Pages

Ads 468x60px

Labels

Wednesday, November 19, 2014

Ucapan Khas Sempena Konvokesyen USIM kali ke-12


Alhamdulillah summa Alhamdulillah,

Terima kasih semua,

Alhamdulillah dan terima kasih atas kurniaan ini Ya Rahman,
Sungguh tak disangka, dah empat tahun di bumi Nilai, mengutip ilmu dan pengalaman. Pengalaman menimba ilmu yang penuh onak dan duri. Suka duka yang mewarnai setiap langkahku di bumi ini penuh ertinya.


Terima kasih mak,


Mak yang tak pernah malas nk doakan anak sulung ni. Mak yang akan dengar segala keluh kesah, masalah, suka duka aku di sini. Jauh tapi rasa dekat!

Aku : Mak, susah la. Kak tak paham , tak tau.
Mak : Sebab tak faham la mak hantaq pi belajaq, kalau dh tau buat apa nk belajaq. Bukan kak sorang tak tau, orang lain pun tak tau jugak. Sebab tu la kena belajaq.

*****
Mak : Makan apa hari ni? Makan dak lagi? Ada duit dak nak makan?

Soalan wajib o0o0o0. Risau sungguh anak dia tak makan.

Adik2 yang memahami. Adik hadi, arfah dan Muhammad. Terima kasih banyak2 sebab jadi adik yang baik (boleh la dari tak dak)hahahahaha..Terima kasih, terima kasih, terima kasih (terkilan sebab tak dan nak bagi semua adik2 pakai jubah convo).

Kembara yang yang mengajar aku melihat skop kehidupan dari sudut yang lebih luas. Kehidupan yang dihuni oleh pelbagai orang dan karenah. Kehidupan yang menuntut kita memberi untuk menerima. Kehidupan yang bukan hanya hidup ‘aku’, tapi kehidupan yang hidupnya ‘kita’.

Ada jatuh bangunnya di sini. Tak dapat 4 flat tapi pernah dapat gagal. Gagal sampai kena repeat paper pun pernah. Pengalaman yang memang penuh pahit manis sebagai pelajar. Pengalaman yang cukup rasa. Tidak terlalau manis, tidak juga terlalu pahit untuk di telan. Keseimbangan yang manis untuk dikenang!

Pengalaman hidup berdikari di tempat orang. Kawan2 adalah family. Macam family pun still ada gaduh-gaduh manja macam kucing. Up sikit, gaduh-gaduh ganas macam harimau. Pergaduhan yang acap kali kali membawa aku bermuhasabah. Cuba baiki diri, betulkan yang salah, luruskan yang bengkok. Kita cuba tapi tak semestinya berjaya. Nak memaafkan seiring melupakan kesalahan tak semudah dilafazkan kn?

Nurul Izzati Idris, kawan dari sekolah rendah, sekolah menengah dan akhirnya masuk uni yang sama jugak. Berjodoh betul. Alhamdulillah, pnjang lagi jodoh kami. Alhamdulillah jodoh dia bercinta hingga kesyurga pun dah sampai. Convo dgn bby lg lah cute!

Lepas tu disinari dengan keluarga usim. Along, Angah, Kak Ngah, Alang, Andak, Tamara, Acik n Ucu.

Degan Nurliyana Adnan, ntah berapa kali kahwin, cerai, rujuk, cerai, rujuk, cerai, rujuk. Talak kali berapa pun dah tak tahu. Tapi sabar je lah. Nasib baik status sekarang ‘dirujuk’ bukan ‘dicerai’. Kalau tak convo dgn status ‘janda yana’ lh aku..hahahahaha. Suka duka tu jgn ckp la.

Mazyyah Osman. Tak puas hati betul budak pandai ni tak dapat anugerah diraja. Dari awal lagi aku target dia dapat anugerah ni. Tapi tak ada rezki, xpa lah. Sangat2 membantu dalam pelajaran. Pernah tinggal sebilik 3 sem, serumah setahun. Dalam diam dia mengajar aku erti merendah diri, jadikan diri mudah membantu tak kira masa,jangan mengeluh, paling utama jangan kedekut ilmu. Caiyok lah Mazyyah untuk master ni.


Lepas tu kenal Una, Hana, Dila, Kak Ida, Yah, Ain, Kinah dan semua lah budak2 TBA1.  Budak2 kelas aku ni mmg limited edition. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh tercampak dalam kelas ni, padahal diaorang ni up banyak. Memang rasa down jugak dengan pencapaian duniawi mereka kadang2.

Kembara ini juga kenalkan aku dengan Norhamizah Mohamad Yunus. Sebab kenal budak ni lah tertubuhnya NSK321. Allah anugerahkan dia dalam hidup aku. Memang aku rasa macam satu anugerah. 

Jaga dia, Aku rsa mcm jga ank sakit time stdy. Yes! That. Bila dlm kls risau anak dekat rumah. Pernah lari dari kuliah sebab anak semput di rumah. Berkejar ke Hospital. Ulang alik hospital, benda biasa. Sampai jadi celik ubat asma, jenis pam dan pil tu tahu dah la namanya, tak ada lah sebut “ pam yang warna biru, purple, ubat putih”, terus bagitahu, Miza guna ventolin, teofailing ( tak reti eja). Banyak  betul pengalaman baru. Pengalaman tunggu depan bilik operation, pengalaman cuaknya menanti pesakit sedar dalam bilik ICU. Allah, beharganya anugerah ni.

