Pages

Ads 468x60px

Labels

Saturday, March 31, 2012

Adik-adikku

Mempersembahkan..
Adik-adikku.

B o h s a n
Ni la hasilnya..hiiiiiiii


Muhammad Bin Azizan.
Dulu comel tapi sekarang,perasan hensem..Tolong lah..!!!
Masa ni tengah semangat tujuk ikan kaloi dekat ak..Baru ku tahu rupa ikan kaloi. Heheh


Gerek aka Basikal.
Basikal fixie..nak jugak-jugak. Ada apa entah dengan gerek ni,Tak ada yang menarik pun aku tengok. Tapi ini lah kelebihan anak kecik sekali..pandai pujuk..mak pun mudah cair..so dapat lah sebijik gerek idaman.

Dulu ak nk letak nma dia Muhammad Saiful Akmal. Tp xlps..bapak xbg..(-,-)


Hehehe..
Tak da gambar Adik Arfah dan Adik Hadi pulak..
Ni kami empat beradik masa 2001. Aku baru darjah 6 masa ni. Adik Hadi Darjah lima. Adik Arfah Darjah Satu. Adik Muhammad setahun. 
Adik Arfah dari kecik suka bergaya...heheh

Dulu aku tinggi dari Adik Hadi sekarang tidak lagi..dah kalah..Dia dah tinggi sangat dah..dan sangat tinggi.


Membesr lh wahai adik-adikku sayang..
Semoga kita semua dapat berkumpul kembali bersama-sama di syurga kelak..
Ameen.

LIGA ILMU

Beberapa minggu yang lepas,,ASTRO mai USIM untuk rakaman rancangan Liga Ilmu.
Pengacaranya Ustaz Redzuan Tee. Abdullah.



Rancangan ni menampilkan imam muda dan ustazah pilihan sebagai barisan pendebat.


Boleh tahan lah.
Sudah pasti mereka berdebat dengan ilmu.


Aku tak tunggu sampai tamat rakaman pun, Iman dah lapar.
kawan aku ajak balik makan.


Tapi Bicara Al-Fateh lagi power lah.
semangatnya masih tinggi dan kental .
Hebatnya AlFateh

PETANG KHAMIS

Aku tak jangka petang khamis yang lepas aku nak ketaman permainan. Ingat nak turun makan malam ja. Bila dah habis makan,ucu, nurul dan sihar ajak aku pi taman permainan pulak. Waktu tu lebih kurang pukul 6.30 petang. Memandangkan Magrib lebih kurang sejam lagi,jadi aku setuju untuk ikut serta.



Macam kanak-kanak rebina betul. Smpai taman terus cari buaian.


Aku pun main sekali lah. tak kan nak tengok saja..heheh

 

Nurul and Sihar.


Seronok betul tengok budak-budak tu main bola. Zaman yang penuh dengan keseronokkan.
Masa ni mana ada masalah yang perlu difikirkan lagi.


 Matahari terbenam. Subhanallah,indah sungguh ciptaan Allah SWT.


Dah macam budak-budak betul..boleh makan lolipop pulak.



Tiba-tiba ucu peluk aku dari belakang..nasib baik tak ada lemah jantung.




Papan jongkit pulak. 
Bila kanak-kanak meneroka alat permainan,macam ni lah jadinya.


Cukuplah,dah nak magrib..
Jom balik....

Nasi Arab

Kali ni aku makan nasi arab kat tempat lain pulak. Nasi Arab dekat Dataran Nilai dah tak sedap. Ini pendapat aku lah.



Kebabnya..ini ucu yang makan. Katanya nak diet,tak nak makan nasi waktu malam.
So, kebab jadi pilihan.


Nampak macam sedap.
Alhamdulillah,lps rasa,memang sedap, mmg puas hati.



Aku dengan Yana. Kami makan satu pinggan ja. Sebab 
1-takot tak sedap
2-takot tak habis..nasi arab kan banyak..ternyata betul tekaan kami,,penat juga nak menghabiskan nasi ni.


