Pages

Ads 468x60px

Labels

Monday, February 27, 2012

SURPRISE

" Fiza jom teman yana makan nasi arab.Yana dah lama teringin nak makan". Mesej Yana masuk inbox aku petang semalam.

" Ok ja.Pukul berapa nak pi? sapa lagi ikot?". Mesej di replay

" Sakinah and Mazyyah. Kul 8 boleh tak".

" Boleh ja. "



Aku ingatkan nak pi jalan kaki malam tu. Restoran Nasi Arab bukannya jauh sangat,dekat  Dataran Nilai yang kat depan kolej tu ja pun. Alih-alih Yana cakap..

"kita naik keta"

Aku ikot ja. Naik keta lagi ok,sebab tangok macam nak hujan.

sampai sana....

"Akak saya lupa bawa lesen saya lah. Jom teman saya kejap." Ain Ramlan,adik kelas aku bersuara setelah siap order.

Yana pergi dengan Ain. Lama lah juga. Hana dah bising tanya ,"mana diaorang. asal lama sangat?". Nasi pun dah sampai ni.

Tengok macam sedap ni..

Jeng..jeng..jeng

Yana dan Ain muncul dengan membawa kek di tangan.
"Birthday sapa pulak dah?. Ohhhh..birhday Hana lah ni.". Birthday Hana 20 Febuari,tapi tak dapat sambut sebab dia pergi bercuti di KOREA.

Buka ja kotak kek..




Asal ada nama aku  sekali? Ok,kali ni Yana berjaya, aku akui tu. Yana berjaya SURPRISEkan aku. Nak balas dendam lah tu. Tahun lepas dia dah kena dengan ana...huhuhu


TERHARU ok..terima kasih semua. Walaupun nasi arab tak sedap semalam,tapi semalam hari yang best lah. Terima kasih buat semua terutama yang bagi hadiah..

Saturday, February 25, 2012

DRAMA PELANGI KASIH

Sebuah kisah persahabatan..
kisah persahabatan mereka teruji setelah mereka dewasa. Dulunya mereka sentiasa bersama. Tapi sikap cinta kan harta yang timbul setelah dewasa menyebabkan ikatan persahabatan mereka teruji. cinta? memang ada terselit,,tapi aku lebih suka melihat kisah persahabatan yang wujud dalam cerita ni. Suatu yang sangat menarik untuk di tonton.

kerana harta, ikatan suci persahabatan itu sanggup digadai. Malah perasaan cinta yang datang bertandang di tepis demi harta. Sanggup melukai hati yang tersayang demi harta. Tapi Allah tu Maha Adil. Allah kurniakan sofea seorang suami yang lebih baik dan lebih layak buatnya.

Drama ni tak lah islamic sangat tapi ada lah juga element ISLAMIC tu di serap walaupun tak sepenuhnya.
Drama ni mengisahkan tiga orang sahabat  dari sekolah hingga mereka tua. Kalau tak silap aku drama ni 25 episod.

Apa yang kita sanggup buat demi kawan kita?
Apa yang aku mampu buat untuk kawan-kawan aku?

Thursday, February 16, 2012

Kurniaan Ilahi.

Baby?
Aku suka baby...


ok..kita masuk story sebenar aku.

Alhamdulillah, syukur sebab sahabat aku yang sorang ni murah rezekinya.
Semoga ini yang terbaik buatnya.
Berita ni dah lama..cuma tak pasti..
Aku tunggu masa di pastikan dulu,So sekarang dah pasti dah..

Tahniah! dari aku.
"Ko tahu,suami aku gembira sangat."
Memang macam tu lah kan. Aku selalu tengok dalam drama. Suami mesti suka habis bila isteri dia disahkan mengandung. Happy sesangat. 

mula-mula..
cita time kahwin dulu..
"Fizah..ak dah kahwin" ..masa tu aku sibuk dok dengaq ustaz adab dok ngajaq..dalam hati" Betoi ka? relek Hafizah relek,belajq dulu,sat g kita setel benda ni, tenang dulu." Habis ja kelas. " Ang tunjuk dulu buktinya baru aku caya,"..ok sahabat aku tunjuk surat nikah sementara tunggu kad nikah siap. Ok bereh..stament yang benar dan boleh dipercayai sebab disertakan dengan bukti.

masa final exam..
Aku duduk sebelah sahabat ni. " Fizah.." sahabat aku memanggil nama aku sambil usap perut." Betul ka?" Aku macam tak caya. cepatnya. Berita kali ni memang buat aku teruja. Masa tu juga aku bersuara,dah tak kira dalam dewan exam or tak..."tak tau betul ke tak,petang ni aku nak buat pgntcy test." ok..xleh teruja sangat. Aku pun tak nak dia mengharap sangat,nanti takut dia kecewa.

esoknya,,
" Aku dah buat,positif Fizah". Allahu rabbi. Aku memang suka sangat lah. Tapi sahabat aku tak bagi hebohkan lagi sebab nak cek klinik dulu,nak doktor sahkan dulu. Ok,aku simpan ketat-ketat. Hanya orang terdekat saja yang tahu.. 

