Pages

Ads 468x60px

Labels

Sunday, September 25, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU

Cuti kawin pun dah habis dah..tapi aku lambat sikit lah update..asyik tangguh ja nak buat entri ni..Eh..lupa pula nak cakap..bukan cuti kawin aku,sebab bukan aku yang kawin ok..sepupu kesayangan aku..bila?

10-09-2011.. dah lepas kan? sebelah lelaki..17-09-2011..sweet lahh

yang pakai baju pengantin tu lah dia..cantik kan..

sekitar gotong-royong kenduri kawin dia lah..macam ni lah kampung aku..time kenduri memang best lah..sebab ramai yang datang tolong..

masa berinai..dia nak sangat pakai waktu siang..pengantin lain tak buat tapi dia nak buat..aku ikut jalah..aku jadi tukang pakai inai lah..jawabnya,aku pun pakai sekali lah..dah merah lain macam ja jari aku..huhhhuhu..alasan kan?

ANTARA HANTARAN PIHAK PENGANTIN PEREMPUAN..
agak penat untuk perah otak buat hantaran ni..banyak guna riben ok..apa pun semuanya siap tepat pada masanya walaupun ada pertambahan di saat-saat akhir..



ANTARA HANTARAN PIHAK PENGANTIN LELAKI

mas kawin..RM888.88..cun tak?
tak ada cincin kawin..gelang tangan kawin ok..huhhuhuhu

masjid yang menjadi saksi terbinanya ikatan suci perkahwinan..MASJID AL-MUNAWWARAH..kampung Sungai Bugis..Perlis
sesi penyerahan mas kahwin..


pengantin di arak dengan geng-geng motosikal ni..best kot..teringin nak naik..siapa ya yang nak tolong tunaikan impian ni?

rombongan pegantin dah sampai depan rumah dah..ada acara minta izin untuk masuk..biasa lah,,adalah yang kekok sikit,,PERAK dan PERLIS mesti ada yang berbeza..


ni time makan beradap..akuï dah sibuk sangat dah time ni..melayan kawan-kawan dik ti bagi pihak dia..

Menteri Besar Perlis pun sempat datang juga..memang tak sangaka pun dia nak datang,dia datang pun macam orang lain..biasa ja..
dah lepas makan..ambil gambar lah pulak..raja sehari lah katakan..sema cantik bagai pinang di belah dua..
semua tetamu dah balik..malamnya,sesi buka hadiah..sempat ana mengusik adik siti..hemm...last sekai..selamat pengantin baru..semoga bahagia di dunia dan akhirat...

keesokkan paginya..pengantin baru hantar aku balik nilai,,hantar sampai kangar ja..aku naik bas..bermula lah sem baru aku..huh

Nasi Arab

Masa kejadian,last night...
ini semua rancangan tamara,dia nak sangat makan nasi arab..aku sebagai kakak ikut ja..kami bukan berdua ok,kami berlima..

Aku pergi dengan,k.ngah,mek yah,izzatul ain dan tidak ketinggalan TAMARA budak cun..

First time...
sebenarnya..ini kali pertama aku makn nasi arab ok,so..dengan terujanya aku mengoder makan,,aku makn set salasah..set tiga kata orang melayu..Tamara dan k.ngah aka Nurul Izzati makan set isnani,orang melayu cakap set 2..kami tak sekalikan oder sebab Tamara nak makan daging kambing..aku tak berapa minat lah daging kambing..
Sekali oder dah sampai..sangat banyak ma..sanggupkah perut ku menerima semua ini..ini memang kes kenyang sangat lah ni..kami terpaksa berhempas pulas untuk menghabiskan nasi arab..

masa makan ni,jumpa pulak pensyarah arab dari UKM,dia bukan berbangsa arab tapi dia mengajor arab ok..jangan salah faham..

lepas makan?
bergambor lah..tamara kan model kami,,aku suka tengok dia bergambor..orang cun..buat cena pun cantik cun n cayalah..huh
sikit ja lah gambar yang aku boleh upload..kang upload banyak2,Siti Nurhaliza kalah pulak..jatuh market..huhuhu

balik dari dataran Nilai,up town pulak..tamara dan k.ngah nak bawa aku jalan-jalan katanya..ikut jalah..tak busy lagi kan..kang dah busy tak sempat pula..

Rumah Terbuka

Raya ada lagi kan? alah biasa lah..sebulan puasa sebulan juga lah raya,tak gitu?,,

so..budak-budak BBA1 sem1 bersepakat untuk pergi ke rumah Nur Ain Ramlan dan Muhammad Hanafi..kawan kami yang dua orang ni orang Nogori,,memang dokek lah kan untuk poie berayo

 Ha..ini lah kenderaan2 yang membawa kami jumaat lepas ke rumah terbuka..VIVA dua dan SAGA satu..aku naik yang mana? SAGA putih la..aku,k.ida.mia dan fifah,
dalam pukul 10pagi kami bertolak ke rumah ain..dokek rumah ain ni kami dapat merasa rendang orang Nogori..selepas makan,kami rehat kejap sementara tunggu budak-budak laki SOLAT JUMAAT..
sempat bergambar semasa di rumah ain..gambar kenangan..
selesai solat jumaat dan solat zohor..kami bertolak ke rumah Hanafi..

kami makan mee kari pulak dekat sini..sedap memang sedap,tapi sayang aku sakit kepala yang teramat sangat..rancangan untuk balik pun di tunda,takut jatuh sorang-sorang,aku ni bila dah sakit kepala tak boleh bersesak,kang pegsan..

ni gambar yang aku ambil sepanjang perjalanan pergi dan balik..Subhanallah,Allahuakbar..indah sungguh ciptaan ilahi



semoga tali persahabatan yang terjalin akan berkekalan sehingga ke akhir hayat..
treima kasih ain dan hanafi..lain kali jangan lupa jemput kami lagi ya.. 

