Pages

Ads 468x60px

Labels

Saturday, August 19, 2017

Nak kawin

Tiba2 rasa nk menulis pasal nak kawin ni.

Sbb ada sahabat bercakap soalan nak kawin baru2 ni.

Kita perempuan ni, nak kawin perlukan persediaan.
Kita kena ada saving, rumah, dan kereta. Kalau xde jgak..sekurang2nya ada saving.

Ak terus hurmmmmm...berfikir dalam mengenangkan kisah ak nk kawin thn lps.

Ak xdak pong semua tu. Yillek!

Habis grad, ak target habiskn byr ptptn. Ok, jgn ckp gaji ak bsr, byr ptptn yg 1 sem ja. Tu pun ambik masa dekat setahun jgak ak nk mmbayar..sbb, bayar ikut kemampuan la der..ikut hati mmg nk bayr segedebuk..biar bebas hutang.

Org kaunter ptptn selalu ckp dkt ak," dik, sikit lagi ni, boleh langsai terus ni,"

Terus keluar lagu kalau aku kaya.

Ok, alhamdulillah capai target bayar ptptn. Tak sangka sbb terawal sikit dari target.

Celah2 tu plk, muncul perancgn nk kawin. Tiba2 je tau..jadi kau rasa ak ada saving? Ada rumah? Ada kereta? Nan hado semua tu.

Maka bermula lah ak search segala ilmu pgetahuan pasal mjlis kawin. Tunang ak xkisah sgt sbb tunang je kan..ko xpayah nk beria sgt lah..tunang je kot. Ak buat tapisan dgn acik suwi. Acik suwi tahu lah segala ke struggle lan ak dlm bab plan ni. Ko xda duit, ko nk kawin. Ni salah 1 sbb kawn aku yang dkt atas tu takut nk kawin ni. Yang ko ada usaha n tawakal yg majlis tu akan berjalan seperti di rancangkan.

Lps senarai semua, kami tapis, mana boleh buat sndiri, mana kena tempah. Kalau ikut hati nurani ak ni, ak nk buat sndiri semuanya, tapi tu lah..lps acik suwi nasihat..ak pun ikut lah, yg nk buatnya ak sorg..takut ak penat..mood terbang. Vorkeh.

Mula2 ak target, dr awal mjlis termasuk brtung..limit smpai 10k ja. Xboleh lebih. Ko kena igt..bayang 10k tu xhado lg ya. Lps tu bru list masuk jadual. Bila masuk jadual, sedaya mungkin cut apa yg patut lagi. Hantaran, baju, pelamin, apa2 ja lah..pikir yg patut..jgn over. Pelamin bagai tu igt xmau buat dh..dh kena bising plak.." kena pikir, ni mjlis sblh pmpuan, mjlis 2 fmly, org ckp apa nnt..bla..bla..bla"
Maka ada lah pelamin d hari kejadian.

Ak target beli barang hantaran sebulan 1. Tiba2 plan bertukar. Hantrn time bertung je, time kawin xpayah. Lagi la sonang kejo den. Sbb mostly barang hntrn, barang2 yg nk guna utk kawin. Baju, smpin, songkok..

Goodies ak sedia utk rombgn dr perak n kwn2 ja. Yg lain semua adik ak sponser. Alhamdulillah.

Bekas letak hantaran, ak ambik bekas hantaran adik ak jer. Reuse. Alahhh, nk letak kejap je. Xpayah nk bertema2 sgt. Seigt ak, sblh ak warna oren, sblah En.F warna hijau. Xpayah nk sedondon sgt la..asal hado.

Masa ni ada side income. Alhamdulillah. Byk mmbantu cukupkan ak punya belanja kawin.

Opsss, ada org tanya, awat nk sushkn diri? Duit hantaran kn ada. Hello datin, i lupe nk cerita, ak decide awal2 lg, "duit hantaran trpulang pihak lelaki". So ak xmnanti lagsung. Biar ak tahu sushnya nk cari duit nk kawin. Biar ak tahu hargai perkahwinan ak kelak. Sbb? Igt senang nk kawin?. Semoga dgn rsa susah ni ak jd insan lbh bersyukur.

Ok, ada je duit terus masuk smpul. Duit gaji bulanan mmg ada bhgian simpnn, side income, mmg struggle nk ckupkan target. Dalam masa yg sama..diet la. Tipu la perempuan nk kawin x diet. Takut gemoks, xmuat baju kawin...hahahahah. ini pun pulun, makan segenggam nasi. Dlm masa yg sama, jimat duit ak.

Tips ak simpan duit?
Belanja ikut badan sndiri. Target pun ikut kemampuan. Jgn target over sgt..ak target sbln sblm mjlis, ak dh setel semua bab bajet ni. Ni kerja gila jgak ni..mau xckup mcm mna?

Lg 1, sejak ak kenal dunia pekerjaan, ak dh strt manage duit guna sistem smpul. Sistem smpul mcm mna? P search google..byk tu. Nmpk simple guna sistem ni, tp percayalah, korang akan jd seorang yang manageable dlm keewangan. Korang jgn main2 bab kewgn ni, terutama yg gaji besar. Ak gaji kecik ciput ni mmg la kena manage betul2, nnt hjung bln xhado apa pun guana? Kalau gaji besar, ak tgok jgak kwn2 ak..dpt ja gaji, terus beli kereta, keluar hujung minggu..beli barang2 yg ak kira sekadar kemahuan bkn keperluan. Weh, bkn jeles weh..serius, ekonomi skrg nazak. Kalau korang boleh guna duit2 tu ke arah beli rumah or beli emas mmg ak sokong..kalau sekadar nk bersuka ria, xpayah la smpai setiap minggu. Sbln sekali dh la kot. Tapi ni pndgn ak ja lah..mata org kg. Ape2 lah...last2, duit korang, hasil titik peluh korang..ikut suka hati korang lah nk guna utk apa kn? Jgn kecam ak.

Tapi serius, sistem smpul ni boleh la buat ak makan smpai hujung bln. Alhamdulillah.

Since ak buat perancgn nk kawin, n buat bajet tu. Allah maha berkuasa, semua Allah cukupkan. Alhamdulillah 12.12.16 selesai majlis, walaupun ak xsempat tgok tetamu makan apa...hahahah. Part yang paling best, total semua dlm 8k lbh ja. Alhamdulillah. Cara org kg knduri. Makan katering rm5k. Selebihnya ak merapu beli baju kawin, pelamin, goodies n semua2 la hntaran bagai tu.

Alkisahnya, ak rsa bila dh ada niat nk kawin, insyaAllah..Allah ada utk mambantu. Lain org, lain cara nya. Tawakal, tapi jgn lupa usaha.

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.