Ucu makan kebab ja lah ya...heheheeh

Belanja Makan

Alkisahnya..
Duit PTPTN dah masuk...
heheheh
"Yana nak belanja Fiza makan"..

Lokasi kejadian : Pizza Hut

Tarikh : Dah tak ingat

Hari  : Kahmis malam jumaat.


 Air apa entah yana pesan..aku tak ingat lah namanya. Manyak lupa lah sekarang.


Yang ni bagi aku,memang sedap. Yana tak suka sangat. Biasalah,selera setiap orang mana sama kan?


Pada keesokkan malamnya, lpas exam MUET, Hana pulak ajak makan Pizza Hut. Nasib lah diut baru masuk. Boleh lah terima ajakkan orang..kalau tak,terima kasih saja..heheh


Hana


 Menu utama. Nama pun makan dekat Pizza Hut kan?


Pencuci mulut. Ni memang kerja aku. Aku nak makan ais krim dan kek coklat. 
Sedapnyaaaaaa..!!!

Sampai bilik, 
" Yana,ic Fiza hilang."
Jadi sekarang aku tengah tunggu ic baru siap. 
#manusiatanpaic

KAMPUNG SUNGAI BUGIS

Sekrang aku dalam mood tak sabaq nak balik kampung.
Hemmm..seminggu ja lagi..tapi rasa lama sangat nk sampai hari khamis. Sabar..sabar..sabar



Ni jalan nak masuk rumah aku. Rumah kampung biasalah,jalan kecik ja. Walaupun kampung,aku tetap bangga di lahirkan sebagai orang kampung. Aku sangat-sangat lh xminat dengan bandar, bandar Kangar yang kecik tu pun aku tak suka,tambah-tambah lah KL, jauhkanlah dariku Ya Allah. Bandar Baru Nilai? Boleh lah..tak lah maju sangat..masih ada kawasan yang belum tercemar.



 

Ni pondok depan rumah aku. Ni hasil kerja kami adik-beradik kecuali Abdul Hadi. Seingat aku masa ni , Adik Muhammad,Adik Arfah,sepupu-sepupu aku, dan mak bertungkus lumus mendirikan pondok ni, Adik Hadi boleh cakap kami buat kerja sia-sia. Dia cakap pondok ni tak kukuh. Alhamdulillah pondok i masih kukuh sehingga sekarang. Bila dah siap,pandai pulak dia duduk dalam pondok ni.. Pondok ni memang tak cantik macam pondok orang lain,tapi pondok ni di bina dengan semangat kerja sama kami adik beradik. kerjasama atas dasar kasih sayang. ha tu dia ayat power.



 Pantai Perlis. Memang tak ada pasir macam pantai negeri lain,, tapi di mata aku tetap indah. Pantai ni tak lah jauh sangat dengan rumah aku..tapi boleh lah sbb aku suka tengok matahari terbenam. Time-time macam ni sepupu aku suka teman aku,sebab dia pun suka tangkap gambar macam aku. Adik Arfah kurang sikit dalam bab ambil gambar pemandangan. 



 Ni bukan dekat kampung aku, tapi masih di Perlis,,nama tempat ni, Padang Melangit. Ni dekat rumah Pak Cik aku. Adik Muhammad suka mai sini sebab Pak Cik aku suka melayan dia. Depa suka tangkap ikan,buat wau, and macam-macam lah. 


Ni sepupu aku,tangan patah sebab main takraw. Sama umur dengan Adik Muhammad,tapi tinggi sangat.


Kembali ke Kampung Sungai Bugis, Simpang Empat, Perlis.
Ni semak semun tepi sungai depan rumah aku. Aku tengok macam cantik ja..mungkin sebab warna hijaunya begitu terserlah kot..


Di kala senja..


Bunga yang indah ni tumbuh di tepi jalan depan rumah aku. Cantik,




Anak Mak Su yang paling kecik, Adik Wani..aku minta jadi model aku sekejap..hehehe.

Kesimpulannya,,aku suka kampung aku. cantik..masih menghijau ,masih belum banyak kerosakkan..Alhamdulillah aku di lahirkan di negeri PERLIS INDERA KAYANGAN.

