terdetik pulak tengok tepon. Ada dua miss call dari Abang Amin( abang number 2 aku). Tak sedap hati pulak aku. Abang aku ni tak pernah tepon kalau tak mustahak. Nak call balik xda krdit. Krdit advance pun dah habis!

Aku pergi solat zhor. Sebelum solat, abang aku call aku balik. Dia bagitau, ayah aku sakit. kalau sakit biasa memang dia tak bagitau lah kan. Macam biasa, aku lambat respon. otak aku ligat berfikir. Nak balik, memang rasa nak balik sangat. Tapi sekupang pun aku tak dak sekarang ni. Allah, bantulah aku.

Lepas zohor, aku masuk tengok Budak Kecik,
" Miza kena masuk wad ke nurse?"
" aah, dia masuk icu"

Dialog yang paling aku benci. tapi tu lah yang aku perlu tempuh. Aku berkira2utk bagi tahu dia atau pun tak tentang keadaan aku skrg. Ak putuskn utk xbgtau. Sbb? dia ni pantang stress, or risau terlebih, makin menjadi2 pulak asma dia nanti.

Aku dah tak dapat fikir. Badan aku macam dah xlarat, yang aku tau, aku nak balik tidoq. Kptsn apa pun, lps aku bangun nanti. Maka, pukul 2, aku ptuskan utk balik Nilai walaupn Budak Kcik ni blm masuk icu lg, tgh tggu katil kosg. Ak sedih, tapi nak buat mcm mna. Ak terpaksa. Otak serabut. macam2 dah yang lalu lalang dalam minda aku.

Tggu bs punyalah lama, sejam jugak lah. Pukul3 aku naik bs ke KTM Serdang. Ya Allah, dugaan apa lagi Ya Allah, bas meletup , tapi di belakang. Dalam hati aku, " jangan lah sampai bas ni terbakar, aku masih mahu hidup Ya Allah." Dalam letih2 tu sempat lagi berdoa macam tu. Manusia-manusia. Maka aku pn terpksa jalan ke stsyen KTM. nasin lah dekt je lg nk smpai.

Samapai Nilai, bas mini pulak xdak. Terpaksa lah aku naik teksi. Memang fully guna duit budak kecik lah. Ak call mak aku, ak mintak mak aku dul;u yang pi tengok ayah aku. tangok macam mana keadaan dia. Semoga semuanya baik Ya Allah.

Hari ni, aku buka pusa dgn Suri, dia kedai buku giant. Nasib lah. Xda mood nk beli or mask mknn hr ni.

Malamnya, baru aku call mak budak kecik, cakap dia di ICU. Allah, mugkin juga semua ni bukn dugaan, tapi balsan ats dosa2 yg lalu. Apa pun Allah lebih tahu kerana Dia Maha Mengetahui.

P/s: Semoga budak kecik and ayah aku cepat sembuh. Hidup aku sedikit tunggang langgang.

Thursday, July 18, 2013

Balik kampung oh balik kampung

Alhamdulillah, 2 Ramadhan yang lepas aku berkesempatan untuk pulang ke kampung halaman yang tercinta. Ha gitu rasanya pada kampung halaman!

Untuk tinjauan  kampung hakaman aku, boleh lah tengok video kat bawah ni. Muhammad poyo ja dapat masuk tv. Tp ok lah, femes juga kampung aku ni kan? kui3


Ada kisah best masa aku balik kampung kali ni,
Aku balik dengan Miza. Macam biasa. (^^,) Kami balik naik train. Okep, kes nak budjet, kami naik kels ekonomi lah kan. Tambang bapa? RM16 saja dr KL Sentral ke Arau. Murah kan? Aku rasa macam nak balik kampung tiap2 minggu pulak.



Pagi Jumaat, kami sampai stsyen Arau. Niat di hati, sampai ja di Arau kami nak tukar tiket, Tak mau dah naik kelas ekonomi. Sakitnya badan, macam baru lepas belasah 10 orang. (poyo ja, macam pernah belasah orang kan?)

