Pages

Ads 468x60px

Labels

Tuesday, November 08, 2016

Ke Melaka Kita

Jumaat (4/11/16)

Bidan terjun..
Terjun dari tingkat berapa pun ak xtahu lah.

Nisak lah ni..tiba2 kau datang riang plk..
Sepatutnya, hr sbtu tu ak jaga booth ust kamil. Maka merayu2 lah ak..mintak digantikan dgn org lain.

Nisak! Apa pasal kau lambat pinang ak?
Haram meminang pinangan org lain..

Nisak ckp baru cukup duit nk pinang ank orang..
Sengal..hahahah

Maka lps isyak hr jumaat lps, kmi pun bertolak ke melaka. Maka pkul 10 berapa minit ntah kami smpai..ha gitu.

Kira sempat tgok muzik2 separuh akhir ckit. Lps tu..adios, amigos..zzzzzz

Sabtu (5/11/16)

Bermula lah jalan-jalan cari makan.
Chaloooo bete..

Sarapan,
Roti telur + asam pedas ikan pari + kuih muih

Makan pagi
Coconut shake, kelebang
Singgah beli kuih keria.

Solat zohor d Masjid Selat Melaka.
Fuhyoooo...ramainya geng bersih. Sempat lah tempek muka dgn bedak macik geng2 bersih..semoga bersih muka sy ya makcik..

Mkn tgh hr
(walau dh lps zohor)
Condol pulut durian + laksa

Teman n tgok nisak n the geng main bowling di MiBc, Melaka International Bowling Center. Ok, jumpa atok KFC. Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

Mkn ptg
Coconut shake Batu Berendam + Nasi Lemak. Sis rasa dh berlemak sgt dh tubuh badan sis ni.

Makan Malam
Koteow goreng + mango shake ( ini aku rsa ckit2 je..penat dh minum air manis) masa ni nisak kena serang dgn semut. Manis sgt! Trus ak ckp..balik nnt mesti ko dpt jodoh..hihihi

Ahad (6/11/16)

Selamat pagi semua.
Hari ni last episode 'sebenarnya saya isteri dia'. Akhirnya ak berjaya tgok cerita ni smpai habis. Walaupun ada terskip episod jgak sbnrnya.

Pg ni kita pecut pegi muar. Nk ziarah ayah n kakak kawan nisak. Diaorg sakit.

Sarapan
Lontong + air suam

Makan pagi
Rojak mee + air oren. Sedap ibu kawan Nisak masak.

Tengah Hari
Nasi putih + asam pedas + kupang rebus

Ok dh cukup dh..
Jom balik
Melampau betul makannya.

Challlo..

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.