Pages

Ads 468x60px

Labels

Friday, June 17, 2016

Doa aku

Bila mna org2 aku syg dpt apa yg ak doakan utk diri sndiri.

Apa rasa dia?

Sedih sbb diri sndiri xdpt, gembira sbb org2 yg ak syg dpt. Dan secara automatiknya (kalau nk manual pn blh, tp ak xpndai, guna auto ja) ak kena faham, apa yg ak mintak tu mgkin xbaik buat ak atau d tgguhkn utk 1 tempoh msa trtntu.

Yang pasti Allah lbh tahu yg trbaik buat hamba Dia.

Hanya Allah yg tahu, betapa ak rindukn jemputan Dia. Aku sgt2 berkinginn utk menjadi tetamuNya di baitullah. Ak selalu cerita rasa hati yg mmbuak2 ni dkt Yana. Allahuakbar! Yana d jmput mnjadi tetamu-Nya 2 tahun lps kot. Allah, rsa mcm nk menagis. Sedih yg bercampur baur. Sedih utk rsa masih tidak layak jadi tetamu Dia. Sedih sbb kwn baik sndiri yg terpilih dijmput (gembira bkn dengki ya). Allah Ya Allah.

Byk lg.
Tapi dlm2 xdpt apa yg ak mintak, Allah bg jgk apa yg ak mintak. Dah tu, xkn nk jd manusia kufur plk kn? Wajar la, ada yg kita mintak dia trs bg. Ada yg Dia tgguh dlu. Ada yg Dia xbg, sbb yg kita mintak tu xbaik utk kita.

Hbis org lain dpt.
Ye lah, bnda tu baik utk org lain. Dan xsemstinya bnda tu baik utk kita. Setiap org xsama kn kisah hdup dia.

Letak kepercayaan yg trtggi unlimited pd takdir Ilahi. Percayalah itu takdir trbaik.

0 comments:

Post a Comment

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.