Pages

Ads 468x60px

Labels

Wednesday, June 29, 2016

Macam mana tahu?

"Mcm mna ko blh tahu dia jdoh ko?. Macam mana ko blh yakin tu jodoh ko?"
Xsempt lg ak jawab, " ok ak tahu soalan tu mcm teeeet je, tp ak nk tahu jgk."

Hurmmmmmm, mcm mna nk ckp dgn bdk law ni? Fakta kena soheh,hujah kena mantap la kang?

Secara ringkasnya, musyawarah (mesyuarat dgn manusia) n istikarah (mintak petunjuk dr Allah). Bab musyawarah ni, bkn stakat dgn mk ak jerrrr, dgn kwn2 terdekat ak jgk. Tapi, sapa2 pn blh bg pndgn, yg buat or menentukn pilihn akhir tu tetp diri sndiri jgk kn?jgn dok kalut suruh org buat kputusn!

Org lain blh bg seribu 1 pndgn, tapi...yg mnntukn tetp kita. Dan jgn sesekali buat pilihan krn org, tkut nnt dh bsr2 pnjg, sesedp rsa je nk salhkn org dgn mslh yg mgkin timbul kelak. Tak mau mcm tu k.

Ok, istikharah. Sampai ke final stage bru lh ak solat. Sbb? aku tkut dgn result yg bkal kluar. Adeh😅

Msa ni mmg fokus kena tggi. Mmg kau mintk la btul2. Biar byk msa kau hbis dgn Dia. Baca quran, biar hati teng,  biar teng buat kptsn. Klau rsa gelisah je, kau capai n baca quran tu..baca n trus baca. Smpai kau xda msa utk bnda lain.

Jgn solt istikharah je. Solt hajt sekali. Sbb? Pohonlh ketetapan hati dgn jwpn yg bkal kluar tu. Serious part ni pnting sbb hati mnusia ni brbolk balik. Dan bkn fokus dgn Dia pd 2/3 mlm je,tapi all days. Hal2 dunia, ketepikan kejap. stop lh kejp sgala tv, lagu bgai yg blh hilgkn fokus kau.

Ni kputusn besr punya. Bkn kecik2 punya cerita na. Ni kptsn yg bkal d bwa smpai mati. Klau rsa STPM tu besaq, besaq lg lah kptsn ni, brtukar status syurga..ye lah, bila dh kawin, syurga ko bkn d bawah tlapak kaki ibu dh..gerun!

Hurmmm..ada mimpi kluar muka dia ke? Jwpnnya, tak penh jmpa pun weh😉. Maka tak da kes mimpi2 ni.

Keputusannya? Say yes to him lah😄.

Mcm mna plk ko blh yakin tu jdoh ko?

Yes! Sukar d rungkai permasalahan ni. Pertama, ianya rahsia Allah. Mmg kita xtahu kn? Jd mcm mna nk yakin. Ok, nma pn rahsia Allah kn? Jd ask Allah Yang Maha Mengetahui for the answer, for sure He will give you the answer.

Mcm mna tahu tu jwpn dr Allah?

Mcm ak buat yg kt atas tu lah. Istikharah + hajat + perbanyakkn baca alQuran. Mintak btul2, dan yakin lah Allah akan bg. Adik kau kalau dh tungging trbalik dalam pasar raya nk beli toys, ko rasa mk ko biarkan je? Mesti dpt punya kn? Itu mk kau, ni Allah Yang Maha Kaya. Mintak lah apa pun, semua milik Nya. Dia mampu bg.

Ibu yg baik, dia akan bg toys yg sesuai dgn ank dia kn? Allah extra faham hamba Dia😍. He know the best! He will give the best for us. Ok kt sini kena clear. The best utk kau belum tentu the best utk kwn kau. Ha, part ni yg xblh ikut org ni. Jgn sesekali!

So, ak xda mohon apa, ak just mohon ketenangan utk jodoh yg baik buat ak, agamaku, duniaku dan akhiratku.

Tapi mcm mna kau yakin kptsn ko tu jwpn dr Allah bkn bisikan Syaitonnirrojim?

Ok, igt ayt ni btul2, " kun fayakun ( bila Allah kata jadi, maka jadilah) xkan berlaku semua ni, termasuk lah say yes to him. Semua yg brlaku ni dgn izin Allah. Dan dgn izin dia jgak ak blh buat kptusan ni.