Tahlil arwah tok

Masa aku balik cuti hari tu..
Pak Cik ada buat tahlil untuk arwah tok , Aminah Binti Lebai Cat.



Family yang bersatu padu saling mmbntu..Aku suka dan sayang family aku.


Ni kawan-kawan sepupu aku. Balik latihan bola. Masing-masing dah letih dah.


Ni semua sebahagian kecil sepupu sepapat aku. Masa ni depa tengah sibuk cakap dengan kucing elektronik..nama apa tah kucing tu..TOM kot kalau tak silap..

Malamnya..
lepas isyak,kami ramai-ramai baca Yassin dan diikuti dengan jamuan makan,

Time nak balik yang paling best..
Najihah                   : Mak long balik rumah Jihah lah.
Wa(Mak Long)       : Pizah nak balik mana? Tidoq rumah wa lah malam ni.
Mak                       : Kak balik tidoq rumah kita na malam ni..

Aduh dah pening kepala..tapi pilihan aku,ikut cakap mak lah,balik tidoq rumah. Tak tertunai lagi janji aku pada Najihah,,aku cakap nak pi tidoq rumah dia..insya-Allah satu hari nanti aku sampai...Amin.

SANAH HELWAH

Bulan Mac menyaksikan ramai jugak kenalan aku menyambut ulang tahun termasuk kelahiran ahli baru dalam keluarga besar aku..PRINCESS kecil..hehehe

18-03 ~ Mastura  Binti Nordin
20-03 ~ Abdul Hadi Bin Azizan
22-03 ~ Nurul Izzati Binti Idris
27-03 ~ Princess kecil
31-03 ~ Adilah Binti Adam

Sahabat aku,Nurul Izzati Idris adalah satu-satunya insan yang sempat aku raikan.. Kawan dari darjah satu sampai sekarang..lama sangat lah kan..heheheh
  kami sambut berdua saja. Tak rancang pun. Just keluar,beli kek pun pilih sama-sama,,tak ada suprise apa pun dari aku..lepas tu makan di KFC..ini saja.
Aku tak ucap pun 'selamat hari lahir' dekat adik hadi..sebab masa 20 hari bulan,dia ada operasi dalam hutan..so tak dapat dihubungi..harap maklum. Adik Hadi dah 21 tahun..Moga-moga dia sentiasa di bawah lindungan Allah SWT..Amin

Friday, March 30, 2012

PRINCESS KECIL

 Alhamdulillah pada 27 Mac yang lalu, sepupu aku dah selamat melahirkan PRINCESS kecil. beratnya 3.5kg.  Ya Allah tak sabar mak long nak jumpa PRINCESS kecil ni tau. Ya Allah comel sangat. Indah sungguh ciptaan-Mu Ya Allah,cukup sempurna.


Ahlan wasahlan  to this world Princess Kecil.  Jadilah anak yang solehah yang sentiasa membahagiakan kedua ibubapa mu. Be a good girl sayang. 

Mak Long tak sabaq nih nak balik PERLIS ni..nk tgok PRINCESS kecil.
Memandangkan dua orang yang kat atas PRINCESs ni adalah hero-hero belaka,jadi kelahiran PRINCESS kecil ni sangat-sangat di nanti.. insya-Allah,minggu depan, pagi jumaat Mak Long sampai rumah my princess kecil ni..

Ilmu Keibubapaan

Comel ja tajuk entri aku kali kan?
Sebab apa aku nak cakap tentang anak? Kawin pun belum kan? Sediakan payung sebelum hujan boleh kan?

Sebab kawan aku yang sorang ni lah..memandangkan dia sedang mengandung, dan selalu bersama aku, ada lah terpercik sikit aura keibuan tu dekat aku..melihat perkembangan bayi dalam kandungan dia, rasa comel ja..kawan aku dah ada nama untuk baby dia, IMAN. "Tak kisah perempaun atau laki, nama Iman tu wajib".. bak kata suami kawan aku lah.

