Pages

Ads 468x60px

Labels

Friday, October 26, 2012

AIDILADHA di NIlai

Hari raya rupanya hari ni..napa tak rasa apa pun yek? Pelik bin ajaib betul..

Awal-awal pagi lagi mak aku dah call..tapi fon kehabisan betry lah pulak..huhuhu, sory mumy..kul7.30 pagi..cakap dengan mak..bermaafan dari jauh je lah..sedih? biasa ja..

Kul9.30 pegi buka kedai..tapi terlewat sikit..SIkit je lah..huhhuhu
punya lah boring tahap gaban..orang tak da pun..mana ada orang nak cari buka di hari raya kan? Hari Raya korban ni orang pakat-pakat cari daging korban je..huhuhu

tesco ada lah jugak orang..huhuhu

Kul12, balik masak,,memandangkan aku lapar makanan berkuah, jadi menu hari raya kita, hari ni adalah koteow sup..

Saturday, October 20, 2012

Sama Tapi Tak Serupa

Aku tak sangka aku akan mendengar cerita sedih di pagi khamis lepas.. macam banyak pulak yang terjadi khamis lepas kan?Rasanya hari-hari macam-macam peristiwa terjadi, kalau tak ada peristiwa terjadi, mungkin roh dan jasad aku dah terpisah kot…huhuhuhu

Kisahnya bermula, bila Dr. Asma, pensyarah lughah aku menceritakan tentang suaminya yang mentigakan dia, bukan menduakan tapi mentigakan…bagi aku kisah mendua or mentiga ni biasa je lah, sebab aku dah laluinya dulu lagi kan…

Cuma, aku tak sangka, Dr. yang happy, anak-anak Dr. yang sangat mencuit hati tu menyimpan kisah duka di sebaliknya. Tapi bila di fikirkan dengan akal bukan dengan otak..aku akan katakan YES, memang selalunya macam tu hidup orang yang dalamnya tersimpan kesedihan. Orang yang selalu menceriakan hidup insan lain, selalunya terselit duka yang di pendamnya… orang lain aku tak tahu, tapi aku selalu jumpa orang-orang yang macam ni. Luarnya, happy, dalamnya hanya Allah yang tahu.

Dr. cerita, dia lalui semuanya sorang diri. Sebijik lah dengan mak aku. Bersalin sendiri, drive kereta sendiri ok, dan saat dia bertarung nyawa tu, suami dia sesedap rasa pergi honeymoon dengan Si Muda. Dr. dah lah ada sakit jantung..sabor yo lah. Saat Dr. cerita tentang diri dia, aku bayangkan mak aku di Perlis. Cuma Dr. beruntung sebab ada kerja yang menjanjikan pendapatan lumayan, pendek kata, dari segi ekonomi, Dr. memang tak ada masalah lah…

Pelik kan lelaki ni, pantang berduit sikit, mula lah nak pasang dua tiga. Kenapa ya?yang tak berduit pun ada jugak yang gatal..Isteri yang satu dekat rumah tu memang dah di sahkan akan masuk syurga ke?belum tentukan… jadi masih ADA BRAN nak tambah cawangan kenapa? Sebab mampu? Kalau masih belum mampu membimbing sorang isteri ke syurga, janganlah cakap tentang MAMPU ok…Ikut sunnah lah sangat, Kalau rasulullah, 100% dapat menjamin para isteri baginda ke syurga, jadi para suami yang berkeinginan atau sedang menduakan para isteri, betul ke isteri anda sudah dijamin syurga?

Memang emosi betul aku, bila bercakap tentang POLIGAMI ni…entahlah, aku tidak mengharamkan sesuatu yang dihalalkan Allah,Cuma apa yang aku lalui, membuatkan aku pelik dengan lelaki…

Kesimpulannya, aku bangga dengan mak aku sebab sabar mendidik kami keseorangan, aku bangga dengan adik-adik aku sebab membuktikan hidup tanpa ayah juga kita mampu bahagia…=)

Thursday, October 18, 2012

MEREMPIT KALA HUJAN TURUN

 Alhai tajuk aku kali ni kan?
Alkisah malam semalam, aku balik dari kerja..

Nisak : dude, aku lapar lah.
Aku    : hujan lah, cena nak keluar?
Nisak  : kita redah je lah. tawakkal tu'ala Allah.
Aku    : Hujan lebat kot.
Nisak  : Aku lapar ni.
Aku    : Jap, mesej Suri. Tadi ingat nak keluar dengan dia, tapi hujan, tak jadi lah keluar.

Maka bermulalah episod merempit di kala hujan. Yang paling dahsyat sekali, naik moto guna payung..memang kerja gila di abad ini betullah. Pengalaman indah untuk di kenang. Sweet! (mesti nisak geli dengan ayat ni,huhuhuhu).

Alhamdulillah, bersama mereka, sentiasa ada manis walaupun disaat duka.

Monday, October 15, 2012

part time

caya tak caya lah kan..
semester yang macam sibuk nak mampus ni, boleh pulak aku buat part time.
nak terlucut urat-urat and sendi-sendi yang ada rasanyalah..

TAPI

Alhamdulillah..
aku dapat bos yang baik dan sentiasa memahami, jadual aku yang tak menentu.
"budak kecik" cakap.."super duper punya sibuk"
dapat rakan kerja yang baik
dan yang paling best,,aku kerja di kedai buku..
nak tahu apa rasanya?
rasa macam masuk syurga dunia..(macam pernah pulak)
suka sangat,sangat,sangat,sangat...



budak ni comel kan?
sempat saja aku curi gambar dia..gambar ayah dia terpaksa lah ambil..sebab ayah diabyangdukung dia..huhuhuhu


dua orang ni,
bukan budak-budak yang hilang k..
bukan apa, aku suka tengok bila budak-budak minat membaca.
rasa macam nak beli je buku cerita yang ada di kedai tu..

Thursday, October 11, 2012

Hantaran Abd.Hadi Siap!

Alhamdulillah..
dalam masa sehari, siap juga benda-benda alah ni.






semuanya 7..dan pihak perempuan akan balas 9. Aku pun taktahu kenapa mesti ganjil.
Semua benda alah ni pun dah selamat sampai di Perlis pagi tadi..
bukan apa..
Aku tak dapat balik raya haji...TIKET dah habis!!!!
jadi di perantauan lah raya kali ni..
sedih ke tak, kena tunggu pagi raya lah..huhuhu

Semester 5.

Alhamdulillah,
macam tak percaya pulak..aku dah sem 5..dan tahun 3..
bila masuk sem baru, soheh ada sesi tangkap gambar..hehah
aku suka!


housemate aku..
baju unggu : kinah
baju kuning : radhiah



ragam-ragam sebelum tangkap gambar.





Add caption

tak semua jugak datang tahun ni..hemmmm


kumbang yang bijak dalam kelas aku..walaupun banyak tugas..tapi kerja sekolah tetap siap!


roomate aku dari sem 2 sampai 4 and housemate aku lg taun ni.. yang pakai spek mata tu k..
Mazyyah! cun habis!

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.