Pages

Ads 468x60px

Labels

Monday, August 15, 2016

Menguntungkan

Jadi guru kelas budak darjah 1,2&3 agak menguntungkan plak tahun ni.

Memandangkan guru2 brtugas ambik inisiatif utk bg habuan berbentuk duit. Masyuuuuuuuuuk!

Kebahagiaan😀

Bahagia la 1 bab.

Di sebalik tadbirnya..
Menagis ooooo nk membersikan kelas bdk2 ni. "Angkat kerusi letak ats meja sebelum tgglkn kelas." Sila tgok kls lps diaorg balik..mesti ada 1 2 kerusi yg xterangkat.

Anak oh anak.

"Kutip sampah sekarang, ustazah xnk tgok ada 1 smpah pn dalam kelas".

Ui na..xpandai bergerak kutip smpah. Sorang pun xbegerak.

" kenapa xkutip? Tu kan ada smpah tu" ak tunjuk smpah bawah meja diaorg.

" tu bkn smpah sy. Smpah dia"

Oi anaaaaaaaak...
Tumbuk nak?

berperang jgak lah dgn diaorg..nk bersihkn kls tu

Semoga kebersihan menjadi sebahagiaan dr diri diaorg.

Friday, August 12, 2016

Perasaan Emosi

Kebiasaan manusia biasa..terutama dr golongan perempuan mesti selalu bertukar karekter.. kadang2 snow white yg ayu , kadang2  jadi ahli sihir,kadang jadi hulk dan mungkin jugak mampu bertukar jd superman.

Uniknya perempuan..
Keunikan ni selalunya merunsingkn golongan vice versanya. Lelaki cukup pening dgn mood orang perempuan ni. Betul kan?

Belum lagi cakap lain, tp yg d maksudkn sebenarnya lain. Dah laki faham yg tertulis..marah pulak, sbb yg nk d smpaikn tu bnda yg tersirat.

Pening dok dgn perempuan ni?
Kalau jwb xpening, mmg mohong kuat.
Mesti ada jgak rsa skurang2nya sekali.."sbnrnya dia nak apa ni?". Kan? Kan? Kan?

And
Ak rsa ilmu komunikasi ni sgt penting. Serius! Dalam apa2 jenis atau nama hubungan tersbut, komunikasi tu sgt penting. Dr sekecik2 hal smpai lah sebesar2 hal.. komunikasi tu sgt2 dan sgt penting.

Makanya,
Kalau komunikasi xberjaya, mesej undelivered. Dah kalau mesj xsmpai, dah sah2 la komunikasi tu tak berjaya.

Perempuan kena tahu lelaki perlukan mesej bahasa terus, xda bengkang bengkok, xda bunga2 nan indah d taman..bg tahu je. Nk mkn KFC, bgtahu nk mkn KFC.

Laki plk,
Fahami lah bahasa bunga perempuan.

Tolak ansur,
Banyakkn Komunikasi,
Benda asas dlm perhubungan.

Kalau nk faham diri sndiri pn sush, apatah lagi nk faham org lain kan? Salah faham tu biasa, tp jgn smpai bergaduh.. pokok pangkalnya perbincangan.

Nak ceritanya, perempuan ni byk mood..blh plk masok bab komunikasi.

Bab mood perempuan..
Pempuan sila kontrol emosi. Dlm bab ni ak selalu trlajak emosi ni. Tak bagus utk kesihatan.😢 (berubahlah...)

Ak rsa mood pmpuan ni d pengaruhi jgak dgn pertukaran hormon..mgkin lah..xpenah plk ak mengkaji kenapa pmpuan cpt bertukar.

The end nya..
Still lah kena back to Allah. Jgn nk emosi sgt lh Hafizah. Allah selalu ada. Allah tuhan kita yg maha tahu segalanya. Trlajak emosi ni kdg2 sbb alat kontrol hilang kot😅. Ak still percaya, emosi marah, sedih, happy n mungkin moody,  blh d control..nk ikut hati mmg mati lah kau. Hidup ni berperaturan. Islam pn ada garis panduan. Jgn nk over sgt.

Tips ak, (pndai ckp je bdk ni, selalunya terlajak emosi jgk😅)

Tarik nafas dalam2, hembus, bernafas dgn baik.

Makan byk2( hahahahah😂. Ak suka mkn bila stresssss. Jgn sbut pasal diet time2 mcm ni. Ikut lah bp klori pn..makan je)

Kalau dh xpandai hilang, gi tidur lah. Ttup semua talian duniawi.

Last sekali kau akn sedr, semua ni xbgus..back to Allah. Tnduk dan sujud jgk buat kau tenang. Tunduk dan sujud jgk yg akn buat kau teng walau berakhir tanpa jwpn. Tp insyaAllah dgn pasti kau akn temui ketengn.

Kebiasaan manusia..mencari Dia bila d hujung akal. Pulang setelah parah.

Monday, August 08, 2016

Meeting

Sejak dua menjak ni..asal masuk wasApp NSK321, mesti cerita pasal meeting.

Ajak meeting di KFC pagi2 buta. Ajak meeting lepas majlis zikir darussyifa. Gila kan? Mmg gila2 semua manusia dlm group ni. Tapi sekadar gurauan.. xda lagi meeting yang berjaya..

Meeting yang berjaya pn..sekadar meeting dlm wasApp.. Ina jauh di kelntan, Miza jauh d Sarawak..Nisak di Bangi, Saiyidah di ptrajaya, ak n suri masih setia di bumi Nilai. Bkn nk jmpa semua sush..nk jmpa Si Nisak ni pn sgt sush. Tu yg dok sebelah kg je tu..

Hamboih..muqadimah teman panjang plk kalk ni.

Yang nk cerita tu kes smlm. Mula2 rancang nk p open house..walaupun hakikatnya, raya dh hbis kome oi..

Lps mkn2, kmi g tgok bby..ank saudara pertama dlm fmly saiyidah. Fatiah Nur Iman..welcome to the world bby girl.

Lps tu..Si Nisak bwak kmi jln2 d atas bukit. Taman Saujana Hijau. Presint 11. Mmg teman xtau tang mna..jgn soal selidik teman..di manakah taman tersebut. Kome cari lah sndiri..GPS kn hado.

Menggila lah kmi bertiga dkt ats bukit tu..smpai ke puncak jgk kmi..walaupun gmbar smpai 114keping..fulammmmak. kira mcm meeting lepas geram jgak ni..lma xmenggila sma2 kn.

Turun bukit, kami pegi mkn mee udang pulak..ini mee udang the best in Nilai. Mmg terbaik.

Lps tu..ate balik umah lah..anak dara balik lewat mlm buat hape?

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.