Pages

Ads 468x60px

Labels

Sunday, September 30, 2012

seusai Doa

Alhamdulillah..
dua perkara ini terjadi setelah seusai doa..Alhamdulillah yang tak terhingga dengan kurnian Allah..
Masalah yang melanda, dapat di selesaikan dengan baik..apa yang aku bimbangkan seperti selesai dengan mudah..belum sempat aku bertindak..keadaan sudah kembali pulih..Alhamdulillah..
semoga keimananku semakin bertambah dengan pemberian nikmat-Mu ini Ya Allah..


p/s: orang yang punya wawasan besar, tidak punya masa memikirkan soala remeh temeh hatta perasaan marahnya, tak puas hati dan segala sifat mazmumah, kerana di fikirannya, banyak persediaan yang perlu di laukukannya untuk mencapai matlamat tersebut..masanya hanya untuk matlamatnya..jadi sebagai hamba Allah, matlamat kita adalah , menjadi penghuni syurga di sana kelak.

Thursday, September 27, 2012

ALAM PERKAHWINAN

Baiklah,
disini hari ini, aku nak cakap tentang kahwin dari perspektif orang yang belum kahwin. Bukan bermaksud berilmu sangat, cuma nak luahkan apa yang terpendam di hati dan apa yang sedang berlegar-legar di minda aku. Tanpa membuang masa, kita masuk tajuk terus lah ya, tak payah panjang-panjang sangat intronya..heheheh

22 tahun aku menyusuri hidup sebagai manusia yang beragama islam, Alhamdulillah. Sepanjang tempoh masa ini, banyak juga pelajaran yang aku muatkan dalam diri, antaranya ilmu perkahwinan. Kahwin? bukan senang, lancarnya lafaz ijab kabul belum tentu lagi perjalan rumahtangga yang di bina selancar itu. kahwin tu maksudnya, menghalalkan yang haram, dan yang di halalkan itu adalah dari dua jiwa yang berbeza. Kalau dengan diri sendiri pun ada benda yang kita tak puas hati, jadi tak hairan kan kalau ada masalah sepanjang usia perkahwinan yang di layari.

Semakin dekat hari perkahwinan adik aku, semakin takut aku dengan kalimah "kahwin". puncanya? aku semakin banyak membaca tentang kahwin, realiti sebuah perkahwinan. Aku semakin mampu melihat perkahwinan dari sudut lain. cara aku memandang perkahwinan masa sekolah rendah, menengah dan sekarang sangat berbeza. kalau sama je, nampak sangat tak matang kan?

Selepas di tambah tolak darab bahagi, aku sekarang ni wedding planner adik Hadi. Aku yang siapkan segala kelengkapan kahwin dia. Jadi susahnya mengurus majlis perkhwinan tu boleh tahan lah. Tapi realiti rumahtangga lagi mencabar bagi aku. Ni bukan perkara sehari dua. tapi lama mana, panjang mana tak tau lah, kalau tak bercerai mugkin mati.

macam mengantuk pulak, nantilah sambung...idea dah stop..otak dah blurrr..ingat taw, entri ni akn bersambunng,,wasalam.

Monday, September 24, 2012

JAGA DIA UNTUKKU

Bismillahirahmanirahim...
Ya Allah, jagakan dia untukku. Sungguh, aku ingin sekali di sampingnya selalu. kerisauan aku makin menjadi setiap kali aku meninggalkan dia. Aku tahu, masih ada yang lain yang menjaga dia, tapi hati ini masih bimbang akan keadaan dia. Bukan bermaksud, yang lain tidak menjaga dia dengan baik, tapi aku still mahu melihat segala perkembangan dia dengan mata aku sendiri.

Membiarkan dia ditemani orang lain, membuatkan aku sentiasa tertanya-tanya sama ada dia baik atau tidak. "Macam mana keadaan dia Ya Allah?"

