Pages

Ads 468x60px

Labels

Tuesday, September 29, 2015

Ramadhan Tanpa Tetamu.

Ramadhan menjengah bg tahun 1436H dgn kehadiran Faiq Ramdhan yg d lahirkan pd 1 Ramadhan 1436H. Faiq ni anak perawat Darussyifa BBST. Yg ni sja nk bgtau. Hokep kn?

Tahun lepas, masyaAllah,rumh kami xputs2 dikunjungi tetamu. Terasa keberkahan yg d bawa tetamu menyelinap ke dalam rumh.



Tapi, tahun ni lain. Suram je rasa ramadhan tahun ni. Xda tetamu dtg ke rumah. Ya Allah, sedihnya. rsa keberkahan  ramadhan berkurgn dlm rumh.

Namun, mgkin Allah gntikn tetamu dgn rezki yg lain. Kasih Allah itu luas dan d berikan dlm plbagai bntuk. Allah berikan rezki pda kmi melalui insan lain. Ramai jugak yg belnja kmi mkn untuk berbuka. " semoga Allah tunaikn hajat2 mereka, ameen"

Skrgkn musim durian, kenduri durian 2x. yg bagi sebakul durian pn ada. jiran yg baik pn ada hntr mknn. MasyaAllah, kasih Allah melimpah.

Allah rezkikn kmi mengenali insan-insan yg baik dan ,. satu je yg xdpt lg, nk rambutan. spnjg jln nk p krja, dok nmpk rambutan memerah ats pokok.

Setiap hr tgok rmbutn ni, sy trfikir sesuatu. Kita sush sgt nk mghargai sesuatu yg d dpn mata kita, ssuatu yg dgn sgt mudh mnjadi hak milik kita. Bkn sy nk ckp org2 ni mmbazir, tak. Tp ini realiti kehidupan bkn dr sudut mknn shja.

Org luar melihat rambutan jatuh dan mmbusuk tu sesuatu yg sgt tidak baik. Tapi, tuan punya rambutan tidak merasainya. Dr kecil dia di kenalkan dgn rmbutan. Nk mkn pnjat. Bosan! Asyik2 rmbutan. Jd, kehadiran rmbutan saban tahun bukan lah sesuatu yg mengembirakannya.

Ironinya sama seperti ramadhan. Saban  tahun dia datang pada muslim yg mewarisi terutamanya. Namun, BOSAN atau BIASA JE tu timbul dlm diri yg tak mencari keindahan, keberkatan, kebaikan.

Hayati dan hargailah.

Rambutan itu akan berbuah lagi,
Ramadhan juga akan tiba lagi,
Tapi
Kita belum tentu ada untuk merasainya lagi.

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.