Boleh dikatakan setiap hari, ada ja ilmu baru tentang ank dan ibu mengandung yang aku dapat. Sekarang Iman dah pandai bergerak ke sana sini. Maknanya,Iman dah membesar dengan sihat di dalam perut ibu dia, Alhamdulillah.

Cuma, kawan aku ni,kurang darah. Sebelum mengandung lagi,dia memang kurang darah. Jadi bila dah mengandung bahaya sikit untuk diri dia.

Ok, perkara ni pun aku agak risau jugak lah, sebab aku pun kurang darah,,dah makan macam-macam dah,tak banyak-banyak juga darah aku. Al kisah aku boleh tahu aku kurang darah,time aku nak derma darah lah. 

Semangat betul time tu,baru cukup umur untuk derma darah. bila dah setel semua,darah pulak kurang. Percubaan-percubaan yang berikutnya pun gagal. Heheheh..tak da harapan untuk aku derma darah nampaknya. Tapi,orang yang layak dan boleh derma darah,ramai ja yang tak pergi. Apa yang ditakutkan pun aku tak tahu. Kalau niat ikhlas untuk membantu, insya-Allah,,tak ada apa lah. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita.


Senarai nama anak:
 Nama iman bayak tau. Ibu dengan ayah dia yang cari, nampak gaya ayah iman sangat berminat untuk dapat anak perempuan, memandangkan senarai nama anak perempuan yang banyak. Tak kisah lah,,anak depa,suka hati depa lah kan.

Bagi aku..
kita perlu belajar ilmu keibubapaan sebelum kita kawin lagi. Ingat senang nak didik insan yang di ciptakan sebagai amanah kita? Satu tanggungjawab yang sangat besar untuk di pikul. Kalau tak ada ilmu di dada,agak sukar lah aku tengok jalannya.. Tak ada sapa pun yang boleh bagi jaminan syurga buat anaknya kan?


ingat senang nak didik anak-anak daripada zero kepada anak yang soleh atau solehah? untuk mendidik anak, ada teknik dan peringkatnya yang tersendiri. Cara didik anak kecil dan anak remaja tak sama.

Ibu bapa perlu ada banyak ilmu dan skill. Aku suka baca cara ustaz Hasrizal mendidik anak-anaknya. Skill yang tersendiri, sangat memahami tugasan zaujahnya yang sangat sibuk. mendidik anak-anak berdakwah dari kecil. Membiasakan medan dakwah pada anak-anaknya sejak mereka kecil lagi.

Aku pun masih mengutip ilmu , belum ada pengalaman. Pengalaman menjaga adik-adik dan anak-anak saudara tak sama bagi aku. Mesti ada kelainan. Naluri ibu tu satu nikmat. Rugilah yang dok buang anak tu.
Kesimpulannya,belajarlah ilmu keibubapaan.

ESOK, GENAP SETAHUN

Semalam adik Hadi aku mesej..Aku tau, dia xkn mesej kecuali ada benda penting yang nak disampaikan..

mesejnya berbunyi

"salam, ku xhbeh lg krsus da smgu lg..bca ysin sdkh kt arwah tok mlm ny..dh ckup sthn tok xdak."

 Allah. Allah.Allah..Nak mengalir air mata saat baca mesej ni.  Tapi kena tahan,sebab ada kawan aku depan mata..masa ni tengah siap-siap nak keluar beli barang. Ada dua sebab aku rasa sedih dengan mesej ni.. 

Pertama,tak sangka dah setahun tok tinggalkan kami. Kedua, dah banyak perubahan pada Adik Hadi. Sungguh ini juga hadiah yg beharga dari Allah SWT. 

Jadi esok, pada pukul 6 petang lebih-lebih sikit genaplah setahun tok pergi. Tok di kebumikan esok paginya iaitu pada 1 April 2011..

Masih baru rasanya. Masa tok meninggal, Perlis banjir,alhamdulillah kawasan rumah aku tak kena. cuma hujan je lh yg tak berhenti.

