Pages

Ads 468x60px

Labels

Wednesday, May 18, 2011

Aku sayang Hang

Dalam masa berapa bulan ja lagi,kita akan semakin renggang.Entah lah..tak tau lah kenapa perlu rasa macam ni. Rasa macam nak teriak ja bila ingat semua ni. Mugkin sebab tok baru pi kot. Macam tak ready lagi untuk ditinggalkan. Sebenarnya tak lah di tinggalkan sangat,just terasa macam akan ditinggalkan.


Yang pasti "Aku sayang hang sangat-sangat". Ingat masa kita kecik-kecik dulu,Kita selalu kongsi semua benda. Time ang tinggai aku p kelantan,rumah pak ngah..aku sedih gila kot,padahal seminggu ja kot ang p. Tapi tu lah,kecik lagi time 2,so teriak ja lah kiranya,dah tu dok kira hari ang nak balik..lawak kan?tapi hang tak tau kan?

Kita selalu pi duduk rumah wa time cuti sekolah. Kita selalu bersama kan?Tidoq kongsi kain selimut yang paling best..bila bangun pagi mesti aku sejuk,sebabnya?..hang kampoi semua selimut dekat hang..memang kejam lah hang ni..aku sejuk gila ang tau dak?

Cerita cinta?...fuhhhh..hang kan cantik,so..banyak lah peminat..penah juga aku jadi postman hang..bagi hadiah,makan free,rantai..banyak lah kan? Time hang frust cinta yang paling tak tahan..kesia aku tengok hang..Tapi last2..dapat pegawai tuh..baguih juga masuk palapes ni kn.



Semangat aku untuk study? hang mesti tak taw pasal ni..aku tak penah cerita dekat hang pasai ni..malu arghhh..Aku semangat masuk tingkatan 6,lepas frust gila SPM..hang saja yang bagi semangat dekat aku..sampaikan aku nak ambik subjek semua sama dengan hang..tapi takdir Allah kita tak akan mampu menolak..Aku tewas dengan pujukan ustazah dekat sekolah..So,di SMKAP juga lah aku..Inspirasi aku untuk belajar salain mak aku,hang lah..



Time aku dapat tau hang sakit,ketumbuhan dalam kepala..memang menitik lah air mata aku..bukan setitik dua..beribu-ribu..Aku takot hang tinggai aku..Janji Allah itu pasti..hang sembuh selepas pelbagai usaha..Alhamdulillah..


Apa pun..selamat menempuh alam baru. Semoga bahagia di samping orang yang tersayang. Aku saaaaaaaaayg hang walaupun semua ni agak tinggal kenangan..sekarang masing-masing dah sibuk. Hang dah kerja..aku pulak,belajar(belajaq la sangat kan?)..rindu sangat detik2 tu..ada ka orang rindu semua ni macam aku?tetap tak boleh undur semua tu kan?..pasrah jo lah..






Saturday, May 14, 2011

PIZZA HUT time

Malam ni adik beradik perempuan ja yang pergi makan Pizza. Jangan jelezzzz ya adik-adik laki,Bukan tak ajak tapi masing-masing sibuk,ada kerja.




Yummmi...sedapnya...





Dessert yang lazat..tapi kalau beli ais krim sndri,boleh makn lagi banyak...huhuhuhu


Spegeti..lazat lah juga..




Aku paling suka yang ni...berkrim..lazizah..emmmmm..sedap





k.ngah dan El-Amor,bergaya ja kerjanya..sedap minum sup?



Ucu..makn jangan tak makn..

tima kasih untuk malm ni..sedap..kalau nak belanja lagi pun boleh...


Romantik betul..suap menyuap pulok..tapi inilah di namakan kasih sayang adik-beradik



Nak masuk juga budak ni..nak makn ka nak bergaya ni?

makan..makan..jangan tengok ja


Semoga kita sentiasa bahagia di dunia dan akhirat..Aminnn.

Balik Kampung

Habis ja exam communication technology,aku dan sahabat-sahabat aku terus mengatur langkah untuk pulang ke kampung. Rindu sangat mak dan adik-adik. Lepas tok meninggal,ni lah kali pertama aku balik kampung. Dari kolej kediaman 1,aku dan sahabat naik prebet Amar ke KTM Nilai. Dari Nilai kami naik KTM ke Bandar Tasik Selatan(BTS). Di sini kami tunai solat jama' dan qasar maghrib dan isya'.


Ini lah BTS..cantikkan.


Setelah selesai menunaikan kewajipan,kami menaiki LRT ke Plaza Rakyat.Dari Plaza Rakyat kami berjalan ke Stesyen Pudu. Fuhhhh..agak penat sebab beg berat dengan buku.Biasalah exam tinggal 1 paper ja lagi. Pudu dah bertukar wajah. Baru punya...wah! cantiknya..tapi tetap tak bolah lawan dengan kecantikan dan kesempurnaan ciptaan ALLAH SWT.