Hari ni aku tersedar sesuatu, aku tak punya kuasa walaupun sedikit. Maka, aku yakin, innallah ha ma'ana, walau di mana hamba-Nya berada. Pada-Nya aku serahkan dia. Pada-Nya aku yakin, dia sedang di jaga dengan baik.Allah sebaik-baik penjaga.  Apa pun yang terjadi, pasti ada hikmah yang perlu di kutip.

Sungguh, pengetahuan seorang hamba sangat terbatas sementara pengethuan-Mu meliputi segalanya. Engkau juga Maha Berkuasa dan Maha Memelihara. Jagakan dia untukku Ya Rahman. Hamba-Mu ini tidak akan mampu bersamanya 24jam sahari, dan 7 hari seminggu..keadaan dan waktu juga membuatkan aku makin jauh darinya, membuatkan masa aku bersamanya semakin berkurangan. Dia dah aku anggap macam adik aku sendiri. Kadang-kadang dah macam anak sendiri. Sebab kecik sangat kan,,sabab tu boleh anggap macam anak..huhuhu

Bantulah kami Ya Rahman,
bantu kami mencari sesuatu. Hanya pada-Mu kami meminta. Hanya pada-Mu kami berharap. Berilah petunjuk-Mu untuk terus kami mencari. Tanpa bantuan-Mu, kami tak mampu Ya Allah. Kurniakan juga kami kekuatan iman untuk terus berusaha tanpa ada perasaan putus asa.

p/s :
my best housemate, still the best. Hati ini terlalu rindu akan kenangan lalu. sayunya bila di kenang kan kembali semua kenangan tu. Alhamdulillah, hari ni, aku berkesempatan solat berjemaah dengan mereka. Ada rentak ria berlagu riang di hati. jiwaku tenang walaupun hanya Allah yang tahu rasa aku saat ini.

Tuesday, September 18, 2012

ikhlas

ujian keikhlasan...
ikhlas atau tidak, manusia tiadak akan mampu mengukurnya, hatta diri sendiri. mugkinkah aku belum cukup ikhlas?

entah lah..

Friday, September 14, 2012

KEMBOR ADIK KAKAK

 Alhamdulillah..
kakak dan adik dah besar. Aku cuma tau perkembangan budak-budak dua orang ni dari ibu iman ja..masih tak berpeluang nak jumpa.


Ni gambar masa hari raya.
gembira betul ibu and ayah dengan kehadiran iman kuasa dua.
kira ok dapat dua orang kan?
dapat pegang sorang satu. Adil lagi saksama.








Aktiviti RAYA KE EMPAT

Ini bukan cerita hantu, ini bukan cerita tipu tapi ini cerita yang benar-benar belaka..

Alhamdulillah, hari raya keempat, aku, dik iti, abang jo ang mak su a.k.a U …ni bukan apa, ini kisah dudlu-dulu kala, masa kecik-kecik dulu, masa percakapan pun tak fasih lagi..jadi singkatan mak su adalah yu…heheheh..tapi panggilan tu melekat sampai sekarang..oh, melencong pulak cerita aku..kami berempat, tambah sorang lagi, adik wani sempat pergi beraya di abi, rumah wa di padang melangit, rumah pak lang man, dan di padang besar,rumah  wa nab.

Balik dari beraya…
ni belakang rumah..cantik kan?


Sampai dekat rumah..misin padi dah bersedia masuk kawasan rumah aku. Sudah tiba masanya menuai padi. Sawah belakang rumah je. 

Abang jo, suami Adik siti, tak pernah tengok cara menuai padi ..dia membayangkan cara orang dolu-dolu menuai padi..zaman tu dah lama berlalu. Zaman dah  moden sekarang ni. Teknologi banyak membantu manusia menyiapkan tugasan harian dan mempercepatkan pergerakkan manusia.





