Pages

Ads 468x60px

Labels

Wednesday, May 30, 2018

2018

Tahun ni xdak update lgsung..woishhh, dasyat.

Last cerita raya thn lps. Ampun, mmg aku berkurung sgguh ni..

Apa pun, Alhamdulillah walaupun masih pjj. Pjj pon syok apa( kena buat syok la, xkn nk berendam ayaq mata non stop kot).

Selama berkurung ni, mestilah mcm2 yg terjadi. Mula2 lps raya tu..mcm terjangkit penyakit yg ada pd perempuan je..lps sorg2 org keliling aku dpt.

Alhamdulillah..mula2 ina mesej gmbr UPT double line. Lps tu k.muezzi tnjuk UPT double line jgk. Lps tu aku terjebak jgk walau tak sangka pun sbnrnya. Lps tu k.nor pun dpt berita gembira ni jgk. Wani, kerani skolh aku pun join jgk. Si cikgu BI ni pun tumpang sekaki. Nampk tak? Mcm berjangkitkn? Menular d seluruh pelusuk dunia.

Alhamdulillah. Batch ni, batch anak2 yg di nanti2..menanti anak sulung, ada jgk menanti anak 2nd.

Alahan x?
Yes, smpai nk bersalin alahan masih ON. Dr awal mgndung, org ckp aku akn dpt bby girl. Tp aku mimpi dpt boy. 8/3/2018.. keluar lah Muhammad Ridhwan Bin Mohd Farid. You are boy my son. So, called me mama ok n your dad, ayah. Bdk bertuah ni overdue 2 hari. So, aku melalui proses bersalin secara pksa. Lps bersalin, kwn2 tanya "sakit x bersalin?".. sejujurnya, sakit la..tp jahit lg sakit.

Kehidupan sbgai ibu baru bermula. Byk la yg aku bljr dr mgndung smpai dh hbis pantang ni. Nnt next, aku kongsi ilmu yg patut ya. Semoga bermanfaat utk org lain jga.

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.