Pages

Ads 468x60px

Labels

Wednesday, October 12, 2011

KUIZ - SoroF

Macam dah lama pulak tak bercerita kat sini kan?
Tajuk cerita kita hari ini ialah seperti yang tertera di atas. Huhuhuhuhu..
Bukan apa aku nak cerita pasal kuiz. Sejak duduk dekat USIM ni,mana pernah aku berkuz-kuiz macam tadi...kelas SARAF ni 1st time.
Seronok sangat tau.
kumpulan aku jadi kumpulan hakim. Hakim pun tak berapa hakim la. Bukan pandai sangat pun Sorof,bila dah cabut undi,,dapat jadi HAKIM,so,hakim pun hakim lah..
Nak jadi orang yang adil ni bukan senang tapi tidak mustahil. Banyak juga keputusan kami di pertikaikan. Ada juga time kecik hati..tapi mugkin secara tak sengaja semua ni jadi.
Apa yang menarik dalam kuiz ni,ada sesuatu yang aku nak kritik..jeng,jeng,jeng...
1) bila sorang bercakap,yang lain jadilah pihak yang mendengar. Perlu ka bercakap atau lebih tepat bertekak. komunikasi yang berkesan bagi aku , perlu ada orang yang bercakap dan pendengar. Nilai apa yang dicakap setelah mendengar. jangan menilai sebelum mendengar penjelasan. Macam kanak-kanak ja tadi..tapi bior lah,adik-adik lagi tu..
2)orang perempuan perlu faham dan ingat,lelaki sifatnya EGO.jangan menjatuhkan maruahnya di hadapan orang lain.
3) tak salah mengalah, bukan tanda pengecut tapi mengelak pertengkaran. Tak perlu tunjuk sapa yang lebih berpengaruh atau lebih berkuasa.
yang paling penting..SILA DENGAR DULU..DAN BERSABAR LAH..

Saturday, October 08, 2011

SELAMAT HARI LAHIR ADIK

Adik dah tua..huhuhu
Tua pun tak pa,,adik still comel.cute,cun..dan macam-macam lagi lah..Kakak orang pertama ka yang ucap semalam? terlupa pulak nak tanya adik semalam..

wish untuk adik kakak yang comy ni..
1)lakukan semuanya ikhlas kerana Allah SWT sahaja.
2) Tak semua yang berlaku akan menjadi kesukaan,kegebiraan,dan segala jenis nikmat buat kita,tapi ingat lah,setiap yang terjadi pasti terselit hikmah di situ. Tak suka tak semestinya tak baik kan?
3)jaga kesihatan,jangan main hujan macam budak-budak,adik memang kecik,tapi bukan kanak-kanak tau,dah besau dah pun.
4) sayangi ibu ayah seadanya. jangan lupa doakan mereka.

5)kurangkan maksiat,tingkatkan ibadat.
6)kebahagiaan yang sebenar terletak pada ketenteraman dan ketenangan hati. untuk mendapatkan hati yang tenang,perlu ada ketaqwaan.
7) belajar menyayangi diri untuk menyayangi orang lain kerana salah satu tanggungjawab yang Allah berikan pada kita adalah tanggungjawab pada diri sendiri,,tanggungjawab ni merangkumi semua aspek taw rohani dan jasmani.
8)Allah tak pernah kejam pada kita,kita yang kejam pada diri kita sendiri. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.


9)belum ada hadiah lah untuk adik..nanti jumpa ,adalah kot..

KAKAK SAYANG ADIK..SELAMAT HARI LAHIR.
 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.