Pages

Ads 468x60px

Labels

Sunday, October 31, 2010

BUTIRAN MUTIARA KASIH

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Mak ..Pengorbanan mak terlalu banyak dan sangat bernilai untuk melihat anak-anak mak menjadi manusia berguna.Mak tempuhi pelbagai dugaan yang maha hebat. Mungkin kak tak akan mampu setabah mak kalau di beri peluang menggantikan tempat mak. Pahit getir membesarkan empat orang anak seorang diri. Berusaha mencari rezeki untuk sesuap nasi dan berusaha sedaya mungkin untuk menyekolahkan kami empat beradik. Karekter kami yang berbaza sangat menguji kesabaran mak. Tapi kasih ibu melebihi sagalanya. Tidak pernah membenci sekalipun kenakanlan kami melampaui batas kesabaran manusia biasa. Terima kasih mak.


Mesti pening kepala mak kan? Dapat anak yang tak pernah sunyi daripada sebarang aktiviti,kecuali kami tidur. Mak mesti ingat,kak selalu gaduh dengan adik hadi masa kami kecik-kecik dulu. Di sebabkan kami empat beradik,kami ada pasangan gaduh. Awalnya kak selalu gaduh dengan adik HADI..tapi bila dah besar sikit kak mula mengurangkan aktiviti tersebut dan akhirnya menarik diri dari perlawanan yang memenatkan itu..tenaga kak dah tak mampu untuk berlawan dengan adik hadi. Asyik kalah ja.


Bila kak dah tarik diri dan bersara dalam acara 'bergusti' dengan adik Hadi..Noor Arfah mula mengambil alih tempat kak. Tapi adik Hadi dengan adik Arfah gaduh sat ja. Adik Arfah lebih suka gaduh dengan adik Muhammad. Kesian mak..tak penah berhenti jadi pengadil..dari zaman kak dengan adik Hadi sampailah sekarang..sekarang ni kak dan ABDUL dah taubat dah..sekarang ni dah ada peganti baru..NOOR hari-hari kena bertarung dengan adik MUHA..heheheh..kak dah tak masuk campur.

hari-hari gaduh..naik menyampah kak,bising betul..tapi mak tetap sabar,mak tak pernah menyampah dengan kami adik beradik..mak sentiasa setia jadi pengadil..kadang-kadang ada jugak keputusan mak yang menyebabkan kami adik beradik geram..biasa la..keputusan tak meyebelahi diri sendiri..mesti la tak suka bila pihak lawan menang..geram tau. Walau apa pun,Terima kasih mak.


Hanya mak yang setia dengan kami..walaupun kami bukan anak yatim..tapi kehidupan kami lebih kurang anak yatim jugak..lebihnya kami..pak masih hidup..kami masih berkesempatan melihat wajah seorang ayah..tapi pengorbanan mak sama seperti ibu tunggal..semuanya mak buat sendiri..kak sangat terharu dengan semangat mak..tabah sangat mak..lalui semuanya seorang diri,tanpa ada tempat berlindung tanpa tempat mengadu..mak terpaksa mendidik semua anak-anak mak seorang diri..mak terpaksa hadapi kerenah kami seorang diri..semua beban membesarkan kami,mak tanggung sorang-sorang..tanpa ada suami sebagai penguat semangat disisi..kesabaran mak bertambah teruji apabila kami semua semakin besar..lagi kami besar,lagi besar masalah yang kami timbulkan..kesian mak..Maafkan kami mak dan ketahuilah kami tak pernah rasa kurang walaupun pak tak ada bersama kita.


Kak ingat lagi masa kak masuk sekolah menengah mak mula bekerja..dulu mak tak kerja..tapi untuk melihat anak-anak mak belajar..mak terpaksa kerja..mak jadi cleanner dekat sekolah rendah..kak tak pernah malu dengan pekerjaan yang mak lakukan. Kak bangga dengan apa yang mak dah buat untuk kami empat beradik. Tapi kak kesian sangat dekat mak..bila kak balik dari asrama..kak ada tolong mak sapu sampah dalam kelas..tapi sikit ja la..sikit sangat kalau nak di bandingkan dengan apa yang mak dah buat untuk kami empat beradik..masa kak tingkatan enam..mak tukar kerja..mak jadi guard di asrama aspuri. masa nak tunggu dapat result kak sempat teman mak kerja waktu malam..kesian mak..dah tua,tapi kena kerja keras lagi.. terima kasih banyak-banyak mak.


Terlalu banyak pengorbanan mak pada kami adik-beradik, terutamanya pada kak. Kak ingat lagi, masa kak nak masuk tingkatan enam,mak pinjam duit untuk beli baju dan buku. Mak tak mampu beli apa yang mak suka dan mak tak fikir pun. Mak hanya fikir anak-anak. Keutamaan mak ialah anak-anak mak. Terima kasih mak.