Dalam masa setahun ni,sekali pun aku tak pernah mimpi tok. Sedih betul..
Bila aku balik kampung, mak aku selalu cerita,dia mimpi tok balik. Bila sampai part mak dan mak su kongsi cerita mimpi tok, mesti dua-dua nangis lepas tu. Sapa tak syang mak kan?

sayangilah ibu,sebelum terlambat.

Thursday, March 01, 2012

SYRIA BERDARAH, PEDULIKAH KITA?


Semalam aku ke wacana SYRIA BERDARAH, PEDULIKAH KITA?
Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan kami dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” Surah Al- Hujurat ayat [49:10]


Jujur dari hati,aku tahu tentang isu Syria ni pun lepas baca blog seseorang,kalau tak memang tak tahu juga. Alhamdulillah sebab Allah mengerakkan hati aku untuk membaca entri tu. Terima kasih juga buat bloger tersebut.

Alhamdulillah,hati aku belum mati. Hati aku sangat terkesan dengan penyampaian kedua-dua ahli panel yang dijemput iaitu Prof Kamaruzaman Yusoff  UKM dan Prof Madya.Dr. Hafidzi Mohd Noor (Pengerusi Aqsa Syarif). Wacana ini dimoderatorkan oleh saudara Syed Hashim( baru ana tahu,kelakar juga orangnya)


Dasyat apa yang berlaku di sana..
penduduk di sana di paksa menyebut " Tiada tuhan melainkan Bashar Asad". Isu di Syria adalah isu:
1- Bashar Asad membunuh rakyatnya
2- pertelingkahan antara puak Sunni dan Syi'ah.
3-konflik antara Syria dan Israel
4-Ulama-ulama Sunni yang berpihak kepada Bashar Asad.


Jika di singkap tabir sejarah,penjajah telah berjaya meninggalkan kesan yang mendalam walaupun setelah puluhan tahun berlalu. Mereka telah membuat perancangan yang rapi untuk menguasai dunia. 

Aku tak nak bercakap tentang sejarah sebab pengetahuan aku juga terbatas dalam hal ni,cuma lapang-lapangkanlah masa untuk mendalami sejarah islam. Dari sejarah itu kita akan tahu sebab berlakunya semua ini.


Dari global perspektif,Kita menghadapai masalah bila dua negara yang mempunyai kuasa veto dalam PBB tak menyokong Syria iaitu RUSIA dan CHINA. Walaupun dua negara ni tak menyokong Syria,tapi aku kagum dengan penduduk disana. Semangat JIHAD mereka terlalu tinggi. Tahap keimanan mereka pada Allah sangat besar. Mereka YAKIN dan PASTI dengan bantuan ALLAH. Firman Allah SWT:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


1- Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), -
2-Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, -
3-Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
 ~surah An-Nasr~



Pergolakan di bumi Islam Syria saban hari dilihat semakin meruncing pada hari ini. Ribuan nyawa yang tidak berdosa dibunuh dan dikorbankan oleh regim Bashar Al-Assad yang ingin kekuasaan dipertahankan. Memetik kata-kata Prof. Madya Dr Hafidzi Mohd Noor bahawa pemuda dan pemudi pada masa sekarang harus mengambil sikap peduli dan cakna terhadap isu-isu ummah. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W : “Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka dari kalanganya”.  Ana lebih suka kata-kata ustaz Hasrizal, "HIDUP UNTUK MEMBERI"

 kita perlu sama-sama mendoakan kemenangan umat Islam Syria, diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menumbangkan kezaliman yang berlaku. Hulurkan bantuan dan sumbangan wang selagi termampu bagi membantu meringankan beban umat Islam di Syria. Sebarkanlah maklumat dan berita mengenai Syria kepada sahabat-sahabat dengan kemudahan di laman social seperti Facebook, Twitter dan Blog. Jadilah Manusia yang CAKNA dan PEDULI terhadap isu ummah.

 Zaman dah berubah,kita boleh gunakan teknologi yang dicipta musuh untuk memusnahkan kita untuk memusnahkan mereka kembali. Gunakan akal sihat kita untuk berubah.

p/s : Kalau ada sebarang kesilapan fakta disini, tolong betulkan.
 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.