Stesen Pudu..Gembar terkini tau ni...

Adik Arfah yang ambil aku di stesyen bas kangar. Alhamdulillah aku dan sahabat selamat sampai. Balik ja terus pi pondok guard aspuri Al-Islahiah,mak aku kerja malam. Pukul8 pagi baru habis. Aku lebih suka mak jd guard sebab mak just perlu duduk dalm pondok,ronda aspuri,buka lampu bila malam dan tulis laporan. Tak adalah penat sangat. Mak dah tua,dah tak boleh kerja berat-berat. Masa kerja cleaner dulu,mak selalu sakit. Mestilah penat,kerana kesedaran itulah aku tak benarkan mak kerja cleaner.Bukan jijik or malu dengan kerja tu,tapi kesihatan mak tak mengizinkan. I lurve u mom. Mmmmmuah....


Aku balik rumah,solat subuh,baru ja buat rancangan nak tidur,mak su ajak pergi kubur tok. So,tempat pertama yang dituju setelah sampai di bumi PERLS ialah pusara tok. Semalam mak su mimpi tok balik. Mungkin mak su rindu sangat dekat tok,biasalah dekat 10 tahun mak su jaga tok sakit. Selepas baca apa yang patut dan siram kubur tok,aku pun balik lah. Aku tak masuk rumah,tapi terus ikut mak su masuk rumah tok,rumah mak su juga lah.


 Mak su keluar tengok ayam-ayam dia,dalam lima minit ja aku dalm rumah,memang tak tahan,air mata jatuh juga. dah tak ada dah suara tok baca Quran pagi-pagi macam ni. Dah tak payah mandikan tok. Dah tak perlu suapkan toka makan. Rindunya aku pada semua tu. sepanjang labih kurang seminggu di kampung, dua tiga kali ja aku pergi rumah tok. itu pun sebab ada kerja. Moga-moga tok di tempatkan bersama orang-orang yang beriman di sana. Aminnnn...

Petang tu,aku sempat pulang ke lubuk yang membawa aku ke tahap sekarang,SMKAP. Jumpa warden yang selalu marah aku dulu. Lawak lah. Tapi aku dah lain sekarang. Ak dh x nakal macam dulu,Sekarang nakal macam lain pulok.

Jumpa adik tersayang..Wan Izni Faiznur,Adik Arfah jangan jeles ok,bukan selalu pun dapat jumpa. Jumpa junior-junior,wahhhhh...bestnya..SMKAP dah maju dah. Dah jadi sekolah claster dah.Nak masuk situ..UPSR wajib 5A sekarang nih. Fuhhhh..dasyat. Sekolah pun dah makin cantik. Tak ada masalah kelas tak cukup dah..sekarang ni kelas terlebih pulok. Di tanah wakaf inilah aku dibentuk..sangat bahagia bila kenangkan saat bersama sahabat-sahabat yang pelbagai gelagat dan kerenah.



Inilah hasil tangan aku. Khas untuk mak dan mak su sempena hari ibu. Kami makn ramai-ramai malam tu. best sangat. Memang terasa bahagia betul berada di kampung. Adik-adik,sepupu..semuanya bergembira malam ni.

Balik kali ni,aku asyik tengok TV ja. Hindustan,cerekarama(dosa siapa) kalu tak silap lah,Juvana,Asmara,Mentor,Nora Elena,Sahara,Cinta Fitri,...dan banyak lagi. Memang tidur depan TV ja lah aku. Malam khamis tu ja aku tidur di bilik mak. Memang tidur bawah ketiak mak lah..Memang best bila gaduh dengan adik Muhammad,gara-gara nak mak peluk. My Family my world my life..luve you all...mmmmmmmuahhhhhh.


Ini gambar pantai di Perlis. Aku suka tengok ciptaan Ilahi. Tiada tandingan. Sangat indah dan menenangkan. Ini hari terakhir di kampung.Esok pagi dah nak balik NOGORI. Aduhai buku tak tengok pun. Cena lah aku nak jawab exam business?

Monday, May 02, 2011

BOIKOT







Ini lah dia antara barang-barang keluaran ISRAEL. Berusahalah sedaya mungkin untuk memboikot barang-brang ini.

Walaupun kita tidak mampu ke PALESTIN untuk berjuang di medan perang, marilah sama-sama kita berjihad melawan nafsu makan,nafsu membeli belah dan banyak lagi. Ini lah usaha yang mampu kita lakukan, walaupun kecil namun ianya tetap berharga jika dilakukan dengan penuh keikhlasan dan istiqamah.

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.