Pages

Ads 468x60px

Labels

Wednesday, June 26, 2019

Kuning

Post mak2 sangat kali ni..

Alkisah anak kuning ni biasa.
Cuma masa ridhwan..1st time kn, anak 1st la katakan..

Dpt peluk n cium bau anak tu, 1 nikmat. Alhamdulillah utk kurniaan ini.

Jadi, bila anak kuning, kena masuk wad..memang menangis. Awal2 pg, siap2 pegi hospital,nk pegi jumpa anak..nk susukn anak.

Alhamdulillah, total 2 malam Ridhwan menginap d asrama.

Alkisah nk masuk asrama tu pon sgt lah seram utk aku..dokter xde insurans mulut, nurse terlajak prihatin.. uishhh..menangis aku weh..jenuh suami yg jauh dkt selatan johor nuh nk pujuk aku. Nak tenangkn aku. Tolong lah..sapa2 yg kerjanya ada kaitan dgn ibu mengandung n ibu dalam pantang, tolong jaga kata2 mu. Jaga emosi diaorg, xsemua org kuat.

Budak kecik kena cubit mesti nangis, bapak budak mungkin sakit, tapi dia boleh hadap. Ujian yg sama, tp xsama kn cara terima setiap org, cara handle ujian tu pon xsama. Baby menangis kesakitan, bapak budak mungkin lempang ko dengan kemarahan..😁

Sebenarnya bkn utk ibu mengandung n dlm pantang je, utk semua yg bkerja dgn manusia. Jadi kita semua lah kn. Hatta suri rumah mcm aku pon bekerja dgn manusia, suami n anak2, maka cubalah jaa perkataan yg kluar dr mulut kita, lebih baik diam dari melukakan.

Dh,
Masuk baba anak kuning balik,
Second time, masa jannah..aku doa mintk anak xkuning smpai masuk wad..Alhamdulillah dimakbulkan..tapi😭

Allah takdirkan jalan cerita yg lain..jalan yg panjang dan berliku.
Jannah punya kuning tak turun bawah 10 walaupun dh 14 hari. Hari ke 16, masih 11.9..maka kena refer dokter, ambik darah dan air kencing utk check buah pinggang, hatin ape tah lagi. Allah, cuba utk tenang..tapi risau tu tetap ada.

Nurse yg incharge kali ni baik. Dia ckp, xdak apa lah, cuma nk cek ja..doa xdak apa2 ja. Maka episod pertama berlalu dgn gembira. Dokter pakar tgok jannah.

"Ok, berat naik elok, masa lahir 2.6, sbln dh 3.8kg, muka pon nampk xkuning dah. Kita cuba ambik darah cek kuning dia ja dulu. Sy xbg tarikh apmnt lah, sbb saya rasa xdak dh ni."

Alhamdulillah, balik lah dgn tenang.

Tiba2 dpt call dr hospital terus xsedp hati. Mcm2 dh pikir. Buruk perangai ln, spatutnya keep positive.

Maka kena jugak buat ujian darah n air kencing. Proses lama sikit sbb Nur Jannah baru lps kencing. Nk tggu dia kencing plk, maka susukn lagi.

Alhamdulillah, the result is ok. Semua baik. Semua sihat. Jadi dokter cakap, teruskn menyusu je.

Skrg, alhamdulillah, 3 bulan dah 6kg berat dia. Murah senyuman. Semoga dia membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah yg mendegr kata.

P/s: mcm2 petua dh kitaorg buat tau masa jannah kuning, cuma bab bg minum or mkn pape, mmg aku jauhi lah.

0 comments:

Post a Comment

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.