Lagi satu,
kena berani buat kptsn la der. Kalau kau xberani melangkah, mcm mna kau nk ke depan. Statik la ko dkt situ je. Lps tu be a responsible person. Berani buat berani tanggung! Dah buat step pertama, jgn reverse, terus je melangkah. Jgn pertikaikan kptsn yg kau buat! Tak ada salah atau betul dalam membuat kptsn ni. Yg buruk tu ujian, yg baik tu nikmat. Dua2 tanda Allah syg😍.

Kita yg corakkn masa dpn kita. jd corakkn lah spertimana yg kita nk. Mmbuat kptsn ni baru langkah pertama dik.

Kelak,
Jgn ada istilah menyesal pilih dia. Sbb? Jika baik sebuah perkhwinan tu (ameen, insyaAllah) atau buruk (na 'uzubillah hi yg minzalik) ianya tetap dgn izin Allah.

Lagi?
Lagi apa? Ko nk cerita apa lg?

" mcm mna kenal?"

Bersambung...
(Mls dh nk tulis)

Monday, June 27, 2016

Dihenyak Dunia

Alang2 dh trlajak segar ni,
Singgah la sini kejap ya.
Minum kopi secawan,
Roti telur skeping!
Haip! Toksah sembang mcm dkt kedai kopi. tak wujud pn semua tu dkt sini...hahahahah😂

Dalam 2,3,4....hr ni mmg rsa down weh. Rsa nk lari masuk hutan. Tapi takut la plk mlm2 xdak kawan..😆

Mula2 rsa mcm nk menjerit!
Lps istighfar, rsa nk menagis plak.

Nk meluah dgn manusia, ni bnda paling senang. Tapi, ya tapi..manusia jga xmmpu melakukan apa2. Hanya sekadar meluah.

Tiba2 ada la angin iman bertiup sipi2, maka ak pun teringat, "tika sujud hanya kau dan Dia, maka pintalah"

Menangis smpai lembek!
Lps menangis bru ingt lg, ini sekadar tangisan dihenyak dunia. Menangisi dosa2 yg dh berhabuk, berdebu tu tak pulak smpai mcm ni. Sedangkan air mata keinsafan, air mata taubat tu lbh beharga..masalah la ko hafizah!

Kuncinya iman d hati kan?
Hati masih dikotori palitan dosa. Maka keterikatan pada dunia sgt mengesani kehidupan seharian. "Jika hati di letakkn spnuhnya utk akhirat, kau xkan terkesan lgsg dgn dunia dan isinya!"

Allah,
Kerdilnya seorang hamba. Menafsir setiap kejadian hanya dgn sejengkal akal pinjamMu. Pasti xterjangkau.

Lps kau hbis luah dgn Allahu rabbana, kau g lah cari manusia yg mmpu dgr isi hati kau. Yg sggup dgr masalah kau. Nescaya, masa ni kau xda bnda sgt pn nk cerita. Bahagianya bila xperlu meluah isi masalah pd manusia.

Bkn xblh kongsi cerita. Tapi tapisan tu perlu!

Semoga semuanya baik2.
Semoga aku kuat!
Semoga semangat aku terus kuat!
Semoga keinginanku utk hidupkn cara hidup islam yg sbnr juga kuat!

Saturday, June 25, 2016

Memori

Hr ni, ada plk naik memori dkt fb miza pasal artikel kitaorg kluar BH. Ya ampun, bestnya msa tu..artikel masuk paper kot, "ada nma aku kt bawah tu weh", ni yg ak rsa lah..kalau korang ak xtahu lah.

Bkn nk cerita pasal artikel.. nk cerita pasal memori ak dgn bdk kcik sorg ni lah.  Allah, byknya memori dgn bdk ni.

Ak selak fb sebelah. Keluar plk pasal intubate, refer ke icu. Masa operation miza yg pertama mmg ak, pkcik miza n ust.bukhari xsangka dia akn msuk icu. Kluar dewan bedh, dia senyum..lps pkcik n ust balik, dia ckp dia mual. semuanya sklip mata.

Semua dokter pakar trun. Pakar bhgian farmasi pun trun. Term2 hospital ni mna lah ak faham sgt. Tp xda la zero..jd ak faham, kes over dose ubat.. shaking miza xbhenti, intubate n tdo kn dia. All that process make me crying..alone! Ak punya fikiran jaaaaaaaaaaauh.

