Setiap fasa ada 'try and error' yang tersendiri. Kita boleh baca beribu tips, kita boleh gali segala petua, tapi kita akan tetap melalui setiap fasa dengan ujian yang tersendiri. Ujian itu custome made khas untuk kita. Tak ada copy paste. Sama tapi tak serupa.
Ada ujian yang nampak sama. Perbezaannya pasti dengan cara terima. Untuk hal ini, aku berpegang teguh pada kekuatan ilmu. Nak timbang apa2 pasti perlukan ilmu. Datang lah apa jua ujian, ilmu sangat penting untuk imbangkan emosi wanita. Kita cakap soal wanita dek kerana aku sendiri wanita kan?
Buat dengan ilmu, pasti berbeza impaknya. Walaupun kau memilih untuk follow the flow. Boleh ikut, tapi biar berilmu. Sebab kau akan tahu kenapa kau ikut. Jangan, "ntah, aku ikut je", "dia buat, aku buat lah". Sakit tu anak. Kamu harus cari sebab cintakan ilmu. Cari lah sekecil2 sebab untuk kamu terus cari ilmu.
Wanita akan terus kuat dengan ilmu!
Norhafizah Azizan
0 comments:
Post a Comment