Pages

Ads 468x60px

Labels

Saturday, April 23, 2011

POLIGAMI


Terkejutkan dengan tajuk aku kali ini?

Tiba-tiba ckp pasal poligami,sedangkan kahwin pun belum. Kenapa poligami? Sbb tajuk radio recording kumpulan aku ialah 'POLIGAMI baik dan buruknya' dan bicara aku minggu ni banyak juga berkisarkan poligami. Kahwin memang belum,tapi aku punya sedikit pengalaman dalam isu kali ini.

Poligami bermaksud seorang lelaki berkahwin lebih daripada satu iaitu dua,tiga dan empat dalam satu masa. Poligami pada hakikatnya adalah untuk menyekat kaum adam daripada berkahwin lebih daripada empat.

 Jika kita menyingkap sejarah dunia Islam,semasa zaman jahiliah,kaum arab jahiliah telah meletakan kaum hawa di taraf yang paling rendah. Sehinggakan mereka boleh berkahwin dengan sesiapa sahaja yang mereka sukai tanpa had,ada juga yang mencecah lebih daripada 10 orang dalam satu masa. Ini serba sedikit tentang sejarah poligami yang masih berada di dalam minda aku.

Jika berbicara soal poligami dalam kalangan wanita,pasti panas telinga dan terbakar hati mendengarnya. Mana tidaknya,perlu berkongsi kasih. Ada yang lebih rela di ceraikan daripada dimadukan. soalan aku Madu atau cerai lebih afdhal?

Hadis Nabi yang di riwayatkan oleh Abu Daud dan Ibn Majah:

Terjemahan: " Perkara yang paling di benci oleh Allah SWT ialah talak(penceraian).

Ada juga yang menentang sekeras-kerasnya poligami. Bukankah poligami itu hukum dari Allah,telah tercatat di dalam Al-Quran?

Terjemahnya:
Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu menikahinya), maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (nikahilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya. “ (QS. An-Nisaa’ : 3)

Soalan aku yg sterusnya,Bolehkah kita sebagai hamba menentang poligami?

PANDANGAN AKU TENTANG POLIAMI

Kenapa pandangan aku? Bagus sangat kah aku smpai boleh bg pandangan? Ini blog aku kan? So,di kesempatan ini,di Saat Allah masih bg kesempatan menghirup oksigen ni, ak nk say something.

Poligami tak salah,dan tidak akan pernah boleh di tentang. Hukum yang telah jelas termaktub dalam alQuran dan hadis. "Mesti lah boleh kau cakap macam ni,orang yang merasa peritnya poligami itu bukan kau? ". "cakap senang lah wei". Mesti ada yang bercakap macam ini kan?

Adakah poligami dicipta untuk kesengsaraan semata-mata? Bukankah sebelum Allah menetapkan poligami,seorang suami boleh berkahwin lebih daripada empat? Adakah anda lebih rela melihat suami anda bergelumang dengan dosa? Tidakkah kita juga akan menerima sahamnya di akhirat kelak?

Satu benda yang harus di ingati selalu, tidak pernah ada satu pun di dunia ini yang menjadi hak mutlak milik kita. Kita semua adalah hak milik Allah dulu,kini dan selamanya. Siapa kita untuk melawan takdir Allah SWT? Hawa-hawa zaman sekarang juga harus mengakui kebenaran ini:-

  1. Perempuan lebih byk dr lelaki. Tp kajian d mlysia sblm ni ckp lelaki byk dr perempuan (utk populasi mlysia lh)


  2. terdapat juga golongan lelaki yang sangat berkeinginan untuk menjadi perempaun(mak nyah),golongan ini pun tak masuk dalam senarai lelaki idaman Malaya kan?
So,berapa kerat sangat yang tinggal yang layak untuk di jadikan suami? Bagi wanita zaman sekarang,peratus untuk bermadu lebih tinggi kerana kurengnya kaum adam..inilah dunia akhir zaman.

Namun,kepada isteri ke 2 3 dan 4,harus di ingat,jangan pernah jadi PERAMPAS. Jika benar anda harus berpoligami, niatlah kerana ALLAH. Sakitnya di rampas hanya Allah yang tahu dan yang pernah merasainya. Berkahwinlah dengan cara yang baik. Para madu perlu berbaik untuk menghasilkan madu yang MANIS. Bersatu itu lebih baik kan?

Sbb apa xboleh? Apa yang susah? Apa yang payah? Isteri-isteri Rasulullah BOLEH,kenapa wanita sekarang tidak boleh? Mereka bolehlah sebab mereka isteri nabi,kami tak boleh sebab kami wanita biasa. Bukankah wanita biasa yang perlu berusaha lebih daripada Isteri nabi? Bukankah semua isteri nabi telah dijamin syurga? So,wanita-wanita biasa,masih mahu menolak poligami walaupun diri bukanlah dari golongan yang di jamin syurga? Ingatlah kita tidak mampu masuk syurga dengan amalan kita,hanya dengan rahmat-Nya sahaja kita memohon untuk menikmati syurga-Nya.