Bila hari raya...hari kemenangan umat islam. Mak tetap berusaha menyediakan yang terbaik buat anak-anak kesayangan mak. Biar semua anak-anak mak berbaju raya,tapi mak tak pernah kisah sal baju raya mak..bila kak dah besar sikit,kak mengalah..tak ada baju raya pun tak pa. terima kasih mak.


Bila mak sakit.. mak tak pergi klinik pun..sebab buang duit kata mak..duit yang ada boleh guna untuk belanja makan seharian..mak tak pernah lupa tentang kami..kasih seorang ibu..tapi ada kalanya kak lupa menghargainya.Maafkan kami mak jika ada yang kami lakukan tersinggung perasaan mak.


Mak selalu ikat perut untuk lihat anak-anak kesayangan mak makan.Kak tak selalu merasa tak ada makanan di rumah sebab kak tinggal di asrama dari tingkatan satu. Terasa bersalah pada mak dan adik-adik..kak di asrama makanan tak penah tak cukup,malah lebih lagi..di rumah mak dan adik-adik terpaksa menahan lapar.kejamnya kak..tapi ni la hakikatnya..kak minta maaf banyak-banyak mak dan adik-adik.


Kak ingat lagi..selama kak tinggal di asrama,kak di bekalkan RM20 untuk 2 minggu..kadang-kadang mak tak ada duit..RM5 ja mak leh bagi..mak sedih sangat bila tak dapat bagi duit dekat kak..besarnya pengorbanan mak..tapi kak ok ja mak..duit mak bagi tu sentiasa cukup dan asrama dah sedia makanan yang cukup. Lagi pun kak kn dapat biasiswa.terima kasih mak.


kak perasan satu benda..mak akan mengadu semua hal yang berlaku di rumah pada kak..kalau kak tak balik rumah,mak akan datang ke asrama untuk cerita semua benda pada kak..perangai abdul,noor,dan muha..semuanya kak tahu dari mak..selalu juga mak minta pendapat kak..walaupun hakikatnya kak tak pandai bagi pendapat..tapi kak cuba jadi pendengar yang setia untuk mak. Yang pasti kak nak mak tahu,kak sayang sangat dekat mak.


mak..kami tahu..kami selalu susahkan mak..hati mak terluka kerana kelakuan kami..kami terlalu degil..tidur dan rehat mak teganggu kerana pergaduhan bodoh kami.

Terima kasih mak sebab mak selalu bangun malam untuk doakan kejayaan kami dan moga-moga kami berhenti bergaduh sesame adik-beradik kot. Bila ada program di sekolah kami,mak tak pernah tak pergi,sentiasa mahu melihat perkembangan anak-anak di sekolah..mulianya mak..banyaknya pengorbanan mak.

Sesusah dan seperit mana pun mak tetap besarkan kami..terima kasih mak sebab tak buang kami macam segelintir ibu-ibu muda sekarang buat..buang anak tanpa bekas kasihan..pengorbanan mak yang bermula dari mempertaruhkan nyawa sendiri untuk melahirkan kami empat beradik sehingga sekarang tak akan dapat kami membalasnya.Terima kasih mak..terima kasih yang tak terhingga kami ucapkan kerana pengorbanan yang tak terhitung banyaknya. ☺

Friday, October 29, 2010

Langkah Bermula

Mac 2008

menyaksikan titisan air mata mak aku kerana kegagalan aku dalam SPM. 1A 4B 1C 3D.. hanya ini yang berjaya aku perolehi. Subjek sains aku semuanya D kecuali Biologi. Saat ini juga menyaksikan sepupu aku yang sama-sama berjuang di sekolah yang sama berjaya mendapat 5A. Pastinya hati mak aku lebih sayu melihat sepupu aku lebih cemerlang daripada anakny. Sebaik mengetahui keputusan SPM aku,tiada sebaris ayat mahu pun kata dari mak. Aku juga tidak berani bersuara. Aku tahu,mak diam kerana sedih dengan keputusan yang aku 'hadiah'kan padanya.

pulang kerumah,mak disapa kawannya. Soalan lazim,"Fizah dapat berapa?". "Boleh la,cukup-cukup makan ja". Dari nada mak,aku dah tahu,sedih mak masih berpanjangan. Lebih menyedihkan mak,anak kawan mak tu,dapat anugerah pelajar terbaik di sekolahnya.

Tiada siapa tahu,hati ini sangat sedih kerana telah menjatuhkan air mata kekecewaan mak. Aku tak mampu berkata-kata dengan mak. Rasa bersalah menyelubungi diri,aku tak mampu menjadi k.long yang boleh dijadikan contoh oleh adik-adik.

Akhirnya atas kata semangat dan dorongan yang di berikan olen Siti Munirah,sepupu aku. Aku nekad untuk mengambil STPM. khabarnya,STPM sangat susah,terutama Pengajian Am. Tapi ini saja cara yang aku ada untuk tebus balik kekecawaan mak.