Memandangkan penat, jadi, kami pun balik rumah naik teksi dulu. Part ni yang paling best. Tambang dari Arau ke Kampaung Sungai Bugis lagi MAHAL dari KL balik PERLIS. Memang tersangat dahsyat hidup ni. RM30. Memandangkan aku puasa dan penat, jadi malas lah nak bertekak dengan Si Pak Cik teksi tu.

Sampai rumah, rehat sat, Mak aku ajak pi nat. Sebab? Adik hadi nak makan ketupat. Dia nak makan, tapi aku lah yang nak kena cari bahannnya. wacca!

Okep!balik dari nat, aku terus tidur, agak lah letihnya.

Petang tu, pergi arau, tapi sedih. tempat tidur dah habis. Esok kena pergi sekali lagi, kalau ada gerabak tambahan, ada lah rezeki kami. Mak aku cakap, " hampa naik juga lah kelas ekonomi, meratik (berzikir) sampai pagi"

Malam tu, kami ada niat nak pi pasar malam, tapi pukul 8.30 dah sunyi, semua orang bailk pi tarawih kot. Aku pun balik rumah, balut ketupat lah. Budak Abdul Hadi tu dah teringin sangat dah. Macam lah dia tak balik raya, tapi mungkin dia tak dapat cuti raya juga.

Esoknya, kami pi tukar tiket keta api. Alhamdulillah dapat tempat tidur. Shoping raya sat. Shoping lah sgt time tak dak duit ni. kami pi rumah wa. Ain NAbila makin sihat, Aqil n Akmal makin kurus. Baru lega demam kak Ija kata. Masa balik tu, Singgah Bazar Ramadhan Stadium, Beli untuk berbuka n sahur atas train.

Sedih time!
pukul 6.30 ptg, bertolak ke arau. Kami berbuka atas train. Esok paginya, bangun dalam keadaan segar! sebab dapat tidur lena semalam. Subuh kami di KL Sentral. Lapas tu Ambik KTM ke Nilai dan terus balik rumah. Petangnya kami masuk kerja. Cewah! macam orang yang tersangat sibuk kan?

Salam Ramadhan Semua.

Wednesday, July 17, 2013

PERLIS : 2nd round

Alhamdulillah, aku ambil keputusan untuk balik kampung, walaupun banyak kerja yang tak siap lagi. Kerja Dr. Mikail yang paling memeningkan kepala aku. Banyaknya, masyaAllah.Tapi dah lama tak balik kampung, jd rindu dah makin menebal. dapat tengok muka mak sat pun jadilah kan. orang kata setakat nak melepaskan rindu, jadilah!

Aku still balik berdua dengan Miza. Walaupun bukan adik angkat aku, tapi tak da halangan utuk aku bawa dia balik kampun aku,. Mak dia pun ON je.Jadi, dekat sini tak dak isu 'kenapa aku suka bawa Miza balik kampung aku'. Jawapan paling mudah dan menyakitkan hati orang yang bertanya, " AKU PUNYA SUKA LAH". Hakikatnya, bila kita jauh dari family, kawan adalah segala-galanya. Dari logik akal orang yang matang, ingat Sarawak tu dekat ke nak balik selalu?


memandangkan malam isnin ada kuliah di Darussyifa, maka kami balik pagi selasa. Sekejap, tapi baik dari tak ada langsung kan? gambar dekat atas tu masa kami dalam bas, masih segar dengan semangat yang membara untuk balik kampung. Kerja siap tak siap, belakang cerita. Bukan senang dapat balik, jadi time ni perlu di hargai betul2.

Sampai dekat rumah dah malam dah. Jadi just dapat tidur saja lah. Time aku balik kampung, macam biasalah, depan Tv rumah aku mesti penuh dengan aku dan sepupu sepapat aku. Budak-budak ni cukup suka kalau aku balik. Mesti nak tidur dengan aku. Kira baik juga lah aku ni kan? sebab segarang-garang aku ni, masih ada orang yang sayang. Sebelum aku balik lagi, jadual cuti aku dah penuh dah. Start dari aku kerja ni, kehidupan aku berjalan mengikut jadual secara kasarnya. secara halusnya, aku memang tak dapat ikut sebijik seperti yang dijadualkan lah. still lack of discipline!

