Pages

Ads 468x60px

Labels

Wednesday, February 19, 2014

Perginya Ilmu bersamanya...

Takdir Allah mengatasi segalanya..
Sungguh kematian itu rahsia Allah. Sugguh juga kematian itu menyapa tidak kira waktu tanpa sebarang petanda. Janji Allah itu pasti. Tidak terlewat atau terawal walaupun sesaat.



Perginya Ust. Hamdan memang mengejutkan semua pihak. Aku dengan Miza yang jalan senang lenang nak masuk pejabat, di pagi isnin yang lepas di kejutkan dengan berita pemergian ust.Hamdan oleh ust.Bukhari. Allah Ya Allah, macam terima berita pemergian ayah aku pulak.(macam pernah rasa pulak aku ni kn?)

Dua orang putra beliau turut memberikan penghormatan terakhir dengan menunaikan solat jenazah di Masjid Bandar Baru Salak Tinggi.




Ahli keluarga , rakan seperjuangan menghantar beliau ke destinasi terakhirnya. Semoga beiau di tempatkan bersama para solihin.




Pada malam selasa, Tuan Guru Dato' Dr Harun Din, datang mengepalai majlis tahlil. Darussyifa turut menyediakan jamuan selepas selesai tahlil.
kata tuan guru
" tuan-tuan jangan risau, ini sumbangan darussyifa, kita tak guna harta anak yatim"

 Alhamdulillah, turut serta my boss, tuan guru Dr.Zulkifli al-Bakri. Dua orang ulama' bertemu, rasa macam mimpi dapat bekerja dan meninmba ilmu dgn mereka. Terima kasih Ya Allh dengan pemberian ini.


Almarhum Ust. Hamdan Bin Muda. Sebiji bas kementerian pendidikan datang menziarahi beliau semasa hari pemergian beliau. Sangat ramai yang menunaikan solat jenazah pada hari tersebut. Para perawat darussyifa Salak Tinggi, bagi aku, semua ada. Mereka juga tonggak dalam melicinkan segala urusan pengebumian dan majlis tahlil selama 3 malam berturut2.



Gambar kenangan arwah bersama ulama dunia Yusuf al-Qaradawi

Friday, February 07, 2014

Praktikel di PCK

Alhamdulillah, hari ni hari kelima berpraktikel di Pustaka Cahaya Kasturi. Sdn.Bhd.



Bertemakan, membudayakan amalan membaca. Sungguh aku sgt bersyukur dpt menimba pglmn di sini. Sejak aku buat part time di kedai buku lagi, aku ada tanam minat untuk menjalnkn perniagaan dalam bidang ni.
Setelah ditimbang2 dari semua aspek, aku pilih utk prktikel di PCK. Lima hari di sini. Alhamdulillah aku bersyukur.

Sentuhan dan didikan islamic tidak henti. Masuk pejabat, dihidangkan dengan aktiviti liqa'. Alhamdulillah, perkongsian yang mendidik jiwa. Hari ni pulak, aku lebih jatuh cinta dgn PCK, setiap jumaat, ada bacaan al-kahfi sebelum strt kerja. Masya-Allah, aku suka sangat bi'ah disini.

Pengalaman dapat berjumpa Dr. Zulkifli al-Bakri memang tersangat lah best. Macam tak percaya dapat jumpa tokoh hebat macam tu. Dapat didikan terus dari beliau.

Beliau boleh duduk mengajar kami cara edit buku. Pekara yang susah nak cari dari bos or CEO besar yang lain. Sedangkan beliau lg lah busy. Jadual harian beliau mmg padat. Hari ni saja, ada empat program. Hebatnya tokoh merangkap bos aku skrg ni.

Buku yang aku kena edit. Permata Buat Orang Beriman.

sebrnya byk lagi buku tulisan beliau. ni hanya buku terbitan syarikat beliau sndiri. PTS, Telaga Biru, JAKIM antara penerbit yang telah terbitkan tulisan beliau.

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.