Memandangkan baru menuai..maka banyaklah ikan dalam sawah. Dah lama tak tangkap ikan . Masa zaman kecik-kecik dulu selalu betul tangkap ikan ramai-ramai..berkubang dalam sawah. Ya Allah rindunya masa tu..berlemoih(perkataan piour pegheleh ni) tapi best!

Maka dengan penuh rasa baghagianya petang tu, kami mengimbau kembali masa kanak-kanak dolu-dolu. Aku dan sepupu aku, ibu mengandung, orang Bandar dan sorang kanak-kanak bawah umur, menangkap ikan di sawah. sabor yo lah..aku tagkap ikan pakai jubah..memang gila lah..




BERITA GEMBIRA

Sebenarnya, ni kisah bulan ramadhan lepas ..lambat update kan..bukan apa, kes taangguh bayar broadband sampai dah kena blacklist...huhuhu
Alhamdulillah, sejak dua tiga empat lima enam menjak ni aku di hidangkan dengan pelbagai berita gembira. Syukur Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Rabbi.

Berita Pertama

Hari terakhir aku di Darulsyifa untuk semester 4, aku menerima berita bahawa keluarga aku bakal menerima ahli baru. Syukur Ya Allah. Ini lah berita yang aku harapkan dari dulu sebenarnya. Ya lah sapa tak suka bila doa dimakbulkan Allah swt kan? Pada mulanya, aku nak simpan entri ini sampai tiba masa ahli baru keluarga aku sah menjadi ahli keluarga kami. Tapi dah teruja sangat dah ni..so, tulis juga lah entri kali ni. Malam tu...

Adik Hadi : Assalamualaikum kak, aku nak kahwin.

Ana : Wa’alaikummussalam..kahwinlah.

Adik Hadi : Betul ni kak, aku nak kahwin . tak main-main ni.

Ana :Ya lah, aku pun betul-betullah. Eloklah kahwin. Dah halal ni senang.

Adik Hadi :Bla..bla..bla..(tanda tak suka aku beleter). Tapi aku tak bagaitau mak lagi.

Maka tahu lah aku. Aku lah kena jadi orang tengah ni. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Mak setuju!

Alhamdulillah, 26 Ogos 2012, Abdul Hadi dan Nadia Ibrahim dah selamat mengikat tali pertunangan.





Insya-Allah, akhir tahun ni akan berlangsungnya majlis sambut menantu di rumah aku. Tapi satu benda yang kureng sikit,

Mak : Kalau kak kahwin sekali dengan Adik Hadi kan senang kerja mak. Sekali kenduri, terus lepas dua orang anak.

Ana : Mak suruh adik arfah lah kahwin. Senang, bagi adik-adik kahwin dulu. Tapi adik arfah kalau nak langkah bendul, dia kena bagi pekej umrah dulu dekat kak. Kalau sanggup, kak ok ja dia nak langkah bendul. (huh! Jawapan selamat..mungkin)

Berita kedua

Alhamdulillah, percubaan UPSR adik Muhammad ada peningkatan. Budak yang cukup banyak alasan bila aku ajak baca buku. Untuk aku ajar? Budak-budak ni (adik-adik saya lah) memang tak suka aku ajar, sebab? Aku garang!huhuhuhu..tu alasan adik-adik aku lah. tapi betul kot..kalau tak tahan aku ajar, memang boleh nangis...

Berita ketiga

Alhamdulillah, berita yang di tunggu-tunggu juga selama lebih kurang setahun ni. Akhirnya, sepupu kesayangan aku, di sahkan mengandung 5 minggu.Berita gembira buat kemi semua. sekarang dah masuk 2 bulan kot. tak sabar nak tangok muka baby.

