Pages

Ads 468x60px

Labels

Friday, April 27, 2012

TAMAT SEBUAH PENANTIAN

 Alhamdulillah..

Lafaz suci meluncur laju di bibir aku..Akhirnya tamat sebuah pernantian..Penantian itu teramat menyeksakan, dan penantian aku kali ini berakhir dengan happy ending..Alhamdulillah, syukur kepada Allah..yey.

Tak semua yang kita nak, kita dapat, tapi yang pasti Allah tak beri apa yang kita nak..cuma Allah sentiasa memberi apa yang kita perlu dan yang terbaik buat kita.. Alhamdulillah dengan kunian ini Ya Rabb.

Malam semalam, tak malam sangat lah waktu tu..Yana datang bilik, Yana cakap dia dah lepas MUET, BAND 3. Masa tu, aku dah mengantuk sangat, bukan sangat dah, tapi mengantuk yang teramat. Jadi respon pun kurang memuaskan. Blurrrr....+_+

Mesej Yana masuk..
" Fiza dah cek? semoga apa yang Yana rasa menjadi milik Fiza juga..Amin Ya Rabb

dalam hati aku
" Amin Ya Rabbal 'alamin."

Esok paginya mesej Yana masuk lagi..
"Fiza lepaskan?..Tahniah, Alhamdulillah, gembira untuk Fiza" . Aku mula berbicara sendiri, " bila masa pulak aku cek ni? semalam aku teruih tidoq, pagi ni pun tak dan nak cek lagi, dok kalut nak pi tangkap gambaq ni. Tah pa-pa Yana ni"

Sampai ja, di kampus, Yana datang dekat Fiza, bawa aku pergi jauh dari yang lain. Yana cakap dah ada orang cek result Fiza. Ngek, xsupriiiiiiiiise dh la result ak.

Lebih kurang dalam pukul 10 lebih2, aku cek result MUET, Ni kali keempat aku ambil, Kali ke-3 lagi dua markah nak cukup band 3..rasa sedih tu ada, tapi nak buat cena kan..rezeki tak berpihak pada aku lagi masa tu.

Alhamdulillah..dah lepas, akhirnya..penantian aku untuk dapat BAND 3,tercapai. Setelah empat kali percubaan..asyik BAND 2, dari tingkatan 6..ingatkan dah tak boleh up dah level aku..heheh

Perkara pertama, mestilah call mak..mak cukup risau bila aku macam dah nak putus asa dengan MUET ni. Mak yang selalu cakap " Kak mesti boleh, mak sentiasa doakan kak.". Alhamdulillah DOA mak dimakbulkan Allah SWT. Berkat doa ibu. SAYANG MAK..muah,muah,muah ^_^

pada yang belum lepas, JANGAN MUDAH PUTUS ASA. USAHA, DOA, TAWAKAL.

14 comments:

  1. setahap lebih tinggi dari ana. band 2.

    ReplyDelete
  2. dulu memang band 2 pun,,tapi dekat USIM, kalau tak dapat band 3 tak boleh konvo..dan kena ambik BI tiga masa sem5..agak susah senior cakap..^_^

    ReplyDelete
  3. tahniah Norhafizah bt Azizan. Tak sia-sia menderma 100 rngt lg kan?..huhu.

    Takda masalah dah lepas ni. Muet dah lepas. Tanggungan JPA. tak da yg perlu dirisaukn..hehe. Just abihkn study dgn rsult terbaik :)

    by the way, bak kata Yah: Lepas satu masalah & boleh kahwin dah lepas nie.hehe. kahwin jgn x kahwin. ^-^

    klu yana, kena fkr PTPTN lg..ngeee~. Jd, mslh x slsi lg. alasan kn?. :D

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Yana,Tahniah buat Yana juga,,

    kahwin lah sangat..ingat seng nk kwin?
    Fiza tggu PUTERA DARI KAYANGAN masuk mminang..heheh..PRINCESS kena kawin dgn PRINCE..sweet kan?

    Sapa cakap orang PTPTN tak boleh kawin? kalau macam tu ramai lah rakyat Malaysia yang tak kawin..^^, Dpt JPA pun belum tentu kawin..huhuhu

    ReplyDelete
  5. hehe. Prince tu dah da. tinggal dia masuk pinang princess dia je lagi. :) Prince ada banyak la fiza.. fiza nak yang mana satu masuk pinang fiza nih?.hee :P

    mmg la blh kahwin wlpn ptptn tp ptptn tu pinjaman. kena fikir cmna nk lunaskn pinjaman tu. Jpa len..biasswa.tak yah fikir dh.ngee~

    ReplyDelete
  6. huahuahua...Fiza ni femes lah sgt, cantik lah sgt,baik budi pekerti lah sgt yg sampai banyak sgt prince nak masuk meming..xda apa yg lebih pn Yana, Fiza msih byk kekurngn..

    alah, depa yg bg pinjm..sapa suruh..heheheh^^,

    ReplyDelete
  7. prince Perak,kedah, Perlis, Pahang, Sabah..
    semua ada tuk masuk minang Fiza. :)
    Luar negara pun ada. nak?.
    heee


    ptptn oh ptptn...huhu

    ReplyDelete
  8. Tak nak yang jauh, nak yang dekat-dekat ja..tapi kalau Muhammad setuju,,jauh pun jauh lah..hehe..berangan number 1..

    PTPTN tu..bior ja dlu, t dah kerja, baru fikir, sekrang Yana study ja dulu

    ReplyDelete
  9. amboi.. xleh tahan. nak Muhammad Devotees plak tu.
    dah la org sabah.sanggup ke?.

    ReplyDelete
  10. Dah tak da yg dekat..kena ambik yg jauh lah..
    hehehe..
    tak sanggup kot..kesian mak Fiza,Fiza nak duduk PERLIS ja kalau boleh, tak nak jauh2 dgn mak,,Tapi kalau Allah tetapkan lain dari perancangan Fiza,harap-harap Fiza dapat terima dengan hati yang terbuka..
    Bak kata Mazyyah " Akak, lepas kawin, mesti akak sayang suami akak". ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. msti la syg suami lepas kahwin..ngeh3.
      jom kahwin..
      cam mudah je kan?.hee.
      kahwin org jauh la..

      Delete
  11. Yana lah kawin dengan orang jauh..Fiza cakap, kalau dapat orang jauh, nak wat cena kan? tapi kalau boleh nak yanng dekat ja..hehehehhuhuuhuhhohoooo $_$

    ReplyDelete

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.