Pages

Ads 468x60px

Labels

Saturday, April 27, 2013

Sebuah Nasihat

Terlalu beharga nilai nasihat ini buat aku..


Bila mana kita ada masalah dalam perhubungan kita dengan manusia,
sebenarnya penting untuk kite recheck balik hubungan kita dengan Allah.

Sebabnya Allah yang mencampakkan rasa sayang,cinta dalam hati manusia,
Mungkin kita rasa apa yang kita buat dah cukup baik atau yang terbaik,
Sebaliknya kita lupe ape sebenarnya syarat amalan tu diterima,
Mesti adenye keikhlasan dalam hati.

Kenape kita bersahabat dengan seseorang tu,
Adakah semata-mata kerana Allah?
atau kerana terpaksa atau sbb lain...
Mungkin di situ juga Allah nak uji kita sejauh mana kita faham erti persahabatan kerana Allah. Persahabatan yang bermatlamatkan pertemuan di syurga Allah.
Memang x salah ade best friend among all of friends, tapi ukhuwah bukannya tertumpu pada seseorang je, tp dia melibatkan kelompok y besar. Kita perlu tahu, macam mane nak mengekalkan kespecialan bestfriend kite tanpa mengabaikan kawan-kawan kita yang lain. Kadang-kadang, senyuman shj sudah cukop utk gmbirakan hati kwn kita.Kadang2, ada yang harapkan lbh dri tu, nak berbual, berkongsi rasa dsbg. Mungkin kwn kite pon ade salah jgk, tp wajib bg kite untok merase bhwa kitalah y paling bersalah dlm sesuatu hal tu. Barulah boleh carik jln penyelesaian. Kalu kite rase kite xde buat salah, ataupun kite merasekan bhw salah kawan kite lnh besar dr kita, susah untok kite carik jln penyelesaian. Mgkn sampai bile2 pon x selesai.

Lagi satu,dari segi komitmen kerja berkumpulan. Mungkin kdg2, kite terlepas pndg benda ni. Hakikatnye, jangan sesekali kite anggap benda ni sbg benda kecik sdgkn di sisi Allah, kerja berkump ni pon dianggap sebagai amanah.Kite perlu jlnkan amanah kite. Jangan sampai kwn2 yang lain bertungkus lumus krn kite, biar kite y bersusah payah untuk mereka. Tapi, kalu mereka mmg ikhlas dan rela nak bantu kite, tu cerita lain. 

walaupun kite bz dgn hal kite, kite perlu bijak bahgikan mase kite, x semestinye dgn dudok semeja baru boleh buat discussion.Kite boleh fikir macam2 care2 nak contribute kpd kerja berkumpulan kite. x dinafikan, semuanya perlukan pengorbanan. lg satu, kite jugak kena ingat kwan2 y lain pon ade komitmen mrk sendiri.

Ni hanya sekadar pandangan. Y salah, boleh abaikan je.
Banyakkan berdoa krn semua perkara sbnrnya kmbali pde hubungan kita dgn Allah. Ap sebenarnya habl minallah wa habl minannaas.
Maaf ye kalau ade kate2 saye y mengguris hati akak. benda ni pon untok peringatan diri saye jgk.

TERIMA KASIH banyak2 awak

Thursday, April 04, 2013

Tanda Kasih-Nya.

Alhamdulillah,
Allah jentikkan sedikit kesakitan pada aku... Dah agak lama sakit tersebut tak datang..dah hampir lima tahun ianya berlalu..tiba-tiba dia datang, terkejut juga aku.

Sakit tu tanda kasih-Nya Dia pada hamba-Nya kan?
Alhamdulillah, Allhamdulillah juga, jika kesakitan itu untuk penghapusan dosa.

Part yang paling aku tak akan lupa, insya-Allah, time budak kecik jaga aku. Mula-mula aku cuak jugak, betul ke budak kecik  ni dah ok? betul ke dia tak ada asma pagi ni? biar betul dia sihat ni? Aku risau jugak, mana tahu, sebab rasa bersalah pada aku, budak kecik ni buat-buat sihat pulak time aku sakit.

Apa pun, terima kasih yang teramat sangat ya budak kecik. Jasamu sentiasa di kenang, insya-Allah. Layanan first kelas. Mana nak cari adik yang macam tu kan? selalu kakak yang jaga adik..Terbaik lah! bak kata nisak.

p/s : Budak kecik perlu Kuatkan semangat, Insya-Allah, dah tak lama, nanti semuanya akan BAIK,Ameen Ya Rabbal 'Alamin.

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.