Pages

Ads 468x60px

Labels

Monday, May 30, 2016

Sambutan hari guru part 2

Alhamdulillah,
Selesai mjlis smbutan hari guru.
Ok, group cikgu2 gengster kalah. Itu lh, main kotor.
Tima ksh ank2 murid. Persembhn terbaik dr kamu semua.
Susahnya nk kumpul ank2 kls ak, masyaAllah. Pggil sorg, dua org lg gi main. Panggil banat, banin dh melompat2 dibm blkg. Dpt tgkp skeping je..cntik ke x..ustajah simpn lh 1 tu je ya..sbb nk tgkp lg skeping, banin dkt blkg dh lesap pulun tgkp belon..hai la ank. Semoga kejayaan mengiringi kamu semua. Ameen.
Tima kasih untuk semua hadiah kamu semua. Tima kasih sbb jd ank murid ustzh.

Sambutan hari guru Part 1

Selamat hari guru semua😄

Anak2 MATIQ terbaik lah kalau bab smbutan hari guru ni.

Part 1 ni just untuk guru banat sahaja, tanpa kehadiran seekor kumbang pun. Anak2 banin pon xda ok. Perempuan sahaja! Yeyyyy...bebas.

Di mulakan dgn persembahan anak2 banat menengah dan rendah. Ada sajak, ada nasyid.

Lps tu explorace.
Group otai plk ak, k.zila, hawa, suri, n sabriah. Habis bdk2 tu..kena gertak dgn guru2 gengster ni.. ustajah pon gengster jgak rupanya. Keluar je dari Chek point 2 terakhir..ak terdgr student ckp

"Ganas2 nya cikgu group ni"

Hahahahahha😂

Ok, group pertama berjaya hbiskn semua chek point.

Jom makan😀. Satgi kita msuk part kedua k.

Sunday, May 29, 2016

A+D+A+T

Adat, org mlayu mmg penuh dgn adat. Tp ak rsa adt ni merumitkn,bkn memeriahkn.

Urusan perkahwinan.
Kena merisik dulu, msa ni kena ada cincin tanda. Alhamdulillah, part ni dh haihai baibai dh.☺

Seboleh mungkin ak nk ikut syariat, sbb nk kejar redho Dia kn. Ni semua org nk kn?

Tapi dan tapi,
Tetap jga ak kena jaga hbgn kekeluargaan n kawan. Hurmmm..tak semua org faham apa yg kita nak.😢sbb xsemua org fhm adat tu bkn ibadah.

Soal pertungn, ak xleps. Rncg nya mmg nk antara fmly sja, tiba2 plan tu bertukar( baca gaya power rangers bertukr)..hahaha. Alhamdulillah, fmly ok jerrrrrr..

Maka timbul mslhnya dr sudut pndg mkcik2 kita dan kwn2..huaaaaaa😂. 

"Awat xbgtau?"
"Amboih,nk tung xajak poooooooong.." pang sekali baru tau. 

Konsep pertungn tu sndiri perlu d rahsiakn kawang2. Hadoi..klau dh pggil semua mkcik pkcik n kwn2,baik lh ak edar kad walimatulurus kn? 

Di ats ketidakjemputan itu, maka kecik lh si hati. Setrusnya akn mmbawa kpd ketidak bertegursapaan. Kn dh memutuskn silaturahim nmanya tu.

Lps bygn2 ni kluar dr awan fikirn ak, maka ak merelakn jugak adanya mjlis pertungn.

Bg yg bpegang dgn prtungn tu prlu d rhsiakn, jgn kecam sy😐 sy dh usaha. Betul!

Wednesday, May 18, 2016

GPS dah baik kot

Alhamdulillah,
Doa mak dimakbulkan.

Alhamdulillah GPS En.F dh xrosak, dh berfungsi dgn baik. sbb tu En.F dapat cari saya. Hahaha, sblm ni kn rosak.

Sungguh
Jodoh itu mmg rahsia Allah.  
Saat hati mula bputus asa dgn En.F sbb xtahu, En.F ni nk ke tak sbnrnya. 

Tiba2, En.F dtg, En.F ckp En.F nak. Ah sudh.. mana 1 ak nk ni? Sbb msa ni ada org lain masuk line. Part paling best, En.F maklumkn lewt sehari je. 

Impak lewt sehari tu blh tahan jgk lah.

Maka, bermula lah episod pilih memilih.

Ak tanya mak, " mak rsa yg mna? "
"Kalau ikut hati seorg ibu ni, mak kata En.F lah".

Jwpn mk xpernh berubh. Ak ja yg gelong lg. Nk yg mna? Smpai termakan lauk dr pinggan org sblh. Paroh wei!