Nk call ke x mk miza ni? Srwak tu bkn dekat cek oiii.. xnk mk dia trlmpau risau jgak. Slagi ak blh handle, ak akn hadap, walaupun ak tahu, kalau jd apa2, masak la ak, sbb miza xda pertalian lgsg dgn akk..cuma kwn. Dokter pn sush nk lps ak awl2 dlu..hbis kalau dh stiap kali jmpa miza, diaorg nmpk muka ni..lps jgk lah akhirnya.

Itu memori dolu2..
Skrg? Msa ingat memori. Msa melihat belakang, meneliti kenangan yg tggl. I miss her😢.

Awl thn 2016,  miza fly blik srwak. Feeling 2 3 bln sblm tu dh xbp nk stabil. Yes, rsa mcm nk serah ank angkt pd keluarga kandung..oh, No! Kalau kata xblh pn, bkn ank aku kan..tetap jgak kena bg..😅

Masa packing barg, ish..xsuka nya..tp aku tetap lah ak, sado je perasaan bila org lain over..bila org lain steady, ak plk yg hati tisu.

Hurmmm... klia1. Miza akn brlps ke srwak. Jgn nangis! Ak pesan dkt diri ak awl2.

Arghhhhh...kenapa smua mnagis..ak xsuka!

Tp ok ckit, sbb msa tu blh cover dgn setel brg2 miza..beg trlbh bert plk..jd round kedai dlm tu cri beg utk hand cary.

Bila miza nk msok..yes! Menitik. "Jgn nangis, nnt kita jmpa lg. Bkn xjmpa lgsg dh..dah, dah"..korang igt ak nk pjuk miza? Ak tgh pjuk dri sndiri..lg byk miza nangis, lg kuat magnet dok tarik ayaq mata aku. Better mintk miza stop.

Ak tdo dgn smua bntal miza. Yes! I miss her again.

Dlm bbrp bln ni jgk, kesihatan dia makin merosot. Lps 3rd operation, kesihatan miza mmg 1st class. Tp sejak blik srwak..xtau la class ke bp ksihatan dia. Mgkin faktor prtukaran cuaca. Mgkin jgk faktor bertukar 'misi'..hahah😂

Masuk wad hmpir sbln dgn catatan 3x icu with intubation.

Bln puasa ni, demam + asma smpai xblh bangun. Tearsssss..😢
Nk je pegi srwak, jln2, mkn2..mesti korang igt ak nk p srwak n smbung jd 'misi' miza kn?

Org sakit jgn d layan mcm org skit sgt, kdg2 blh mndtgkn stress.. kdg2 blh trus je Drive, tp ada msa kena Reverse jgk. Miza bru kluar wad, ak dh bg dia mkn mee udg yg peds tu..tp under control lah.. jgn buat org skit rsa skit, tp cuba buat diaorg rsa sihat tp jgn smpai lupa daratan plk, langor hbis pantang larang. Explore la hdup dlm trkawal.

Ak xda la pndai jga org skit, kdg2 menyakitkn lg org yg skit ada lah. But, she teach me. Kalau xda dia, xda la ak bljr bnda alah ni.

Dia jgk yg ajr ak, research tu pnting.

Why?

Ko akn buat or hadapi sesuatu dgn ilmu. Masa miza muntah truk n xblh ambik ubat tahan muntah, ak cari plk cara altenatif. Teh + hirisan halia. Kdg2 it's work..kdg2 feild. Normal la kn?

Memori yg trukir di bintang tu comel sgt..walau pun kdg2 rsa nk trcabut nyawa! Walaupn kdg2 rsa ini lh the end of the story..rupanya it's continues.

Dan cerita ak pn akan brsmbung..mls dh nk tulis.

P mengaji nuh, ramdhan selalu dtg, tp kita xkn selalu jmpa ramadhan.😉

Thursday, June 23, 2016

Doa Bulan Puasa

" bulan puasa ni kamu doa apa?"

Ak tanya Ammar, bdk drjah 6. cute, bdan chuby, pipi kemerah merahan.

" macam2 la sazah"

" ye lah mcm2, bgtau la sazah apa dia" main kasar ooo sazah ni, korek rahsia doa org.

Senyum, gelak2 dulu Ammar ni.

"Cpt la Ammar!" Tgok! Ustazah guna kuasa beto dia.