Realitinya,tidak ada yang suka berkongsi. Hatta,Siti Aisyah sendiri cemburukan Hafsah. Namun kerana cinta mereka pada Allah dan Rasulullah maka di relakan jua poligami. Cemburu itu fitrah,tanda kasih pada suami. Namun besederhanalah,kita masih ada cinta Ilahi.

SEMUA PANDANGAN Aku HANYA BOLEH DIGUNA PAKAI SETELAH SUAMI TERSEBUT YAKIN,DIA BERKEMAMPUAN zahir dan batin,SERTA MAMPU BERLAKU ADIL. 

Perlu di ingat juga,adil itu bukanlah samarata,tetapi meletakkan sesuatau apda tempatnya.

Alam poligami yang di sekeliling ak tidak ada yang indah,lebih banyak duka dari tawa. Walaupun bukan aku yang bermadu,namun tempiasnya terkena juga pada aku. Pengalaman sahabat juga sama. Aku masih belum berjumpa dengan sebuah keluarga yang mengamalkan poligami tetapi penuh dengan tawa dan bahagia. Anak-anak terabai tanpa kasih sayang ayah,anak-anak terbai dan terbiar,nfkah entah kemana,hilang semua rasa tanggungjawab,perkahwinan yang sudah menjangkau usia 23 tahun runtuh dek kerana isteri muda, dan banyak lagi.

Apa jua yang terhidang di depan mata,tidaklah mudah untuk aku melatah. Aku masih punya akal fikiran. Aku tidak terus membuang poligami,poligami itu baik,yang mmemburukan poligami adalah insan yang bernama suami tidak adil,suami tidak bertanggungjawab,si perampas yang pentingkan diri sendiri, dan seangkatan dengan nya. Bagi yang sedang merancang untuk berpoligami, jangan pernah menjadi FITNAH PADA ISLAM.

Kalau tanya aku,sanggup atau tidak, jawapannya mmg tak sanggup,TETAPI jika:

  1. di takdirkan aku bukan wanita sempurna,tidak mampu memberi zuriat,maka sila kanlah suamiku,aku cuba utk relakan.

  2. di takdirkan,aku sakit dan saat itu,aku sudah tidak mampu membahagiakan suami aku,silakanla,aku pasrah

  3. silakanlah,jika alasannya kukuh.
Hehehe..ini apa yang aku rasa sekaranglah,sebelum kahwin..nanti tak tahu lah,kot-kot ada perubahan,tak nak bagi pulakan,harap-harap tak ada lah perubahan yang akan berlaku.
renungkanlah,hidup hanya seketika, singgah sebentar mencari bekal untuk di bawa ke perkampungan akhirat di sana.

Wednesday, April 06, 2011

KISAH HATI


Ya Tuhanku..
Hamba-Mu ini tidak tahu apa yang ingin Engkau tarbiyahkan untukku. Tapi hamba-Mu ini redha dengan setiap ketentuan-Mu. Ujian-Mu mengajar hamba-Mu ni lebih tabah dan sabar. Ujian-Mu juga membuatkan ku sedar bahawa Engkau menyayangi ku. Mungkin ku rasakan dia yang terbaik untukku tetapi hanya Engkau Maha mengetahui yang terbaik buat diriku.

Daku tidak pernah kesal dengan ujian Allah. Mungkin Allah ingin menghadiahkan daku seorang insan yang lebih baik daripada dia. Bak kata ustaz Pahrol " Mungkin dia bukan terbaik untuk kunamun tidak bermakna dia tidak baik,tetapi dia adalah terbaik buat insain yang terbaik untuknya."

Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Sekiranya kita boleh petala atau musibah,anggaplah Allah sedang menguji tahap keimanan dan tahap kesyukuran kita. Walau apa jua kondisi kita tika itu,sentiasalah bersyukur kerana nikmat allah Maha Luas dan tidak terkira.

Sesungguhnya,Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kita memohon kekuatan dan keteguhan hati, Allah memberi kita dugaan dan ujian untuk membuat kita kuat dan cekal. KIta memohon kebijaksanaan,Allah memberi kita pelbagai persoalan hidup untuk di selesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang. Kita memohon kemakmuran, Allah telah memberi kira akal dan tenaga untuk di pergunakan sepenuhnya bagi mencapai kemakmuran. Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati,Allah memberi kita kesempatan-kesempatan yang silih berganti.