Wednesday, September 21, 2011

HB NURLIYANA ADNAN



Yana ni sahabt baru aku di USIM..bukan baru jumpa atau baru bersahabat dengan dia..tapi sahabat aku yang baru di dunia baru aku,DUNIA USIM..bukan dia sorang lah sahabat aku dekat sini tapi aku nak cerita tentang dia sebab nak cakap dekat dia SELAMAT HARI LAHIR,SANAH HELWAH,HAPPY BIRTHDAY..tiga bahasa saja yang aku tahu,,nanti aku tingkatkan kosa kata dalam bahasa lain pulak..



Alkisah birthday girl...

birthday dia dah lama dah lepas,sengaja aku rancang sambut lambat,lagi pun fulus agak kering masa tu..aku ni sahabat yang kejam sikit..yang mana yang orang tak suka yang tu lah yang aku nak buat sangat.. pelik tetapi benar..agak jahat,tapi tak jahat sangat la,,,nakal sikit..heh



SEM3..jpa masuk,

apa lagi,rancangan pun berjalan. Persiapan dilakukan sebaik mungkin, walaupun tak best mana pun..aku tak pandai jadi perancang majlis lah..eheh,,,merendah diri pulak..biasa bro..

I think Yana tak perasan pun nak buat majlis ni,coz keesokkan harinya birthday SAKINAH KHIRI,,majlis tu di ketogorikan dalam majlis yang santai dan rancangan menjadilah juga..


Ni makanan rasmi malam tu dan hadiah dua orang birthday girl tu lah..tak dapat sedia yang menaraik,itu saja lah yang mampu..

romantik tak gambar ni..alah malu pulak ana cakap sal romantik mantik ni..birthday girl suap kek untuk aku..


UCAPAN:

semoga berjaya dunia akhirat,dan ucapan yang selebihnya ada dalam kad birthday Yana,so Yana sorang ja lah yang boleh baca..


PERHATIAN:

Sekrang Yana demam,sebagai sahabat yang tak pandai jaga orang sakit,aku just pergi melawat semalam,itu pun tanpa perasaan..serius memang tak tahu nak buat apa bila ada orang sakit..lebih-lebih lagi banyak orang lain yang nak jaga dia..so,jagalah Yana saya elok-elok ya..dalam bab ni,aku agak kejam kan?memang tak ada perasaan kan?heh

Tuesday, September 13, 2011

Semester BARU

apa yang baru ya?

raya di kampaung dah habis..kenduri kawin pun dah selesai..
bukan ana yang kawin lah,,sepupu ana..SITI MUNIRAH bersama lelaki yang dicintainya..KHIR JOHARI..PERLIS vs PERAK..

time kenduri?
penatnya..,acam tak mau kawin pun ada juga..penat betul..selesai kenduri ana bertolak balik ke Negeri Sembilan..balik USIM lah..tak rindu nak balik sini,tapi terpaksa balik untuk terus berjuang di sini..tak Allah ada bersama.

Tamara ..
sapa Tamara?
dia adik ana di USIM.. baik betul..dia daftar kolej untuk ana. apa yang paling ana berterima kasih sangat dekat dia,dia angkat semua barang-barang ana naik bilik. Bilik ana tinggi taw..tingkat 4..dah lah banyak barang-barang ana..

soal jodoh yang diatur family?
ana dah terlepas..selepas ana tolak secara sopan dan santun bagi ana,dia dah dapat jodoh yang lebih baik dari ana..insya-Allah..
hati ana?
tak lupa juga lamaran pagi raya.. huh..terkejut?ana lagi lah..ketaq lutut juga lah..tapi ana anggap dah selesai kes ni..no more ok..
masih sama..namun lebih matang menanti..fikiran dibuka seluas-luasnya..hati di lapangkan menerima takdir Allah pada ana..Insya-Allah..

SPR

SPR- Suruhanjaya pilihan Raya.

16082011,aku telah mendafatar sebagai pengundi. Masih ramai yang beranggapan mengundi tidak penting. Tapi bagi aku, ni adalah salah satu tanggungjawab serta kewajipan aku sebagai warganegara MALAYSIA. Parti mana yang bakal di pangkah itu tidak perlu menjadi persoalan atau masalah. Semua orang diberi pilihan,So pilih lah.

Cuma aku nak ingatkan satu hal, membuang POLITIK dari kehidupan dan hanya mengutamakan AGAMA adalah salah. Ini bermakna sistem SEKULARISME yang dicipta musuh kita telah Berjaya. Jika politik Malaysia kotor jadi bukan kah tugas kita sebagai rakyat Malaysia untuk mebersihkannya kembali. Ok, aku bukan nak ajak adakan BERSIH lagi. Jangan salah faham pulak.

Namun disebalik ketidaksedaran golongan remeja atau belia Negara untuk menjalankan tugas mereka untuk mengundi, aku puji segolongan remaja dan juga belia yang hebat dalam polotik dan agamanya. Sememangnya, agama dan polotik harus seiring. Bukankah Rasulullah beribadah di malam hari dan mentadbir Negara di siangnya? Berusahalah menjadi sehebat Rasulullah walaupun kita tahu kita tidak akan mampu,namun sekurang-kurangnya kita berusaha ke arah yang lebih baik.

Adakah ISLAM mengajar untuk hanya mementigkan AKHIRAT dan mengabaikan tanggugjawab pada Negara ? JANGN MENJADI FITNAH PADA AGAMA!

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.