Pagi rabu, bertolak ke Sungai Petani kedah. Mak nak bawa menntu mak pi rumah Pak Ngah. Jadi secara automatiknya, aku n Miza dapat jalan-jalan cari makan. Lagi pun dah lama aku tak pi rumah pak ngah.


Ok, Si budak kecik ni dapat mandi laut pantai merdeka. Adik Muhammad lagi lah, dia pandai berenang, jadi dia pun jauh ke depan lah. Aku tak mandi lah, dah tua!

Lepas mandi manda, mak n mak ngah bagi kami makan bihun goreg yang sangat sedap! Lepas tu, menantu mak yang kecik tu lah drive balik perlis, dalam keadaan hijan lebat. Aku betul2 tak dapat nak bantu kalau kereta manual. Hancus!

Tuesday, July 16, 2013

Khalish a k a Caca

Khalisya dah besar dah, dah makin comel budak ni.
khalisya dah ada nama panggilan, caca. entah macam mana tah boleh panggil caca. 
Tapi aku still panggil khalish!hahahahha...




Khalish and her mama. mama dia dh gemuk sikit..huhuhu. muka khalish time ni sebijik muka mak dia masa kecik. tapi time ni jalah. Muka dia time lain, semua macam papa dia. boleh la.

SEKEJAP TAPI BERMAKNA

Ceritanya dah lama, tapi baru sekarang ada ruang dan peluang untuk update.
Adik beradik usim yang dah lama tak together2..
kami dapat bersama walaupun sekejap saja. Mereka masih sama seperti dulu,
dalam diam aku berterima kasih pada mereka, 
aku sangat mengharap mereka mampu memahami keadaan aku sekarang, aku tak minta personaly, tapi aku berdoa agar mereka rasa begitu.

 
ucu masih manja seperti dulu.

Tamara masih can dan jelita macam dulu. 
Nurul masih sama juga, tapi aku rasa dia makin bergaya sekarang. Cun!
wajah yang penuh ceria.


Doa aku kami akan sama-sama dapat menggengam gulungan ijizah yang sangat di dambakan. Apa pun belajar kerana Allah bukan kerana ijazah atau untuk mendapatkan pekerjaan yang bagus dengan gaji yang tinggi. Betulkan niat, insya Allah, Allah pernudahkan jalannya.

Sebelum Maghrib

Alhamdulillah,
 ini detik-detik seminggu sebelum tibanya bulan mulia yang ditunggu-tunggu kedatangnnya. 
kami tiba di darussyifa Bangi sedikit awal, jadi sempat pulak buang masa sementara menunggu  magrib.
Kami pergi naik moto,
part yang bestnya, orang yang bawa moto dan penunggang moto pakai baju sama warna,
purple dan pink, comel sangat ! pendapat aku lh..(^^,)






macam hari-hari lain, Tuan Guru Harun Din mengimamkan solat magrib dan solat hajat seterusnya memimpin bacaan yasin dan zikir sebelum  solat isyak berjemaah seterusnya kuliah.

 Suri khusyuk mengaminkan doa ustaz setelah selesai bacaan yassin dan zikir.

Anak murid yang sorang ni, kerja amik gambar je, sedikit perangai yang perlu di hijrahkan. (^^,)

KEMATIAN

Sejak balik dari perlis, asal mata terpejam saja, mesti aku bermimpi, Sesuatu yang tak senang untuk di fikirkan, mimpi aku mesti berkaitan kematian dan jodoh dalam satu mimpi. Walaupun mimpi yang berlainan, tapi masih berkonsepkan benda yang sama. Kalau mimpi jodoh saja macam best lah kan..heheh, gatal pulak. Tapi kisah-kisah tragis di sebalik jodoh tu membuatkan aku sedikit takut.

Buat masa ni, yang mampu aku fikir, mungkin Allah nak ingatkan aku untuk lebih dekat dari-Nya. Mati itu pasti!



Walau apa pun, aku sedar..mimpi untuk orang yang biasa-biasa macam aku ni mostly adalah mainan tidur semata2.
cukup lah, ringkasan ni, bln puasa xlarat nk tulis banyak2 lagi, lagi pun dah lama tak menulis, jadi ayat masih tak dapat bersambung, perkataan masih belum muncul di kotak fikiran..walaupun hakikatnya banyak yang aku nak cerita.
 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.