Berita keempat

Keputusan peperiksaan aku. Alhamdulillah. Syukurku kepada-Mu Ya Rabbi dengan pemberian terbesar buatku ini. Jika di lihat dari usaha yang hamba-Mu ini semasa exam, sudah pasti result yang terpamer itu suatu yang tidak terduga. Tapi hamba-Mu ini yakin “ Engkau membantu hamba-Mu yang mabantu”. Innallah ha ma’ana. Walaupun pointer aku turun, tapi hadiah terbesar dari Allah kali ini terlalu berharga. Membuatkan aku semakain yakin dengan janji Allah pada hamba-Nya. Semakin banyak kita memberi, semakin banyak kita menerima.

Aku tahu, sahabat-sahabat aku ramai yang mendambakan anugerah dekan. Tapi sungguh..aku tak pernah punya azam itu. Cuma kalau dapat Alhamdulillah. ^______^ Sebab? Sebab aku cuma nak segala ilmu yang aku pelajari melekat di hati aku. Aku Cuma nak ilmu yang ditimba mampu aku curahkan pada anak –anak umat islam nanti. Semoga ianya menjadi amal yang mambantu aku di akhirat kelak..Ameen.

Berita kelima

Badminton beregu Malaysia menang di peringkat suku akhir pertama. Malaysia menewaskan Thailand dengan mata 121-18. Aku bukan peminat tegar badminton pun, tapi sebab dah tengok perlawanan yang berlangsung , jadi aku dapat tahu lah berita gembira yang kelima ni..heheheheheh..

Demam Campak


بسم الله الرحمن الرحيم 

Sebelum ni,

Aku : mak, kak penah demam campak dak?

Mak : tak penah.

Aku :masa kecik-kecik tak kan tak  penah kot, mak?

Mak :tak penah.

Masa dekat-dekat nak cuti sem hari tu, adik arfah demam campak, aku dah cuak dah masa ni. Sampai ja rumah, adik arfah dah hampir sembuh, tapi adik Muhammad pulak yang demam. Aku memang ambil langkah berjaga-jaga. Tak basuh baju sekali dengan depa, tak share barang dengan depa. Lepas adik Muhammad sembuh, sepupu aku, dik Ah pulak berjangkit. Lepas Dik Ah, Adik Wani pulak. Memandangkan anak-anak mak su yang kena, aku bersyukur sangat. Maksudnya aku terlepas lah kan. Rumah aku dah bersih dari virus demam campak lah kan..heheheh

Tapi satu hari, bukan satu hari di hari raya...

Aku demam, boleh tahan panasnya. Seharian aku tidur. Pening kepala yang teramat. Masa dah dekat nak berbuka, adik Arfah masuk ke bilik

“ Kak, aku tau dah! Hang sakit badan kan?”

“ Ha lah, lenguh gila ni.”

“ Mesti ang nak demam campak!”

“ Hang tak payah nak doa yang bukan-bukan dekat aku na.”

Bila dengar adik Arfah cakap macam tu, aku dah tak senang duduk dah. Sebab, sebelum tu mak aku ada cakap dekat aku..

“ jangan demam yang bukan-bukan dah.”

“ demam apa mak? Demam, demam saja lah kan? Nak demam apa?” ( masih tak dapat tangkap maksud yang tersirat, yang mak bagi).

Pagi esoknya..
aku bangun tidur, and sesuatu yang mengejutkan bila tengok badan aku yang dah di penuhi bintik-bintik merah. Mula-mula aku masih menidakkannya..Tak boleh terima kenyataan! tapi bila adik Arfah sahkan.. Sedih sangat!  akhirnya..

Bila Allah kata kunfayakun..maka jadilah aku hamba yang terpilih untuk demam campak. 

Aku juga menjadi hamba yang terpilih untuk tidak bersanding dalam keadaan demam campak. Midah , kawan aku, selalu cakap dekat aku..kalau tak kena sekarang, nanti kena time kahwin. Memang aku doa tak jadi macam tu lah kan..sapa lah yang nak kahwin dalam keadaan sakit kan? Mesti tak mau kan? Jadi sekarang adalah masa untuk merawat parut demam campak.
 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.