Pages

Ads 468x60px

Labels

Wednesday, January 19, 2011

Genap 21 Tahun

Selesai solat Magrib,Yana hantar ucapan selamat hari lahir, Aku terus terfikir untuk telefon mak aku,

"Assalamualaikum mak"

"Awat adik telefon ni?" mak aku panggil aku 'adik' sebab aku selalu minta mak tukar panggilan 'kak' kepada adik dan panggilan 'adik' untuk adik Muhammad di tukar kepada 'abang'. Main ganas betul K.long kawasan ni. Terima je lah hakikat jd anak sulung, kan mudah cerita.

"Terima kasih mak,Sebab dah penat lelah membesarkan kak. Kak minta maaf sbb banyak buat mak terasa hati dengan kak. Terima kasih mak" Mak aku menangis dalam tawanya.

Tepat jam 12 malam ramai lah sahabat yang telipon n hantar mesej untuk wish selamat Hari Lahir.

Alhamdulillah,masih ada sahabat yang masih ingati aku.

Esoknya, Dalam kelas sahabat ramai-ramai menyanyikan "Allah selamatkan kamu". Terasa hari ini sungguh bahagia. Mcm hr raya plk..kahkahkah

Petang, mood aku berubah disebabkan dua sebab. Tapi sebab kedua lebih menyedihkan,Yana tak cakap dengan aku. Sedih sangat. Aku terus buat keputusan nak balik rumah sepupu ak di PJ. Tapi ramai pula yang memujuk jangan balik. arghhh, musykil ni. Tapi aku tetap pergi,pergi bawa diri ke rumah kawan. Hahahahhaha.

Ramai pulak yang mencari. Malas nak layan,tengah sedih ni. Telipon silent! Aku balik bilik nak solat Magrib. Lepas solat terus tidur. Tapi dikejutkan Hana, dah tu dengaq plk nyanyian dari para sahabat" selamt hari lahir"




Inilah hadiah daripada sahabat. Terima kasih semua. Ngeh..teruk perangai.

Kecik hati dengan Yana pun dah hilang. Alhamdulillah. Moga-moga persahabatan kita semua akan terus kekal selamanya. Amin

Sunday, January 02, 2011

Nikmat Berpagi-pagian


Minggu pertama aku untuk sem ni,terasa sangat berat subjek sem ini. Semuanya dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Kenapa? Kenapa bkn bhs Melayu. Ak org melayu.


Aku mengadu pada mak,Mak kan penyabaq. Mudah sgt nasihat n kata-kata perangsang "yang tak tahu tu la kena belajaq ,kalau dah tau buat apa nak belajaq lagi. Tak pa pelan-pelan,nanti boleh la tu". 

Alhamdulillah,semangat la sikit nak belajar. SAYANG MAK. I LURVE U MUMY..heheheh.mmmmmmmmmmmmuah sikit😙

Tinggal di KK1,aku semangat nak jalan pi kelas. Aku nak tiru orang Korea. Awal pagi lagi aku dah jalan dengan Yana. Macam dalam cita Korea betul Seronok sangat.





Subhanallah,indahnya ciptaan Allah SWT. Ni antara pemandangan yang dapat dan sempat ak ambik  masa jalan - jalan dengan Yana time nk p kls. 











Kalau hari yang ada bulan,aku akan hadiahkan bulan tu pada Yana. Cantik nya bulan bila mengambang.








ni la contoh bulan tu. Cantikkan.









Ada lagi,pagi ni Allah berikan nikmat pemandangan yang sangat cantik. Ruginya bagi sesiapa yang tak dapat lihat.




Gambar ni ana ambil masa kat depan fakulti.
 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.