" sy doa sy blh hntr sabak( ayat hafazan baru ) setiap hari, sy pndai, sy doakan jga cikgu2 cpt kawin murah rezeki"

Alaaaaa,
Part ni deeeeeeeeeep. Ank murid doakan cikgu dia, xkisah sgt isi doa dia, cumanya bila anak murid masukn cikgu, sebut cikgu dia dlm doa dia, rsa mcm....arghhhhhh, nk menangis😢. Mcm nk ckp ustazah syg kamu.

Lps tu mula la syok nk tanya bdk2 lain plk. Diaorg doa apa?. Hampeh, kuat rahsia. Kalau bocor pon, drama melayu sgt, ulang tayang skrip yg sma.😥

Pesan ust, dkt2 nk bbuka terutamanya waktu lps asr smpai wktu bbuka, doa org brpuasa mustajab.

"Berdoalah, necaya Aku perkenankan" ni kata Allah buat kita hmba-Nya. Kalau nk mintak pon malas, xpayah la jwbnya...

Kuasa Sentuhan

" Hakimi, kenapa kamu xkeluarkan buku lg?"

" Anis! Kamu ni asyik2 xbawa buku. Buku Ustazah Muiezi kamu bawak x?" bdk2 ni pntg dgr nma Ustzh Muiezi, diaorg akan jdi 'kmi dgr dan kami patuh'.

" Afiq Danish, kenapa dduk dkt dgn  banat?"

" sapa bertugas hr ni? MasyaAllah, xkn kita nk beljr dlm kls kotor mcm ni?"

Marahnya ak ptg tu. Ye lah marah bdk2 xda la mcm nk marah Pak Long blkg rmh. Suara ada tggi la jga ckit.

Dalam tgh melayan karenah ank2 syurga yg mcm2 ni, tiba tgn ak di pegang. Di usap lembut. Allah rsa nk mnangis😢

Trbg hbis perangai syaiton nirrojim yg nk melekat td tu.

Why?

"Ustzah, sy suka urut tgn ustazah"

Deep weh.

Ak berhenti bckp dgn yg lain. Ak fokuskn pd Mia, nma pnjg dia Armiya Safiyyah. Darjah 2, kematian ibu awl tahun ni.

" Mia suka urut tgn ustazah? Sblm ni Mia urut tgn sape?" Aku pasti dia penah buat bnda yg sama dkt org lain.

" Mia suka urut tgn mak, tp kn mak Mia dah xda." Ouchhhh, rsa nk plok Mia msa ni jgak. Allah kuatkn dan cekalkan hati anak kecil ni Ya Allah.

Mia ni suka buat krja sndiri, jgn ckp jgn dgn dia, she don't care! Sush sgt nk suruh dia buat krja. Make sure jgn marah dia. Kalau marah, nescaya kau tak akan d pedulikan. Ha tgok, berkuasa x anak murid ak yg sorg ni. Dia lah racun dialah juga penawarnya. 😍

Allahumma faqqihha fiddin,
Wa 'alimmha takwil.

Kalau sekali tgok, dia ada dunia dia sndiri. Xdpt nk tmbus apa yg dia pikir. kdg2 dia dtg pluk, kdg2 dia dtg bcerita itu ini. Mgkin dia rndukn arwah ibu dia. Selagi aku blh layan aku layankn je lah. Ank yatim, ank syurga ni.

Tp mmg serius, touching!
Dia pegang n usap2 tgn ak smpai hbis kls.

Sazah syg Mia.❤

Friday, June 17, 2016

Doa aku

Bila mna org2 aku syg dpt apa yg ak doakan utk diri sndiri.

Apa rasa dia?

Sedih sbb diri sndiri xdpt, gembira sbb org2 yg ak syg dpt. Dan secara automatiknya (kalau nk manual pn blh, tp ak xpndai, guna auto ja) ak kena faham, apa yg ak mintak tu mgkin xbaik buat ak atau d tgguhkn utk 1 tempoh msa trtntu.

Yang pasti Allah lbh tahu yg trbaik buat hamba Dia.

Hanya Allah yg tahu, betapa ak rindukn jemputan Dia. Aku sgt2 berkinginn utk menjadi tetamuNya di baitullah. Ak selalu cerita rasa hati yg mmbuak2 ni dkt Yana. Allahuakbar! Yana d jmput mnjadi tetamu-Nya 2 tahun lps kot. Allah, rsa mcm nk menagis. Sedih yg bercampur baur. Sedih utk rsa masih tidak layak jadi tetamu Dia. Sedih sbb kwn baik sndiri yg terpilih dijmput (gembira bkn dengki ya). Allah Ya Allah.

