Pages

Ads 468x60px

Labels

Thursday, February 24, 2011

Kelas Bahasa Arab

Tahun 2011,Semester 2 Ustaz Mahmud dari Sudan ajar aku Bahasa Arab.
Kelas pertama dengan ustaz aku tak dapat hadir sebab aku ikut Madam Ela gi rakaman Talk Show Siti 'Siti Hiburan dan Inspirasi'. Mmg aku gila lah kalau ak xikut Madam..siti Nurhaliza kot. Peluang ni..😄

Hari pertama belajaq dgn Ustaz Mahmud,aku tak faham langsung apa yang ustaz sampaikan. Lps kls ni, hati aku rsa bert ja nk msok kelas BA lg 😢. Susahnya,apa nak buat ni?Aku rasa kelas Bahasa Arab adalah satu beban. Sangat tertekan masa kelas Bahasa Arab.

Tiba-tiba,
Semalam ada sesorg yang mengubah tanggapan aku pada Kelas Ustaz Mahmud. Umara,adik aku. Berbicara dengannya membuatkan aku bermotivasi untuk belajar Bahasa Arab. Umara cakap,ustaz BA kelas dia asyik cakap dalam Bahasa Melayu(Bahasa Indonesia lah sebenarnya). Umara lebih suka pensyarah mengajar dalam Bahasa Arab. Walaupun tak faham,kita akan berusaha sedaya mungkin untuk memahaminya dengan bertanya kawan contohnya. Ha..kena ada usaha sbnrnya.

Hari ini, aku melangkah ke kelas dengan niat yang baru. Aku akan berusaha untuk memahami Bahasa arab. Aku akan belajar bersungguh-sungguh untuk memantapkan Bahasa arab aku. Kelas Arab hari ni ustaz nak kami berdebat. Aku pastinya tidak mampu. masih merangkak,mana mungkin aku mampu bangun berlari.

Mazyyah ,Hana dan Khadijah berdebat dengan Abdul Fatah,Mazwan dan Muttaqin. Subhanallah hebatnya Mazyyah. Apa saja yang di ajar ustaz dia mampu memahaminya. Aku sangat kagum dengan dia.




Apa yang aku dapat dari Umara adalah salah satu contoh,menerima pendapat atau belajar daripada orang yang lebih muda dari kita bukan sesuatu yang memalukan atau menjadi kesalahan. Moga-moga perasaan ini akan berterusan sehingga akhir hayat ak. Ameen.
 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.