Memandangkan post sblm ni adalah 2018, jadi ini post 2019.
Tak banyak beza,
Sama je, 2019 kitaorg terima ahli baru. Nur Jannah Binti Mohd Farid.
Aah, anak kedua kami, puteri sulung.
Alhamdulillah dah sepasang amanah Allah buat kami suami isteri.
Kisah bersalin Jannah.
Awal2 dah set,
Nk bersalin 7 jun 2019, sbb hari jumaat. Kalau diikutkan, masa ni genap 39 minggu.
Maka hari2 pon berlalu. Selalu ckp dkt baby, kluar smggu sblm raya or kluar lps mama beraya. Maka baby bg laluan mama beraya smpai lah khamis, 6 jun 2019. Raya ke2, beraya di Jitra. Ini kes nk sgt mkn biskut raya sepupu. Dekat separuh balang smprit dia aku bedal. Kira puas hati betul la.
Hari raya pertama lg hebat, makan pulut harum manis. Pulut tu xkisah sgt..tp harum manis tu mmg bedal sgguh2. Tapi bila dh hujung2 Ramadhan, aku selalu pesan dkt bby, bg mama sempt mkn pulut harum manis dulu ya, sbb wa dah bgtau awal2, dia nk buat pulut harum manis, raya pertama.
Balik dari jitra, ada rasa kecewa sikit, sbb xde tanda nk bersalin. Tapi letih yg amat, aku terus tido. Perkara biasa bila tidokn anak kn?
Aku terjaga pkul1 lbh.
Aku solat isyak, solat sunat. Solat taubat, mane tahu Allah xizinkn aku bersalin lg sbb dosa2 yg aku lakukan. Solat hajat, mintak dgn Allah nk bersalin pg esok, xnk pegi check up d klinik simpang 4. Lps tu?
Aku ambik kurma 11 biji, smbil makan, smbil fikir, bangun esok, aku sakit, pegi hospital bukaan dh 5cm lbh, maka terus masuk labour room, sekejap sahaja dlm labour room, bby keluar dgn mudah, tidak ada koyakan dan jahitan, terjaga aurat, terjaga waktu solat. Ini hasil aku baca buku n tgok ig TyaAriffin, katanya bayangkn apa yg kita nak. Maka, aku pon try. Lupa plk, kurma tu aku mkn 7 biji je, xmampu plk mkn 11 biji. Lps tu aku pon tido mcm biasa.
Pkul4 lbh,
Sakit sekejap. Masa tu tgh menyusukan Ridhwan. Mgkin sbb mnyusu..tp boleh tahan jugak sakitnya smpai aku hentikan penyusuan.
Lps tu, aku asyik ulang alik p tandas. Kejap berak, kejap kencing. Smpai lah subuh. Suami aku ajak jemaah. Maka terketar2 aku menahan sakit. Bg salam je, aku terus tergolek. Suami aku ajak pegi hospital.
Sakit tu mmg xboleh bawak berbincang. Ridhwan dh berjaya ditidurkn suami aku. Sepupu aku suruh minum milo+planta. Suami aku buatkan, aku telan je.
Hampir pkul7 jugak, baru kluar rumah. Dalam kereta, " jgn tggu lmpu hijau, xde kreta, jln je, xtahan sgt dah ni". Dalam otak aku, nk p hospital mintak ubat tahan sakit. Mmg sakit rupanya sakit nk bersalin ni. Aku genggam suami aku, ntah xtahu ape jadi, tapi aku rasa xmendatangkan sebarang kecederaan.
Smpai PAC.
Aku kuatkn diri utk berjalan, elok plk..masa tu, ada org dtg awal sikit dr aku, maka pintu mmg terbuka. Aku pon masuk sekali. Nurse tanya,
"sakit sangt ke ni?"
" aah"
"Naik2 atas katil. Dokter!, cek bukaan yg ni dulu."
"Bukaan 8cm, call LR cepat"
Maka aku terus d tolak. Sekali dgn katil. Dkt depan,
" isteri sapa ni? Nk beranak dh ni, terus ke LR"
Adoi, macam lawak bila di kenang balik. Nurse gelabah gila. Tambh plk lift xbergerak. Ada nurse lain yg baik hati, tahan lift depan. Sampai jugak aku dlm LR. Air ketuban dipecahkan, 7.20am, Nur Jannah keluar melihat dunia.
Alhamdulillah.
Allah bg semua yg aku mintak. Baiknya Allah pd aku.
1 je aku tak dapat, bersalin tanpa koyak n jahitan.
Suami ku?
Xsempat masuk LR, baby dh keluar dulu.😂. Ayah azankn anak je lah ye.
Sekian cerita raya 2019.😂😅😍
yuhuuuu.. ridhwan & Jannah. Aunty Na rindu la..bila la boleh sembang2 ngn ridhwan & jannah. Selamat membesar menjadi anak soleh dan solehah ya ..^^
ReplyDelete