Byk lg.
Tapi dlm2 xdpt apa yg ak mintak, Allah bg jgk apa yg ak mintak. Dah tu, xkn nk jd manusia kufur plk kn? Wajar la, ada yg kita mintak dia trs bg. Ada yg Dia tgguh dlu. Ada yg Dia xbg, sbb yg kita mintak tu xbaik utk kita.

Hbis org lain dpt.
Ye lah, bnda tu baik utk org lain. Dan xsemstinya bnda tu baik utk kita. Setiap org xsama kn kisah hdup dia.

Letak kepercayaan yg trtggi unlimited pd takdir Ilahi. Percayalah itu takdir trbaik.

Wednesday, June 15, 2016

Ramadhan terakhir sebagai 'cik'

Yg bakal ak tulis hari ni adalah hasil nukilan kakak senior usim aku merangkap rakan sekerja aku skrg. Tak ada manusia d sekolah ak yg xhormat dia, tegas dlm lmbut. Hidup penuh berprinsip dan punya tujuan hdup yg jels. Semua aspek kehidupan ni, dia sgt mnjaga. Kalau nk nasihat, mmg kami smua pegi mengadap dia. MasyaAllah, nasihat dr hati ke hati..mmg touching😢

Ha, ini dia nasihat k.muiezi utk org2 yg nak kawin tu. Terutama sekali yg bakal melalui ramadhan tetakhir sebagai 'cik'. Baca lah dgn hati terbuka.

Fokuskan ramadhan ni utk beribadah. Islah dan tingkatkan ibadah wajib serta sunat.

Dalam bln ramadhan ni lah, kita mintak sungguh2 dgn Allah baitul muslim yg mcm mna kita nak. (kan byk wktu mustajab doa, sblm bbuka, mlm lailatulqadar, 2/3 mlm). Lg pn pesan k.muiezi, kita kena byk berdoa dan spesifik kn doa kita, mintak btul2 apa yg kita nk.

Di smping tu, jgn lupa berdoa dkt Allah, mintak kekuatan dan kesabaran yg sgt2 kuat utk hadapi hari2 yg mndtg (hari2 lps kawin).

perlu diingat, dan igt btul2,
Apa yg kita buat masa bujang dgn lps kawin amat lah jauh bezanya.

Perlukan persediaan rohani, jasmani, fizikal, mental. Lagi2 emosi, kena tarbiyyah dari sekarang. Mksudnya tarbiyyah awal2. Lg awal di tarbiyyah lagi bagus, igt seng nk set kn minda, bg bnda tu jd auto set? Bina mindset awl2, xrugi.

Kdg2 kita rasa dah cukup kuat sblm kahwin tp sbnrnya sebaliknya lps kahwin.

1 point penting, jgn aggap psgn kita adlh perfect dr segala2 nya. Tapi anggaplah sebuah perkahwinan tu sbgai takmil wa istikmal ( saling lengkap melengkapi ).

Selain itu, tingkatkan jga fikrah( fikiran) dlm ilmu2 agama, masakn dan sebagainya. Kalau blh, sblm kahwin kena ada trget utk khatam bberapa buah buku. Tidak di lupakan juga ya utk khatam alquran, kitabullah (kitab Allah).

Puasa isnin khamis jgn tggl. Sebab? Sbb kita xtahu lps kahwin, suami kita mcm mna. Jd, semntara ada ms lg tak terikat dgn sape2 ni, guna lah peluang ni utk trus bmujahadah. Dr segi?

1. Bacaan alqurannya
2. Tahajudnya
3. Puasa sunatnya
4. Tolg mak ayah/adik bradik nya

Aggap kita nak kahwin ni sbgai 1 tarikh kematian kita. Jadi secara tak lgsg kita pasti berusaha sehabis mungkin utk brsungguh buat amal ibadat kita.

Ingat, dan igt,
Rutin harian kita akan berubah 90% slps kita berkahwin.

Kalau dolu-dolu, sblm kahwin
Trpulanglah nk bgun pkul bp,
Trpulnglah nk bsuh bju smggu sekali ke,
Trpulanglah nk solat cpt atau lmbt,
Trpulanglah nk baca quran ambik brp minit,
Dan hakikatnya, lps kahwin semua tu berubah.

