Pages

Ads 468x60px

Labels

Saturday, December 31, 2011

WARKAH AKHIR TAHUN 2011

Alhamdulillah demam aku hanya seketika..tidak lama sakitnya. Pulang ke PERLIS..
balik kampung kali ni mencabar betul. Aku balik dalam keadaan demam, jadi aku sangat tak selesa semasa di dalam bas. Diuji lagi dengan masa perjalanan yang tidak seperti biasa. Panjang benar masa perjalanan  kali ini. Sampai sahab pedana pun dah dekat pukul 11,sampai rumah mestilah dekat pkul12 dah..Abang aku yang number dua yang datang jemput,ayah aku ada kerja katanya..apa-apalah alasannya,malas nak fikir.

Keesokkan paginya..
Mestilah ke rumah nisak. Kenduri kahwin dia kan???Aku pi dengan hamidah azizan,bukan adik aku ok,tapi kawan aku. Nama bapak sama tapi orangnya berbeza. Nisak lah yang buka gelanggang perkahwinan dalam kalangan kami tingkatan enam SMKAP 2009. Apa pun,TAHNIAH nisa. Jadi isteri solehah tau.

Balik dari rumah nisak,kami terus ke rumah wa,sebab ada satu lagi jemputan walimatul'urus. Kalau tema nisa unggu,tema rumah kedua ni,merah hitam. Memandangkan dah penat, aku pergi makan ja,tak da nya nak tangkap gambar segala.

Sebelum aku balik,

Akmal Farish : Mak long nak balik rumah sapa?
Ana : Mak long nak balik rumah mak long lah. Abang nak ikut mak long balik ka?jom lah.
Akmal Farish : Abang tak mau balik rumah mak long. Abang nak balik rumah abang.
Ana : Mak long balik umah abang dulu,lepas tu mak long balik umah mak long lah.

Haiyyya..budak kecik ni..pandai ja..Balik rumah wa,tertidur sampai asar. Letih kot,semalam sampai lambat. Bangun awal. Dah tu merempit sampai ke Padang Besar. Penat oooo..Midah pun tumpang sekaki. Sebelum balik,sempat wa pujuk tidur situ. Sedih bila terpaksa tolak permintaan wa. Sekarang dah agak renggang dengan wa. Satu perubahan yang ketara sekarang ni..maaf ya wa.

Cuti ni..
best sangat..Dik iti balik.tapi dengan suami dia lah..ok2...aku cuba terima kenyataan..masa akan sentiasa berlalu..perubahan kan sentiasa berlaku..Hari isnin kenduri lagi..memang balik makan kenduri ja lah kan..sedap sangat taw..

Hari jumaat terus lah,Aku jemput bakal adik ipar mai umah. Reaksi mak? Entahlah,sukar ditafsir.. Adik hadi pun balik..I LIKE sangat2..Sebab aku rindu sangat dengan adik Hadi. Hanya Allah yang tahu aku rindu dia..entah lah ,tak tau sebab apa rindu adik yang sorang ni sangat-sangat..

Hari ni?
Kenduri sepupu aku pulak,Anak pak lang yang kedua kahwin. Tema hari ni warna merun. Cantik mempelai kita. Alhamdulillah banyak masjid yang terbina tahun ni,Semoga kekal abadi dengan pasakkan iman yang mantap. Semoga melahirkan generasi yang cemarlang dunia dan akhirat..Amin

Jumpa lagi tahun depan..insya-Allah

Tuesday, December 20, 2011

SEMESTER 3

Kelas Mandarin 1..
Semalam kelas terakhir mandarin bagi semester 3 sesi 2011/2012. Semalam sempat lagi bergambar dengan Sir Yee.
 Budak-budak laki tak nak ambil gambar sekali. Biar lah depa. Tak kisah pun.

Gambar kelas ramai-ramai tu aku yang jadi jurugambar. So,ni sesi bergambar khas untuk aku lah. Mula-mula depa nak aku bergambar dengan Sir berdua ja,tak nak lah aku. Malu.

Sir ni ada banyak juga pengetahuan tentang ISLAM. Semoga dia dikurniakan hidayah untuk bertemu jalan yang benar lagi diredhai-Nya. Amin.

Bergambar dengan Madam Ainnuurliza. Ni masa kelas terakhir Penulisan Media Kreatif. Lepas ni tak tau lah bila dapat jumpa madam lagi. Madam akan terbang ke UK pada 31 Desember ni untuk menyambung pelajaran di peringkat PHD. Semoga madam berjaya di sana. Kita sama-sama berjaya ya madam..Insya-Allah,Amin.

Sunday, December 18, 2011

Hantaran Kasih Tuhan

Aku menghabiskan pembacaan dua buah novel.
BERCINTA DALAM TAHJUDKU
Ni novel pertama yang aku habiskan. Sinopsisnya...
Jika perempuan muda dan manja daripada kalangan golongan berada, tiba-tiba dihadapkan dengan peristiwa dahsyat ditinggalkan ayah tercinta buat selamanya dengan cara tragis,mampukah dia tegar?
jika tidak lama sejak peristiwa itu, orang yang dia sukai selama ini benar-benar tidak memilihnya, namun memilih sahabatnya. Akankah dia terus tegar?
Jika bahkan tidak lama selepas dari itu ,dia dihadapkan kembali dengan peristiwa yang menyebabkan dia tidak sempurna dalam derita. Dapatkah dia tetap menahan tegar?
Novel ini mengajar makna pelajaran paling penting dalam kehidupan,yakni sabar dan tawakal.
HANTARAN KASIH TUHAN
ini novel kedua aku. Sinopsisnya...
Hidupnya cinta bukan kerana bahagianya kita. Itu perkara pertama yang Nur Wardah pelajari pada saat dia mengabdikan dirinya bagi membangunkan Yayasan Darul Wardah. Dia berasa cintanya kuat di situ bagi membantu mereka yang memerlukan.
Hidupnya cinta bukan kerana rupa. Itu pengajaran kedua yang Nur Wardah pelajari saat dia bernikah dengan Engku Ashraf. Hidupnya sengsara dan jauh daripada bahagia. Semuanya kerana zahir kakinya yang tidak sempurna akibat virus polio sejak kecil,dan Engku Ashraf mentafsirkannya dengan penuh kesalan.
Hidupnya cinta bukan kerana kesempurnaan diri. Itu perkara terakhir yang Nur Wardah pelajari,pada saat suami terlantar di katil hospital. Tanpa jemu dia menjaganya dan dalam ketidak sempurnaan itu,tumbuh cinta Engku Ashraf kepada isterinya. Cinta yang lahir daripada ketidaksempurnaan.
Hidupnya cinta bukan kerana hidupnya kita. Itu pekara yang tidak sempat Nur Wardah pelajari pada saat lahirnya Engku Nurain,kerana dia meninggalkannya untuk kita pelajari sendiri. Ia akan mempertemukan kita kepada erti cinta sejati dan makna perjalanan yang abadi.
Kecekalan dua insan hasil imignasi penulis kedua-dua novel ini membuatkan ana rasakan diri ini kerdil dan lemah. Terdetik juga di hati untuk menjadi seperti Wardah. Buka pusat anak yatim. Tapi aku sedar jika bertekad mahu membina pusat tersebut,aku perlu bersedia fizikal dan mental. Perancangan yang teliti juga sangat diperlukan. Insya-Allah..
p/s:aku nak sambung buat assiggment yang tertunggak gara-gara gila novel seketika..
 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.