Pages

Ads 468x60px

Labels

Wednesday, February 01, 2017

Sayang Rahim

2017 dh menjengah, dh masuk bln 2 dh pn hr ni. Mcm2 cerita jgak lh lps balik melaka hr tu. Benda paling bsr yg brtukar, smestinya status ak, walaupun smpai skrg ak masih xpercaya ak isteri org. Benda yg ak selalu ckp dkt suami ak, ayat ni lah, "mcm xpercaya saya dh kawin".

Ok, biarkan rsa ak tu..lama2 mesti ak percaya jgak ak dh kawin kn? Xkn la smpai bila2 ak xpercaya..drama je lbh.

Sejak 2 mnjak ni, tp sbnrnya sblm kawin lagi..ak di didik dgn 1 ilmu oleh akk2 sekerja ak. Ilmu org perempuan. Ilmu jaga rahim. Rahim org perempuan ni 1 je. Xboleh tukar2, xboleh derma2. Aset utama perempuan. Jaga baik2..dh mcm iklan plk, jaga baik2..tp betullah, kena jaga betul2.

Ak ni, suka buat itu ini sndiri. Jd ramai jgak sbnrnya yg dh tegur, jgn angkat berat2 nnt rahim jatuh. Mana lah bk sedr diri kalau xrsa benda tu penting. Masalah ak part angkat berat ni je. Kalau part pantang larang, makan makann yg baik utk rahim, ak boleh follow.

Org suruh mkn itu ini, yg jgn mkn semua ak ikut kalau ak rajin..hihihi. paham2 la kalau petua org dolu2, bahan2 sja dh brp jenis, belum lagi masuk bab kena tggu dia masak..selalunya masa utk masak ramuan2 ni lama. Ramuan apa n untuk apa, p google sndiri lah, malaih nk taip. Ikut hampa la nk amalkan apa, aslkan benda tu baik utk badan hampa. Mcm2 ada, pilih la yg trbaik utk badan hampa.

Akk2 ni selalu pesan, jaga diri, jaga badan..org perempuan kena jaga betul2 sbb nk guna lama. Kalau pantang, pantang betul2.

Ak ni kan mmg jenis yg xboleh minum air sejuk, jd alhamdulillah part pantang ais or air sejuk. Kadang2 teringin jgak ais krim..hentam jgak la. Makan pedas sgt pn xbagus sbnrnya..part ni on off, sbb ak suka pedas, tp sbnrnya kena pantang pedas.. bila rsa sihat sikit, mula la nk mkn pedas xigt dunia. Bila batuk tgh mlm, bru nk muhasabah "ak mkn apa hr ni", manusia mudah lupa! Hampeh hafizah.

Ok, nk cerita sikit lps kawin, ak ni xboleh tgok barang bersepah, dh sepakat nk kemas rmh sama2 dgn suami ak, tp apa kn daya, ak ni ketegiaq..asal ak pndang, ak geram, asal nmpk, ak rimas..lama2, ak angkat, ak susun..taraaaaaa, rumah siap d kemas. Dh siap kemas? Apa lagi, sakit la berrr..rsa nk terputus pinggang.

Ok, rileks la. Rehat lah. Mesti lega. Bangun tido. Alhamdulillah sihat. Esok sapu smpah plk. Xhabis lagi sapu dkt dapur, dh sakit lagi. Xpe, kita rehat2. Smlm rehat xckup. Mcm tu lah ak. Asal sakit ak buat rileks. Smpai la ak xtahan. Smpai ak rsa ak dh nk mati. Bru lh nk p urut. Bru lah nk p jmpa dokter. Bru lah nk sedar diri, rahim tu sgt2 brharga. Nk lasak mcm mna pn, igt kita ni perempuan.

Sedaq jgak lah ak akhirnya, walaupn dh sakit bru sedaq. Skrg ak pntang makn mcm org pantang terutama time "org perempuan".

Yg paling utama, jaga mkn n jgn angkat berat.

Sayangilah rahim anda❤.

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.