Begitulah cara Allah membimbing kita. Adakah jika kita tidak beroleh apa yang kita idamkan bermakna bahawa kita tak mendapat segala yang kita idamkan?

Kadang-kadang Allah tak memberikan apa yang kita minta,tapi dengan pasti Allah akan memberikan kita apa yang TERBAIK untuk kita. Kebanyakkan kita tak dapat melihat hikmah bahkan tidak mahu menerima rencana Allah. Pada hal itulah yang TERBAIK untuk kita.

KEAJAIBAN CINTA


Hati dikata qalbu juga fuad,juga disebut latifah rabbaniah. Raja di dalam kerajaan diri wadah kepada letak hidayah ALLAH. Nafsu dan akal sebagai penasihat. Nafsu terdidik pendorong kebaikan. Akal terpimpin hatikan berbakti. Hasilnya menjamin keselamatan diri.

Batapa Agungnya kuasa Ilahi kerana mendatangkan cinta tanpa sebrang tanda harga. Jika diletakan harga,adakah kita mampu memiliki cinta sejati?

Apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,janganlah hendak mencari yang lebih baik daripada itu. Kita sepatutnya menghargai orang yang berada di depan mata kita sabaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap akan berlaku,semoga ianya tidak berulang kembali. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu,kita boleh perbetulkan keadaan dan cubalah teruskan perhubungan tersebut. Ingatlah orang yang kita sayang itulah orang yang kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun jika hendak di ikutkan masih banyak yang lebih cantik dan lebih baik.

KECUALI jika perhubungan tersebut tidak boleh di selamatkan lagi maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.Bersyukurlah dengan apa yang kita ada,hargainya sementara masih ada peluang.

DEMI CINTA SUCI


Pernah hatiku luka pedih
kerana di calari cinta penuh duri
lemas aku dalam dilema
kata janji manis sungguh tak bermakna

mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
walau di dasar lautan sanggup ku selami
namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
kau sebutir pasir tak berharga

demi cinta yang suci
ku rela korbankan kepentingan diri
demi sinar bahagia
ku hambakan diri pada-Nya yang Esa

Baru kini kurasai nikmatnya cinta yang suci
tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
ranjau yang berduri akanku tabah menempuhinya
menyubur iman di jiwa

demi cinta yang suci
ku rela korbankan kepentingan diri
demi sinar bahagia
kuhambakan diri pada-Nya Yang Esa
demi cinta hakiki
ku sanggup redahi apa yang terjadi

apalah erti cinta suci
andai janji-janji sering dimugkiri
apalah erti cinta murni
andai kata-kata sering dilupai

WANITA


Best plk dgr lagu wanita ni. Lirik dia cantik.

Kau digelar sebagai penyeri dunia
hadirmu melengkapi hubungan manusia
bukan sahaja dirindui yang biasa
malah adam turut sunyi tanpa hawa

akalmu senipis bilahan rambut
tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
jua hatimu bak kaca yang rapuh
kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

tercipta engkau dari rusuk lelaki
bukan dari kaki untuk di alas
bukan dari kepala untuk disanjungi
tapi dekat di hati untuk di lindungi
dekat jua di hati untuk dikasihi
engkaulah wanita hiasan duniawi

mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
jika datangnya dari kayu yang bengkang-bengkok
begitulah peribadi yang dibentuk.

didiklah wanita dengan keimanan
bukan dengan harta atau pujian
kelak tidak derita berharap pada yang binasa
engkaulah wanita istimewa

sedarilah insan istimewa
bahawa kelembutan bukan kelemahan
bukan jua penghinaan dari Tuhan
bahkan sebagai hiasan kecantikan

TOK(nenek)


Hati aku berlagu sepi seketika. Hanyut dalam kedukaan. Tiada yang bisa menggantikan tok. Memang yang patah tumbuh yang hilang berganti. Tapi tok aku tiada siapa yang mampu menggantikan tempatnya.

Saat diri ini masih kecil,tok sentiasa di sisi,mengajar diri membaca Al-Quraan tanpa jemu.Tidak pernah aku dimarahi,sentiasa lembut dalam bicaranya. Teringat aku semasa darjah satu,setiap pagi selepas mandi tok akan gosok kaki aku,tok tahu aku sejuk. Sayangnya tok pada aku. Sentiasa ada di sisi aku. Add Image

Indahnya saat bersama tok tak akan mampu berulang kembali. Tiada lagi kedengaran alunan ayat suci Al- Quran dari tok. Tiada lagi bicara dan tawanya. Semuanya hanya tinggal kenangan.

Tok seorang yang sangat menjaga bicaranya. Tidak pernah bertandang ke rumah jiran untuk berbual kosong. Setiap petang tok akan habiskan masanya untuk mengayam tikar atau membaca Al-Quran. Baiknya tok.

