Pages

Ads 468x60px

Labels

Thursday, May 29, 2014

Pesta Buku Punya Cerita

Hari ni nk cerita sal Pesta buku
dah prktikel dkt publisher buku,
jaga booth di pesta buku 2 benda biasa lah kn
lg pun masa part time dkt kedai k.gee
dh biasa dh smua2 ni



ni masa hr set up booth Pesta buku Kuala Lumpur
Ak dapat amanah untuk hias booth ala2 taman gitu.
entah taman ke idak aku pn xtau la nak kata, 
depa terima dgn hati terbuka aku tengok
tapi gambar di atas bukan booth kami ok,
ni booth karangkraf
ni booth mna ntah
dok tgok mcm mna org hias booth
hahahaha,
xdak niat nk curi idea nk kt situ
kmi dh siap hias dh masa ni


Dr Zul pun sedaya yg dia mmpu akan datang ke booth
untuk sesi bersama penulis
sepnjang pesta buku berlangsung
brpa hari ja ust xdatang
terbaik la dr zul!


Ni penulis buku mustread pn ada
hahahah
dh prktikel dgn PCK
kena promote buku PCK lah ya

gambar ni yang paling bersejarah
ha gitu
mmg sejarah la
ust pahrol kot
hampir semua buku dia aku beli
kata2 yg indah lembut mendidik.

Ni masa pesta buku negeri sembilan
Ni masa arwah ayah ammar untuk sesi pentas
xsempat jumpa Ustazah Fatimah Syarha

Aik?
marah ke?
hahahah..gambar candit
org xramai sgt dkt sini
maka, ini lah muka boring miza
hehehehe

Pesta buku putrajaya mcam xdak kengn pulak
almaklumlah 1st time di sana bg pihak PCK

booth bos lma dpn mata kot
heheheh,

Wednesday, May 28, 2014

1st Operation

Alhamdulillah,
Selesai pembedahan bronchial thermoplasty miza bagi tahap pertama.
Walaupun pada hakikatnya, aku tak sanggup melihat dia menahan kesakitan tu

Liku2 sebelum pembedahan tersebut, agak berliku lah. Kos pembdhn tersbut RM27 ribu.. mana nak cari weh duit sebanyak 2. Serabut jugak..

Dokter cakap, Miza memang kena bedah sebab dokter dah bagi ubat high dos dah. Faktor umur mybbkn dokter xblh bagi ubt yg lbh tggi. Tiga cabang paru2 dia perlu di bedah. Satu cabang, RM9 rbu. Dokter suruh kami cari dana dari tahun lepas lagi.

Maka bermulalah episod mencari dana, Zakat Selangor xdapat. Usim pn xdapat tolong.. Smua bahagian usim xdapat tolong. Jadi ada 1 NGO ni nk tolong kautim dgn USIM, still xdapat jugak. NGO ni bagi RM6 ribu. Dia ada kautim dgn syarikat pembekal alat yg akan diguanakn masa bedah. Alhamdulillah, dapat free 1. Tinggal lg 12ribu. Zakat sarwak 2 500. Selebihnya adalah duit famly. Makcik and pkcik dia yg banyak membantu. Terima kasih banyak2 ( ni kira macam ucapan terima kasih bagi pihak miza lah)hohoh0hoh0hoh0.

Seterusnya adalah hari2 untuk check up
setiap bln wajib ke hspitl

Bila duit dh cukup
ada bebrapa prosedur yg kena ikut
kena buat beberapa ujian sblm operate

19-05-14
miza kena masuk wad
untuk ujian2 akhir sblm oprate,
untuk pastikan dia xda sergn asma yg truk sblm operate

22-05-14
9am
miza operate
pukul 12pm lbh dia kluar bilik bedah
Alhamdulillah, miza sihat
siap blh tersenyum
Ak mmg happy, miza slmt
pk su miza pn ada

ptgnya,
miza muntah truk,
Ak dh xsggup tgok dh
dokter cucuk ubat tahan muntah
dlm bbrapa saat, miza kejang
ak lagi panik
miza cakap mata dia xblh nmpk
Allah Ya Allah
 dokter bagi ubat tido (sbnrnya ubt tdo ni over dose)
miza kejang lagi
cucuk lagi
ubah katil
kejang lagi
pakar turun
farmasi turun
miza kejang lagi
last
miza kena intubate lg
Allah sakitnya!