Aku ambil subjek Pengajian Am,Bahasa Melayu,Bahasa Arab,Syariah dan Sejarah. Sungguh aku tak bersedia untuk mengambil Bahasa Arab. Basic bahasa arab aku sangat lemah. Masa SPM aku main hafal ja semua. Tak ada yang aku faham. Teruk sangat kan? Sebab tu dapat teruk time SPM. Ustazah Basyira telah memujuk aku dan sahabat aku, Hamidah untuk teruskan belajar di bumi bertuah SMKAP. Disababkan aku dan sahabat minat sejarah,jadi kami telah meminta pihak sekolah menyediakan aliran baru di sekolah,iaitu aliran sejarah. Bagi aku sejarah sangat penting untuk kita pelajari terutama sejarah Islam.

Peperiksaan akhir tahun 6 rendah menyaksikan,aku tak lulus Bahasa Arab dan Pengajian Am. walau apa pun aku yakin, aku mesti boleh walaupun lambat daripada sahabat-sahabat yang lain.
Pointer tak payah cakap la,memang tak sampai 3 pun.

2009

Tahun baru,azam baru. Nak belajar betul-betul. Tahun ini menyaksikan anku dipertanggungjawabkan dengan banyak tanggungjawab yang tidak pernah terfikir pun. Tahun ini aku perlu lebih berdisiplin dan tegas kerana, sahabat aku,Nurul Atiqah Hasbullah merupakan Ketua Majlis Kepimpinan Pelajar,Hamidah Binti Azizan merupakan Ketua Biro Dakwah (MKP),Khairunnisa Mohd Ali,Ketua Kelas. Aku pula memegang jawatan yang sangat berat bagi aku,sangat menguji tahap kepimpinan aku,besar tanggungjawab yang diberikan pada aku,Biro Displin (MKP) dan Ketua Biro Pendidikan dan Akademik Majlis Kepimpinan Asrama. Tugas ini memerlukan aku dalam watak yang sangat garang dan tegas.

Tahun ini juga menyaksikan jadual aku berubah. Aku cuba membaca buku di awal pagi,bermula pukul3 pagi. Untuk memelihara mata daripada terlelap di dalam kelas,aku akan minum kopi setiap pagi. Walaupun aku tahu dan di tegah sahabt, tapi ini sajalah cara yang aku mampu lakukan untuk study dan memberi tumpuan dalam kelas.

Semangat para guru tingkatan 6,sangat aku. kagumi,cekal,berdedikasi,bersemangat waja dan rela bekorban apa saja demi anak didik tercinta. 

Sabtu tidak pernah di biarkan kosong,sentiasa terisi dengan kelas tambahan. Bermula dari bulan satu kami telah di kerah datang ke kelas tambahan, kelas petang bermula dari pukul3 sehingga pukul5. Sebelum pulang ke asrama aku akan pastikan kerja sekolah telah disiapkan. 

Rutin hidup aku benar-benar berubah,Tingkatan 6 benar-benar mengajar aku erti sabar dan usaha dalam usaha untuk mencapai kejayaan. Aku bukan pelajar top di sekolah dalam akademik. Semasa percubaan,aku hanya berjaya dapat 3.13. Yang pasti, pada akhir tahun 2009,aku telah curahkan segala ilmu ynag telah guru berikan dan aku hanya mampu berdoa dalam tempoh masa menunggu result.

Doa mak tak pernah putus. itu lah kasih IBU pada ANAK. Tidak ada dendam dan tak pernah minta balasan. Sokongan mak sentiasa bersama dalam perjuangan ini. 

Ada masa aku rasa down sangat,Mak akan datang dengan kata-kata semagat yang ringkas tapi berkesan untuk diri aku. Mak selalu datang ke asrama untuk melawat aku. Aku tak selalu balik rumah,sebab aku 'hantu tv'. Kalau balik tak jadi kerja,asyik bersama kekasih hati(tv).

2010

25-02-2010, tarikh yang amat bersejarah,result STPM di umumkan. Ya Allah adakah sejarah 2008 akan berulang? Mak masih bersama dengan aku. Satu-satunya wakil ibubapa pelajar yang mengambil keputusan hari itu adalah mak aku. Tak sanggup rasanya nak tengok result. 

Allhamdilillah, air mata aku menitis kerana mak aku menitiskan air mata grmbira hari ini. Aku di peluk seerat-eratnya. Walaupun banyak mata yang memandang tapi itulah detik terindah aku dengan mak. Petang tu mak aku hadiahkan Kek untuk aku. Hijau putih..warna kegemaran aku.Walaupun tidak seberapa tapi bagi aku inilah kejayaan pertama aku setelah begelar pelajar sekolah menengah.

 kejayaan ini tak akan dapat di raih jika tiada usaha padu dari Cikgu Norizan,Cikgu Azizah,Cikgu Fitriah,Cikgu Ismajunaiza,Cikgu Hasniah,Cikgu Fakaruddin,Ustazah Maznah,Ustazah Zaleha,Ustazah Basyira dan Ustazah Nadia. Terima kasih cikgu. Tulang belakang aku sudah pasti mak aku. 

Terima ksih tak terhingga mak. Sahabat yang banyak membantu dan sepupu aku, dik ti yang banyak mendorong.
 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.