Semuanya masih segar dalam ingatan. semuanya....

Saturday, April 02, 2011

PERGINYA

Tak pernah aku sangka,hati yang meronta-ronta nk balik kampung adalah petanda tok akan pulang ke rahmatullah. Pemergian yang tidak disangka-sangka. Petang khamis,aku nekad pulang ke kampung. Baru saja pensyarah ICT masuk,aku dah bergerak keluar kelas. Dalam perjalanan nak keluarkan duit,telefon aki berdering. Sepupu dari kampung di talian

"kak cik ang tau dah ka tok tak dak dah?".

saat itu. Kaki aku kaku,terpaku di tepi jalan. mulut bagaikan terkunci seketika.

"Tok tak dak dah,tok minah,pukul 6.40 tadi" sepupu aku meyambung bicaranya."ang nak balik dak?kak aku balik".

"Aku balik,aku balik".Perkataan ini sahaja yang keluar dari mulut aku. Air mata mengalir laju,jatuh ke pipi. Hilang semua rasa malu pada orang,biar banyak mata yang memandang,air mata tak mampu diseka.


Sepanjang perjalanan pulang,ingatan hanya terlekat pada tok. Segala memori bersamanya satu persatu keluar di skrin ingatan. Titisan air mata menemani aku sepanjang perjalanan.

 Pukul 5, pagi Jumaat, aku sampai di rumah. Berat kaki untuk melangkah ke rumah tok,aku tak sanggup melihat sekujur badan yang sudah pergi menghadap Ilahi. Aku gagahi kaki ini untuk melangkah jua. Tiada kata yang aku lafazkan. Mak yang berada disisi tok,sudah bengkak matanya. Aku hanya bersalaman dengan sanak saudara dan mencium mak. Masih tidak mampu menatap wajah tok.

Usai solat subuh, aku pergi ke rumah tok untuk membaca Yassin. Saat membaca,beberapa kali aku terpaksa berhenti , "sedihnya Ya Allah". Hari ini ALLAH telah memberi kemudahan dan kelapangan kepada semua cucu tok untuk pulang ke kampung. Semuanya sempat melihat tok buat kali terakhir. Alhamdulillah.


Seketika kemudian tok diangkat untuk dimandikan. Sedih sangat. Selama lapan tahun tok lumpuh,anak-anak dan cucu-cucu tok yang mandikan tok. Saat memandikan tok,terkenang aku, ditempat yang sama aku pernah mandikan tok, ramai2 dgn spupu sepapat. 

Banyak bicara tok, nasihatnya, soalannya....tapi kali ini, semuanya sudah hilang. tidak ada lagi memori baru yang boleh aku bina dengan tok. Tok kaku. Namun wajah tok tersenyum. Siapa saja yang memandang wajahnya pasti berkata,tok senyum.


Dalam kesibukan menguruskan jenazah tok,sepupu ak yang umr 3 tahun meruntun hati aku.


"awat tok tidoq lama sangat? awat tutup muka tok?". Pilunya hati ini mendengar ungkapan ini.

Setelah selesai mandi,tok dikafankan. Deraian air mata mengalir di setiap pipi anak-anak dan cucu tok semasa diminta mengucup tok. Berkali-kali  cuba tahan air mata. Setelah agak kuat,aku kucup pipi tok buat kali terakhir,sejuk,sejuk sangat.


"Ini lah yang terakhir tok. Semoga tok damai disana."

Aku dan sepupu perempuan menanaiki van jenazah kerana hujan tidak henti-henti dari pagi. Seperti hujan jugalah air mata sanak saudara mengiringi tok pergi. Tiba di masjid,tok disolatkan. 


"Selamat tinggal tok,damailah tok di sana"

Petang jumaat,kami berbincang tentang satu perkara. Selama 8tahun Mak Su jaga tok,pastinya dia akan kesunyian selepas ini.

Selalunya,lepas hantar sepupu aku ke sekolah,mak su akan bg tok sarapan n mandikan. Masak untuk tok. Kadang-kadang tok perlu di suap. Mesti mak su sunyi n sedih selepas ini. Sekarang mungkin dia tak rasa sunyi sbb sanak-saudara masih banyak dan banyak anak-anak kecil yang membingitkan keadaan rumah. Sunyi itu masih tidak terasa. Mampukah mak su mengharungi hari-hari mendatang tanpa tok? Kuatkan dan cekalkan diri maksu.

Malamnya, kami adakan tahlil untuk tok di masjid. Di rumah,mak suruh kami tunaikan solat hadiah untuk dihadiahkan pada tok di malam pertama tok disana. Tempatkan tok bersama orang-orang yang beriman..Ya ALLAH SWT.


 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.