Pages

Ads 468x60px

Labels

Sunday, March 31, 2013

Pengganti

Hari ni aku bukan nak cakap atau mengulas tentang lagu "teman pengganti"..tapi masih berkisar tentang pengganti juga lah. Pengganti pastinya tidak sama, Tapi dia pasti punya kelebihan tersendiri. Pasti dia punya sesuatu untuk mengisi ruang kosong yang ada kan?

Yang patah tumbuh,
Yang hilang berganti

Hari ni, genap 2 tahun pemergian nenek ana, Dan hari ni juga keluarga besar kami dikirimkan kan pengganti dari-Nya, anugerah terindah buat sepupu kesayangan aku, Dik iti dan suami, Abang Jo.

pukul 4.30 pagi tadi, dik ti lahirkan khaalishah shafiyyah secara normal di PPUM. Alhamdulillah dan terima kasih Ya Allah. 

p/s : tak sabar nak balik kampung.

Wednesday, March 20, 2013

hati~ikhlas

Segalanya terletak di hati,kan hati tu raja, mestilah segalanya bermula di situ kan?

bila terpaksa buat sesuatu yang tak di sukai? tapi tak semestinya apa yang kita tak suka buat tu tak baik untuk kita, jadi kita kena tangok lah apa benda yang kita tak suka buat tu pulak.



sebelum stress dengan benda yang kita tak suka buat tu, baik kita fikir dulu, tindakan kita tu betul ke tak, tu lagi baik kan? bukan fikir dari sudut fikiran sendiri, tapi fikir dari semua aspek, yang utama mestilah pertimbangan agama. Kalau agama kata ok, tapi kita menolak, fikir-fikir lah sebab penolakkan kita. Bukankah Allah yang Maha Kuasa. Bolahkah kita melakukan sesuatu di luar garisan undang-undang Allah?

Tenangkan diri, positifkan minda, yakini janji Allah.

p/s: kalau kita kata kita sibuk, orang lain pun sibuk jugak. Orang lain pun dapat tugasan yang sama juga. Orang lain pun ada kerja lain jugak.

Sunday, March 17, 2013

kAwAn~sAhAbAt

Sahabt,
Terima Kasih untuk semua.
untuk segala-galanya.




Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku 
Mendengar kisah pahit manis 
Hidup ku 

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku 
Kau lah yang satu 
Menjadi sahabatku 
Ku tahu ku kan selalu ada

Pada dirimu 
Dan ku harap kau juga rasa begitu 

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku 
Mendengar kisah pahit manis 


Hidup ku 
Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku 
Kau lah yang satu 
Menjadi sahabatku 
Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku 
Mendengar kisah pahit manis 
Hidup ku 

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku 
Kau lah yang satu 
Menjadi sahabatku 
Sahabatku.

Saturday, March 16, 2013

Tidur Sayang

Sweet kan tajuk aku hari ni..meh kita tengok cerita ni sweet tak?

15 Mac 2013, 3pagi
" perhatian kepada waris atau pembawa kepada pesakit _ _ _ _ _ _ _ _ _ _(budak kecik) sila datang ke zon merah dengan segera"

Aku masuk, Ya Allah, wayar berselirat lagi, wayar di hidung macam sangat sakit. Budak kecik macam sedar- tak sedar je. Bila tengok mata dia, macam dia tengah tahan sakit yang amat sangat. Pinjamkan sedikit kekuatan padanya, Ya Allah!

"Nurse, kenapa miza macam tak ok?"


Nurse tu senyum dan lembut je bercakap, mungkin sebab sifat keibuan dia tebal, nurse ni tengah mengandung..
" Miza, tak nak macam ni, jangan bergerak, ikut je misin ni. "

Aku just jadi pemerhati!Apa perasaan aku? Bila seorang kakak tengok adiknya dalam keadaan macam tu apa agaknya rasa dia? itu lah apa yang aku rasa tika itu.

"miza, tido sayang, tido" tangan dia lembut menepuk paha budak kecik. Budak kecik kembali tenang. 

Allahuakbar!
tapi hati aku sedikit terubat dengan layanan nurse tadi. Alhamdulillah, baik nurse tu.

Pukul4, budak kecik di masukkan ke ICU. "Ya Allah, sekali lagi?"Pukul 6.30 baru aku dapat tangok dia dalam ICU.


2 3 hari ni adalah juga aku belajar benda baru, aku dah tahu cuma susahnya lah aku nak aplikasikan dalam kehidupan.

"akak, charge lah hendset, susah tau kalau tak da betry."
"malas la, nanti lah."
" kalau jadi apa-apa susah nak contac. kalau miza sakit malam ni, macam mana nak bagi tau akak?"

ok,.aku balik rumah terus charge fon aku, masa dalam kelas,
mesej masuk:
"akak, miza susah nak nafas balik".

konklusinya, aku dah tak berani bagi hendset mati, penting juga untuk memastikan kelangsunggan hendset hidup 24 jam..salah satu kebaikkan teknologi terkini juga lah ni kan..


 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.