Pages

Ads 468x60px

Labels

Monday, November 26, 2012

Kesembuhan

Kesembuhan itu satu nikamat kan? Kesembuhan itu milik Allah. Dari-Nya kita datang dan kepada-Nya kita pulang. Kepada-Nya selayakkanya kita letakkan cinta tertinggi kita. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!

Ada satu ayat yang menyentuh hati ana hari ni "ORANG YANG MELETAKKAN SEPENUH PERGANTUNGANNYA PADA ALLAH, TIDAK AKAN PERNAH MERASA SUNYI"..maknanya, ana masih belum meletakkan sepenuh pergantungan ana pada Allah SWT, sebab, terkadang sunyi itu mencegkam hati...Eh, bukan nak cerita tentang sunyi...terbelok ke jalan sunyi pulak..

Alhamdulillah budak kecik dah semakin sembuh. Itulah doa kami semua dari dulu, semoga Allah SWT mengurniakan nikmat kesembuhan pada budak kecik. Semoga nikamat sihat yang di kecapi tidak mengalpakannya pada Allah SWT. Walaupun belum sepenuhnya, namun berita semalam terlalu gembira untuk dilafazkan dengan kata-kata. Maksudnya tak boleh nak digambarkan dengan tulisan, tak terbayang dek minda hamba kita. Cukup sekadar ianya menambah keyakinan kita pada Allah SWT. Semoga keimanan pada Allah semakin utuh. Alhamdulillah Ya Allah..

Cuma sekarang ni ana mohon dikurniakan kesembuhan, untuk ana siapkan assignment, news satu huruf pun ana tak taip lagi, dari semalam penin + sakit perut=gabungan terhebat!..ana tak mampu berfikir.

tapi sempat je menaip kat blog ni kan? Haiyyyyyya...hafizah,manyakkan itu sabar..ORANG YANG SABAR ALLAH SAYANG ^__________^

Tuesday, November 20, 2012

KAMI

Ni lah taman dekat Hospital Serdang..
cantikkan kan? tempat ana dan Suri menuggu waktu untuk melawat budak kecik aka ulat daun (nama baru budak kecik)

sakitkan?kesian budak kecik.

driver kita bersama-sama para penumpang tengah landing atas katil pesakit..
pesakit p mandi, jadi katil dia kami yang punya lah...huhuhuhu



makanan pesakit, tengok macam tak sedap,

TAPI


nisa boleh makan dengan lazatnya..

Balik dari Hospital Serdang, Nisa nak makan nasi lemak di Puterajaya, jadi, kami yang 
hanya sekadar penumpang, hanya mengikut.


ni nasi lemaknya..sedap?
rasalah, baru tahu sedap ke tak..lain lidah, lain rasanya.



 tengok suasana Putrajaya di waktu malam dulu, alang-alang dah datang kan.







Ada pesanan :
"oh, kak miza sakit, kamu semua keluar buat maksiat ya."

jawapan suri
"mana ada, kami tengah memikirkan masalah umat ni"

Perlis Time

Memandangkan Norhafizah Azizan agak sibuk, 
jadi gambar yang aku upload lah yang akan menceritakan segalannya ok?
kalau tak ok, tak payah baca lah ya..huhuhu
ini pekej percutian 3 hari dua malam. TERBAIK punya pekej ni.
ni kes bertekad nak balik kampung punya pasallah ni, bukan apa, kemungkinan aku, tak boleh balik kampug masa kenduri walimatulurus adik Hadi aku nanti, Sedih betul kan?
jadi, aku perlu balik setelkan apa yang patut dan sempat lah..
Hari isnin, tak ada apa yang berlakulah, kul10pagi sampai 7malam, aku dan Miza atas bas je lah..

Mula-mula, kita pergi Kuala Perlis dulu ya,
rezeki miza juga ni, tak hujan pulak perlis petang selasa lepas...



















Miza cakap dekat aku," ni akak ke Miza yang datang perlis ni?"
aku bergambar sakan, teruja sangat dengan keindahan ciptaan Ilahi. Lukisan yang sangat sempurna, Allah hadiahkan buat kami petang tu.

Lepas tu, kita pergi Sungai Baru pulak ok....



Miza jumpa siput...


budak ni ramah betul dengan kami, tak tahu lah mana asal usul keturunan dia..
dia datang dekat kami macam dah lame kenal je..







Hari rabu,sebelum bertolak balik nilai,
sempat aku bawa Miza pergi belakang rumah, Miza nak sangat tengok sawah..tempat yang paling dekat dengan rumah, adalah tempat yang paling last kami lawat..haiyya.
rezki kurang sikit petang ni, hujan turun...
Alhamdulillah, tak lebat dan tak lama...





sempat Miza posing sambil melihat Pak Su aku menanam padi..






kul9.30malam, terpaksa lah kmi bertolak balik Nilai.

P/S :
Mak aku asyik pesan dekat Miza, suruh datang time kenduri nanti, jadi aku jawab "mak jangan risau, kak akan post Miza mai sini, guna pos laju, kak kan tak boleh balik, kak suruh Miza ganti tempat kak na."

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.