Pages

Ads 468x60px

Labels

Sunday, May 21, 2017

Jodoh

Uishhhh, lamo xtulis dkt sini.

Ok, mamai ka? Tiba2 tulis pasal jodoh?

Sbnrnya lama dh nk tulis,
Tp sekadar pandangn peribadi..

Dkt skolah, ada mslh pljr bercinta. Cikgu2 marah. Tp marahnya smpaikan ak rsa mcm over. Mcm menghukum.

Sbb?
"Malas la nk ambik tahu, tegur, dh tegur dh, buat jgak!"

Ui na..org tgh hangat bercinta, ko pergi ckp itu salah..mmg ko la yg salah. Org bercinta, ko rsa mcm mna?

Eh,
Semua betul,
Semua indah,
Semua sweet,
Semua wangi.

Ya, kita perlu tegur, tp jgn smpai mghukum. Benci pada kekufuran yg dia buat, jgn benci dia. Kalau benci si pembuat, sapa lah yg nk bimbing dia ke jln yg bnr?

Kalau dh xboleh bg diaorg bercinta, bg sesuatu or nasihat dlm bentuk berfikir. Tarik depa ni cintakan Allah. Bila sibuk dgn Allah, insyaAllah cinta tak halal tu pndai hilang sndiri. Mesti boleh pkir sndiri punya lah..insyaAllah.

Kdg2 depa ni rsa mcm pikir dh jauh, smpai nk kahwin..jd depa rsa depa ni serius la dlm prhbgn tu. Jd, bila kita bg pong pang pong pang..xdak la rsa bersalah dlm diri depa tu.

Kdg2 bkn depa xmkn nasihat, tp kita yg xpandai bg nasihat. Jgn tgok salah org dulu, tp akui dan betulkan salah sndiri dulu.

Macam kes hafiz hamidun kawin dgn janda cantik. Hamboih, sesedap mulut je ckp, " mmg nk la si hafiz tu, sbb bg janda cantik, cuba kalau bg janda anak 5, nak ke?" Uittt, uittt.. istighfar

Jgn sbb kita dpt suami/isteri teruna/dara, kita nk kata org lain itu ini.
Jgn sbb kita dpt suami/isteri lengkap dgn ilmu agama, kita ckp org lain dpt bala sbb dpt pasgn cetek ilmu agama.

Ingat!
Permulaan yg baik xsmestinya berakhir dgn baik kalau tidak istiqamah. Istiqamah itu mujahadah yg berpanjangan, bernoktahkan kematian.

Mana tahu,
Pertama, hafiz kawin sbb tu jodoh dia. Kena yakin tu. Jgn suka2 hati nk pertikai.
Kedua, mana tahu isteri dia jd org yg labh baik dr yg skrg..kita xtahu msa dpn..jd jdn suka2 hati nk menghakimi org.

Lupa plk,
Sbnrnya ak penah jumpa org yg benci geng2 tdung labuh, geng2 yg bajet bagus. Ak tanya sbb..dia ckp sbb, kalau tegur org mcm depa xdak salah, mcm xpenh buat silap..ayat dia biasa, nada dia cerita pun bersahaja, tp mcm trbayang betul rasa benci dia..n mmg ak igt kata2 dia smpai la ni.

Takutnya lah..mintak dijauhkan dr kita smua..ameen

Point yg ak dok merepek meraban ni,
Jgn menghakimi org,
Jgn benci org, belajar benci perbuatan dia sja.

Entah la,
Ak pn xtau nk terang mcm mna..kalau sampai apa yg ak nk ckp, alhamdulillah, kalau xsampai..mmg klemahan ak, or apa yg ak nk smpaikan mgkin tak berfaedah.

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.