Bukan setakat cukup rasa, Tapi terlebih rasa. Rasa manis2 senyuman, pahit2 sakit, kelat2 cuak, masin2 menunggu, payau2 air mata. Semua ada! Macam2 aku dpt!

Paling jauh aku pergi dengan Miza, semestinya SARAWAK! Terima kasih mak miza sebab bagi saya pakej percutian yang sangat best! Bagi saya rasa nikmat duniawi yang satu ni, naik kapal terbang!

Keluarga bos yang sporting. K.gee yang baik! Tentera2 dia yang comel! Along, angah, kak ika, kak cik, aqil dan wafi. Bos yang cukup memahami! Semoga perniagaan kak gee terus maju. Mana mau cari penganti bos macam ni.

Part time, mengajar aku kesabaran yang tinggi menjadi orang kaunter. Pelanggan yang macam2 karenah.

Cstmer :  Buku yang keluar di TV pagi td ada tak?
Aku : tajuk apa ya?
Cstmer : Ala yang dkt TV Al-Hijrah pg tadi. Mak cik tak ingat nama apa buku tu.

Hadoi! Sbr je lah. Kita yang tak dak tv ni mana la nak tau. Kalau ada pun, pg tadi pi kelas mana nak sempat tengok tv.
*****
Cstmer : Buku ni ada?
Aku : Taka da.
Cstmer : Cuba cari dekat2 blkg tu.
Aku : (Haisy! Mmg xdak, cari sampai ke dalam tanah pun mmg xdak dekat sini)

Tak kira lagi plggn yg banyak betul mitaknya time kita tgh sibuk siapkan asigment. Masa ni jgk lah nk byk plnggnnya.

Ust2 Darussyifa pun banyak jugak membantu. Ust. Yusuf dan isteri, kak Maiza, semoga Allah murahkan rezki kalian. Rezki yang dilangit diturunkan, yang dibumi dikeluarkan, yang jauh didekatkan, yang susah di permudahkan dan yang haram disucikan. Sampai jugak lah saya dan miza di Kelantan dan Terengganu sebab ust dan akak. Terima kasih! Terima kasih jugak sbb bagi kami kerja.

Ust Bukhari terima kasih. Time Miza sakit je mesti muncul. Terima kasih uruskan tempat praktikel kami. Alhamdulillah dapat jumpa SS Dr. Zulkifli Al-Bakri selalu. Dapat pergi rakaman Cinta Ilmu, TV Al-Hijrah.

Terima kasih Ust.Kamil,ilmu rawatan islam yang sangat banyak dicurahkan masa praktikel di Darussyifa Salak Tinggi Sepang, Selangor.
Terima kasih semua ust2 Darussyifa.

Setianya NSK321 ( N3,S2,K1) bersama. Macam-macam drama terangkum dengan budak-budak ni. Mula dengan drama seram, drama lawak tak habis sampai malam dan macam-macam lagi drama lah. Drama terlajak romantic akan menyusul, sebab bunga-bunga NSK321 ni kosong-kosong lagi..OTW cari calon.

Pengalaman dengan budak2 ni jgn cakap la. Memang smpai esok pn tak kn habis! Dalam seminggu pun dah berpuluh drama boleh terbit. Album jgn cakap lah. Dah banyak siri album dah. Cuma tak boleh dapatkan di pasaran je.

Nak pergi temuduga darussyifa ada drama dia, tambah pulak sempat buat album lagi.
Nak pergi belajar darussyifa ada drama dia.
Nak final exam, ada kisah
Nak balik kampung, ada kisah.

Memulakan kehidupan disaat orang memejamkan mata. Taka da orang buat, hanya kami. Siang macam kelawar. Tutup mata rapat!

Pernah kemalangan, pernah berjaga menanti di KECEMASAN hsptl Serdang, pernah pecut kereta balik perlis tanpa sebarang perhentian, Pernah tidur berbaris sepanjang ruang tamu, pernah makan malam pkul 2 pagi, pernah sesat di putrajaya ( jalan mati, orang tgh nk merempit/ drift, lalu pulak masa pkul 3 pagi, perempuan semua satu kereta, memang cuak!).

Terima kasih NASK321.
Meh nak perkenalkan NSK321 ni,
N3 = Norhafizah, Norhamizah, Nur Fardlyna           
S2 = Suriati, Saiyidah Nafisah
K1 = Khairunnisa

Ramai lagi ni. tapi tak larat nk tulis dah..tak pa. TERIMA KASIH SEMUA. Terima kasih.

Sungguh, aku tak mau balik! Nk dduk sini. Nak berkampung disini. Rasa macam rugi kalau balik. Sini dekat dengan Tuan Guru Dr. Haron Din, dekat juga dengan Dr.Zulkifli al-Bakri. Rasa macam tempat yang penuh barokah di sini.

Sedihnya bila betul2 kena balik perlis (dah macam orang lupa daratan). It’s ok, kita hidupkan kehidupan baru di tempat lama pulak.

Terima kasih semua
 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.