Ak mmg xsggup tgok
aku dah mengadap tingkap
mengira kereta yg tak pernah habis
entahlah..saja ja mengira
melawan rasa hati yang berkecamuk
Allah, selmtkn miza
itu ja doa aku

Aku merapati miza
dia mnulis ssuatu d tapak tgn aku dgn jari dia
Aku ambil pen dan kerts
antara sedar xsedr, dia dh makin lali dgn ubt tdo
dia tulis dia 'xsolat' lg
Allah ampuni dosa dia
bkn sgaja dia tgglkn solat mgrb hr ni

Miza masuk ICU
Sblum ke ICU, Miza kena CT Scan dlu
Ak balik rumah..Suri datg ambil pkul 1.

Esoknya,
tiub dh dapat buka pkul 3 lbh
Alhamdulillah

Esoknya lg,
mk dia sampai ke bumi smnnjung, demi anak tercinta
bermalam di hspital menemani miza

Alhamdulillah, ptg ahd miza dh dpt balik


Syukur Ya Allah, semuanya slmt

cuma pesan dokter,
dlm smggu ni, asma miza mungkin teruk sikit.
Apa pun Alhamdulillah.
Semuanya selamat
dan Allah campakkan sedit kekuatan pada Miza
untuk terus dia berjuang dgn pyakitnya.

Caiyok Miza for the second operation.


Wednesday, May 21, 2014

Kuasa Suka, Sayang, Cinta

Macam lain macam ja tajuk aku hari ni kan?
Aku pun pelik jugak dengan tajuk aku ni. Aku dok pikiaq2, aku rasa ni lh tajuk yang terbaik buat aku.. ha gitu.

Betul! apa yang betul?
nak cerita lah ni....sabor blh tak?

Kalau kita suka, akan ada satu kuasa membolehkan kita buat apa saja, mengantuk jadi segar, letih tiba-tiba boleh cergas, sedih teresak-esak boleh bertukar gelak terbahak-bahak..hahahahah.. macam-macam lagi lah boleh bertukar. Dasyatkan?

Tapi kuasa tu xda la seAgung kuasa Allah. Over lah kalau lbh, Kita ni diciptakan oleh Dia tau. Semua perasaan yg bertukar 2 pn dr Nya. Jadi, tggu apa lg, cuba lah jadi manusia bersyukur. Bukan selalu dan senang Allah nk bagi smua rasa tu.

Aku pernah rasa tak semua ni? Aku mestilah pernah.



Aku boleh senyum dan cergas bila dengar lagu Siti Nurhaliza. Hebat tak aku? kalau tgh edit buku, mata macam xnk bg ak krja, ce try buka lagu CT, confrm ak senyum n blh buat krja balik. Sebab? aku suka smua lagu CT, walaupun orang kata xsdp..hihiihi..tp xsampai fanatik la..Ulang lagu yg sama pn aku xkisah.
Lagu ni comel pulak bila di ubah arrangement dia...

Ni kisah biasa2 la.. Contoh lain,
Bila sampai ja berita pemergian nenda tercinta ke pangkuan Ilahi, terus nak balik. Walaupun masyaAllah, dugaan yang menduga rasa marah sepanjang jalan boleh tahan. Tapi masa ni, SABAR boleh meningkat dgn tiba2. Sebb? ni lah peluang terakhir untuk menatap wajah nenda. Al-Fatihah. "Rindunya dekat hangatnya dakapan tok"

Satu lg..bila si budak kecik yg aku syg 2 sakit, walaupun tgh pagi buta, jadi xmgntuk o0o0o0o0. Sayang la sgt..hampeh!.

