Pages

Ads 468x60px

Labels

Thursday, July 06, 2017

Soalan Popular

Lama ni xmerapu dkt blog ni.
Mood syawal ada lg kn?

Selamat hari raya semua.
Hurmmm, lain la sikit raya tahun ni. Raya dgn En.F kn. Kena pikir balik kg sape dulu, nk beli kuih ape nk bwak balik umah mntua. Dkt sana raya mcm mna? Uishhhh, risau jgak pikir nk raya umh mak mntua ni.

Balik perlis dulu ya tahun ni. Alhamdulillah. Kurang la sikit nebes sis nk beraya. Di perlis sempat beraya smpai tgh hr, hr raya ke2 ja. Almaklum lah, ke perak plk lps ni. Perjlnn yg lbh kurang balik nilai sbnrnya. Sbb bagan datuk ni dh dekat selangor kn..rezeki la jgak dpt org jauh.

Ok ja lah raya d perlis.
Mknn utama kita kn ketupat palas+gulai dagin. Mna ada lemang bagai.

Ok, smpai perak. 12 tgh mlm dh pun. Mmg smpai2 tu, terus tidoq la.

Esoknya, mula la beraya cara org jawa. Mak ai, ramainya dtg umah. Pecah lemaks den mcm ni. Nasib bancuh air seng, kalau x..mampus ak kantoi xpndai buat air. Giliran ak n En.F jaga rmh, sbb adik2 En.F pegi raya. Ptg nanti baru giliran  kami.

Ok, time beraya ni...
Soalan femes utk En.F, " best raya di perlis?"
Ok, jwpn En.F boleh mmbahagiakan isteri. Cuma 1, " cume kalau diaorg cakap laju, xfaham, xdpt tangkap. Jd duduk mkn kuih je lah"

Uiiiiii, kesian suami ku, xfaham rupanya.

Ak pun balas la.." mcm sama ja kita ni kan?" Tp ak rsa ak lebih, kalau depa dh bawak kluaq bahasa oversi, ak mna faham 1 habuk pun. Kalau xdak yg translate..melangut ja lah kerja ak.

Raya depa, terasa sgt suasana raya d kampung. Best. Tahun dpn xnebes sgt la nk raya di perak, sbb ak pulun dok mkn mknn depa..sedap yg amat.

Lps tu? Smbung raya sakan weh, kerja atoq rmh nk beraya. Smpai hr ahad pn kmi raya lg. Bahagia sgt kn suami cuti raya smggu. Menangis la kau suami balik johor..semoga murah rezeki kami utk tinggal bersama lps ni. Ameen

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.