Dh jwpn mk itu, itu je dr awal. Ak pn mcm nk ke situ, tp takut jgak nk ia kn trus. 

Ak rsa ak mcm lalang masa ni. Org kata A baik, ak bert ke A. Org kata B ok, ak bert ke B plk. Maka ak pon solat hajat&istikarh. Ak mintak tempoh berteng. Ak ni lemah kn, ak xmmpu melihat yg tersirat. Mata hati yg ditutupi debu dosa.

Alhamdulillah,
Kdg2 bukan Allah tak makbulkan doa kita, tapi Allah sedg makbulkan doa org lain buat kita, dan doa org lain itu adlh yg trbaik buat kita.
Maka, "Sy terima awk sbgai imam sy"
Ameen.

Semoga ini jodoh yg trbaik buat ak, agamaku, duniaku dan akhiratku. Ameen, ameen, ameen ya rabbal'alamin.

hati sy dh di miliki? xpayah nk dimiliki sgt, xakad lg!

Tuesday, May 17, 2016

Hari Guru 2016

16 mei 2016,
Tarikh ank2 murid ak start exam..jd xda smbutan hari guru bg MATIQ utk hr ni..smbutn hr guru akan di tunda pada tarikh 30 mei 2016, iaitu slps exam.

Tapi,
Untuk dua tiga hari ni ada lah jgk ank2 murid, terutama drjh 1,2&3 yg dtg bg surt, kad hasil tgn sndiri dan hadiah.
melting ak ni.

Terharunya baca surt tulisn ank2 ni. Pada hal..hari2 kena marah dgn ak.. ustazah ni mmg garang! Terutama sekali utk darjh 1,2&3 sbb ak gru kls. So kena pasang telinga lah kalau kels kotor n bsepah.

Masa kena jaga bdk2 1,2,&3..
Anis ckp nk smbut hr guru..lps tu dia ajk kwn2 dia ckp ramai2
"Slmt hari guru ustazah". Haih,

Masing2 ada karenah masing2.
Anis, Mia, Caca, Farah, kayra, Shalshabila, Adry, Kimi, Uthman, Farish dan Danish. 11 org..11 feil.

Sebenarnya
Terima kasih byk, banyak dan bayak buat anak2 MATIQ. sebab, tanpa diaorg, ak bukanlah cikgu.

Monday, May 16, 2016

Tak dapat Renew Roadtax

Sbtu lps aku pergi pjbt pos.
Niatnya nk renew roadtax.

"Dik, tak boleh la. Blacklist ni"

Aik?
Pelik btul..ak xpenh lg kena saman masa naik moto.

Maka..trpksa lh ak n Suri merempit ke JPJ Bangi. Pulun la guna waze walaupn naik moto ja.

Oh, baru tau..
Kalau kena saman xdak lesen..tuan empunya kenderaan pn kena saman jgk..kwn ak penh guna moto ak thn lps..dia mmg ada gtau dia kena saman..ak xkisah sbb dia dh byr..bnda dh selesai. Kita ttup buku lah.

Rupanya..
Tuan empunya kenderaan pn kena denda jgak rupanya. Lesap rm250 ak..huaaaaaa..lari badjet kawin ak.

Lps tu, balik krja td..trus p pjbt pos. Smgt nk renew roadtax..tggai 2 hari ja lg nk mati roadtax si kasyaf ni. Alih2..geran moto xdak plak dah..

MasyaAllah..ak trtggai dkt JPJ td lh ni..

Semoga kerja pembaharuan cukai jaln Si Kasyaf ni brjln lncar esok.
Ameen.

Thursday, May 12, 2016

Tab Tee Laa

Alhamdulillah,
Alhamdulillah,
Alhamdulillah,

Segala puji bagi Allah..tuhan yg mnciptakan sekalian alam.

Selesai mmbaca Tab Tee Laa, krgn ustzh Fatimah Syarha dan suaminya, Dr.Farhan Hadi. Inspirasi dari kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha.
Tab tee laa itu, ibadah sepenuh hati. 

Intipatinya,
Ibadah sepenuh hati itu adalah sebaik2 ubat buat duka lara d dunia.

Dtg lh apa jua ujian, jika tab tee laa itu ada..pasti tidak ada gusar dan sedih melewati hati. Sandaran manusia hanya pa Allah semata2.

Ada kisah cinta dua insan yg berhijrah,
Ada kisah kasih ibu dan anak,
Ada kisah 
kejujuran seorg pkerja,
kebaikan seorg sahabat,
kebesaran hati seorg pendakwah.

Semunya terangkum dlm tab tee laa.

Tips dan ilmu dipadatkan sekali dlm kisah ini.


Semoga ilmu yg disampaikan penulis d ganjari pahala.

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.