Jadikan bln rmadhan ni bln beruzlah dr 'dia', bkn 'Dia' tau, kang ckp ak bwa ajaran sesat mna plk. Hakak xbersalah ya kalau korang salah faham, utk elak salah faham, sila baca bg faham lah..

Ikut pandai koranglah, nk beruzlah yg smpai tahap mna. Kalau dah tarikh nikah 2 Syawal, agak2 lah jgak dak nk beruzlah kn. Sama jgk lah dgn mjlis tung pong.

Ak faham sgt, xsemua fmly fham apa yg kita nk sbnrnya. Kalau blh xnk contac, xnk msj, xnk call nk tggu bercinta lps kawin sgguh2. Sweet popcorn lah org ckp..heh..Tapi korang akan hadap 1 fasa yg sebaliknya kalau fmly tak ambik port utk uruskn semua tu, fmly mmg serah 100% dkt kau dan dia. Yg fmly korg nk tahu, semua dh setel. Jd, kalau korg lalu fasa ni, mujahadah dia lg tggi o0o0..

Tapi kalau dpt fmly yg sgt2 memahami dalam bab hbgn laki pmpuan ni, Alhamdulillah wa syukrulillah. Korang blh la beruzlah ( mengasingkan diri, dr tadi aku sebut beruzlah kn, kang ada orang kecam ak plk, sbut uzlah tp xterang pong mksd dia) dari dia. Jgn ambil tahu lgsg pasal dia. Sbln ramadhan ni fokus ibadah je. Mintak tolg mak abah n adik beradik kau, pesan dkt diaorg, dlm bln ramadhan ni jgn bgtau apa pn tentag dia.

Ha pnjg x? Ni bru episod 1 ya kwn2. Ada lg siri nasihat k.muiezi ni. Ada jgak ak kutip nasihat dia buat bakal2 pengantin syawal. Berdebor x? Letak lah tggn dkt jntung, raso lah sndiri.

Wednesday, June 08, 2016

Baju Nikah Kawin

Ok, hr ni ak nk cerita tips nk beli baju sedondon.

Jgn sesekali rasa seng nk match wrna baju yg korg suka sgt tu, nak nak lg wrna yg alaf baru tu..hamboih, pecah lemak oi ronda cari kain sama wrna. Ni bkn cerita sehari semlm..cerita smpai berganti bln tau.

Ni kes ak nk baju siap jahit tinggal hulur 'doit' je, En.F pulak nk baju jahit ukurn bdn sndiri. Maka tak dpt lah nk beli kain yg sma utk baju kami kn. Bawa haluan masing2☺

Sush oooo..pusing Nilai, pusing Jitra n last sekali, pusing alor star. Alhamdulillah baru jumpa kain yg sama wrnanya. Blh tahan harga kain dkt si Gulatis. Nasib kain tu sgt2 d perlukan..kalau x, jgn harap En.Gulat nk dpt duit aku (padahal dia xkisah pong).

Itu belum kira cari tudung, veil n sampin, baru kisah baju. Tp baju kn mmg wajib sama, sebijik, sejibik. Tdung n sampin ok lg lah..blh ambik yg ala-ala.

Alhamdulillah, Allah mudahkn urusn utk baju kedua. Kalau baju kawin sama kaedahnya dgn baju akad, maka kurus lah hakak.

Td rsa mcm nk cerita pasal tips beli baju sedodon kang?
Hurmmm..mcm ni lah, kalau nk beli asing2..pilih wrna yg mudah dpt.
Cara yg paling seng, beli lah kain sekali, tak payah pecahkan lemak utk match kn kain kau dan dia.
Ha..kalau nk kawen,  baju sedodon dkt butik pengntin byk. P lah pilih mano ekau suko.

Kaedahnya kami, nk simpn kengn katanya. Mmg tersimpn kems la kengn kalau mcm ni kaedah utk sedodon. Smpai terpinggir lemak..kahkahkah😂

Mmg agak awal lh kmi cari baju nikah kawin ni. Sbbnya? Baju nikah kawin tu adalah merupakan hantaran ms brtung. So, ada arah sikit dulang hantaran kami tu..xda lah rsa mcm 'so adat/very melayu'.

Kalau rsa ada tips blh guna, guna lah. Kalau xda, padan muka, sapa suruh baca..😂😂😂

Sekian,
Terima ksh.

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.