Kisah dgn mak?
hurmmmmm..bila rindu mendatang. Memang tak boleh nk kawal. Memang akan lukan apa saja untuk balik kampung. Betapa lama aku tak balik kmpung. Bulan 12 last aku balik. Kiranya 2014 ni tak pernah balik. Rindu tak rindu, bln 5 ni, TIGA kali aku balik. Tiap2 mggu aku balik. Mahal2 tak mahal la tiket. Aku sanggup gaduh and bergusti dgn Muhammad sebb nk tdoq dgn mak..nak peluk mak walaupun sat sja.. Rindu, rindu, rindu..

itu lah bukti kuasanya. Kuasa cinta pn termasuk juga lah 2. Perasaan yg positif ni akn buatkan kita xpercaya dgn kmmpuan yg tiba2 menresap masuk ke dalam diri kita. Betul! sapa ka tipu kn?
Begitu jugak lah, rasa kasih,cinta dan rindu kita pada Rasulullah. Semoga smgt kasih kita pada Baginda menguatkn kita mengamalkan sunnah Baginda.

Pada Cinta tertinggi kita. Bila syg, kita buat apa yg Dia suka, kita tingglkn segala larangan-Nya. Konsep dia sama ja utk smua kn?

Itu sajalah..nk smbung buat krja..nanti aku nk becerita lg..banya cerita terkumpul. Tapi xmenyempat jugak lah nk taip.

Friday, May 02, 2014

Perlis Lagi

 ok, kita balik perlis lg..
kami balik dgn ust yusuf dan isteri tercinta dia, kak Maiza,
walaupun imam masjid Nilai, tp sweet couple psgn ni.
Sweet sgt!

Kami sampai trus rehatkn diri,
ok letih drive, wlaupn xspnjg jln..bgilir2 dgn ust

Petangnya,
kami p Bukit Air.

Ni ha ada skumpuln rama2 yg sgt comel..
ada wrna kuning n putih ja



ust belanja kami smua mkn ais krim
maka aku pun dgn seng hati mkn jugak ais krim 2
Alhamdulillah xbatuk..kahkahkah

kami p tgok2 ja,
kami xmandi pun,
lps Bukit Air, kmi p Padang Besaq yang xbesaq2 pn
sini pun xdak beli apa2
kami p mkn...

Aku mmg suka sgt pulut aym ni,
sedap o0o0o0o0
Bdk kcik Miza ikut aku jak..mkn pulut ayam
ust mkn pulut durian
kak Maiza mkn pulut mangga.
semua angkat itu pulut ma.

Ni plk ank saudara my adik, abdul hadi,
anak kpd kembar Nadia
comel sgt wawa ni
kalau suruh mengeja, lagi best
Huruf yang disebut pnjg betul..last skali bunyi BURUNG, AYAM
kahkahakah
tp confident tau.



Esok pagi, kami bertolak balik Nilai,
Aduh!
sat ja balik peluk mak
Aku sempat pluk bapa minit ja
muhammad kuat jels btul dgn ak.
xblh tdoq pluk mak lama2

ok, kita singgak kuala Kangsar sat na,
mkn laksa
tapi ak tetap suka Laksa Perlis.
mau tau la, aku asli perlis



gmbr bdk ni ja elok..gmbr aku hampeh
asyik pejam mata ja
baru nk promote diri
hahahhaha
gilosss


Dh dekat nk sampai, lapor pulak
jadi singgah minum capucino
Ya Allah, manis n pekat gila
mmg xtdo lah bawa kreta mcm ni.
lg pun hujn,
ak kalau hujn mmg out la
xbpa nk nmpk sgt jln yg d tuju



 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.