lepas tu?
Kesian dia..Sebelum kahwin,dia sakit,teruk juga lah. Dah kahwin pun sakit juga. Ini pengobanan pertama dia sebagai ibu. Dia tak boleh makan nasi,bukan setakat tak boleh makan,bau nasi pun tak boleh. Bau saja dah boleh buat dia loya. Memang kurus kering jadinya. Tiap kali aku masuk dewan exam,,nampak dia tak bermaya sangat,tapi digagahnya jua. 
part paling menarik?
suami dia pun alah gak. Suami dia demam seminggu. kira ok lah Allah bagi rasa juga sikit beban isteri kan?
mengidam?
part ni tak payah cakap lah. Banyak sangat. kejap nak tu,kejap nak ni. Ada sekali dia nak makan buah nanas. Aduh mak,jangan buat gila lah, mengandung tak sampai sebulan pun lagi, lebih baik mencegah dari merawat kan? Dia nak makan mangga muda yang masam. Sampai nilai 3 dicari,last-last dia cakap tak masam pun. orang lain makan dah masam gila dah,boleh pulak dia cakap tak masam.
 Banyak sangat yang dia nak. Kalau hari ada pasar malam,kadang-kadang kami saja lari dari dia,sebab dia nak pesan macam-macam. bukan tak kesian,tapi bila dah beli,dia makan sikit sangat. semulut dua ja. Apa pun bagi aku,agak susah lah nak jaga karenah ibu mengandung ni. SABAR tu perlu tinggi terutama suami. 
Hari-hari sahabat aku makan roti ja. Bayangkan dia hidup dengan roti ja. kalau aku memang tak tahan lah,perut melayu tulen ni...hehehehe

Part yang tak best?
nanti dia dah tak sama dengan aku. Dia akan tangguh sem. sebab bersalin lah. Tapi ketetapan Allah adalah yang terbaik buat hamba-Nya..Semoga dia dan baby sihat.

SEMESTER 4

Rasa aku ni sem bermasalah sikit..kenapa?

Sebab kena daftar sem dua kali. Masa mula2 daftar, aku ada tiga madah (subjek) ja? Aku pun mula gerun tak tentu pasal dah..apa lagi..aku fikir pasal result lah..ada madah yang tak lulus ka..aduh.
bila semak semula,ada lima madah..heheh dah sama macam orang lain dah..

tup..tup..

anda dikehendaki mendaftar semula..pulak dah?
dah lah nak log on EWADI bukan main susah. FB yang ramai orang tu cepat ja..aku rasa USIM kena timba ilmu sikit dengan SI PENCIPTA FB.

Tapi aku menurut perintah juga,,kang tak daftar masuk mengaji kena derma seratus ribu dekat JPA pulak..mati den..nak cekau mano? bukan anak dato' bukan juga anak PM or MB jauh sekali saudara..memang tak ada kaitan langsung dengan depa..tak ada pertalian darah.

Lamo den nunggu ha..memang patut daftar balik..tu bila first time log in lah..sebab ada pembaharuan..bila dah taip apa yang patut lain pulak jadinya.."aku tak lulus semua subjek sem 3 ka? Asal semua subjek sem 3 ni?" . Aduh,,cuak ni..tatut.

Aku pujuk hati aku..tak kot. Mustahillah tak lulus semua. Macam la aku ni ngek sangat kan? tak update ladi kot..positif..positif..positif...nanti cuba lagi.

Wednesday, February 15, 2012

JUST FOR YOU...MY L0Ve

This is just for you my love..I love you so much.. 3 days more, I will go back to Nilai.
BUT
I DON'T LIKE IT..


Mak...
lagu ni untuk mak..Kak Saaaaaaaaayang sangat dekat mak.


Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu
kau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu, ooh di dalam nadiku

9 bulan ku dalam rahimmu
bersusah payah, oh ibu jaga diriku
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu

tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah do'a oh di setiap waktu
oh ibu tak henti kuharapkan do'amu (2x)
mengalir di setiap nafasku (2x) 


ibuuuuuuuuuuuuuu........... (3x)


Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu
engkau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu oh di dalam nadiku



indah bercanda denganmu ibu
di dalam hati ku kini slalu merindu
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu



tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah doa oh di setiap waktu
oh ibu tak henti kuharapkan doamu (2x)
mengalir di setiap nafasku (2x

ibuuuuuuuuuu........ (3x)



“Allahummaghfirlii waliwaa lidayya warhamhumaa kamaa rabbayaanii shaghiiraa”



Sunday, February 12, 2012

MAKAN-MAKAN

Alhamdulillah..

Jumaat lepas aku buat reunion dengan kawan-kawan aku yang sama-sama menuntut di sekolah menengah dulu.

Tiga orang anak Pak Azizan ada bersama-sama hari tu. kembar tak seibu dan berlainan bapa. Norhafizah binti Azizan, Hamidah Binti Azizan dan Amirah Binti Azizan.  

Tak ramai pun kami empat orang ja. Sorang lagi Nurul atiqah Hasbullah a k a kak Long. Sepatutnya kami berlima tapi memandangkan Nisa kena mengajar hari tu,terpaksalah kami buat kami berempat saja. heheh.. Kali ni dekat rumah Midah..


Seronok sangat..pagi-pagi aku dengan Hamidah ke NAT aka pasar siang or aku pun tak tahu orang kat tempat lain panggil apa..faham-faham sendiri ja lah yek..Lepas beli barang masakan kami pun balik terus ke rumah Midah. Ok..Kak Long dengan Mira dah sampai.

MENU masakan kami hari tu?



Sup tulang, sambal sotong,sambal belacan dan sayur campur. Air sirap dan pencuci mulutnya tembikai kuning. Yummmiii...sedap. Aku tak begelar tukang masak pun hari tu. Aku just tolong potong,tolong basuh and tolong arah..hehehe sekali sekala rasa depa punya masakan pulak lah..rasa masakan sendiri boring kan?

Nak masak pun berejam-jam. Nak tahu kenapa? Sembangnya banyak sangat. Lepas satu tajuk satu tajuk. Macam-macam cerita keluar. Kak Long teruja sangat jumpa aku. Biasa lah masa form 6 dia duduk sebelah aku. Dia yang selalu cover aku tidur dalam kelas.

Cara aku tidur dalam kelas terbaik sangat,sebab aku akan letak kepala atas riba Kak Long. bukan apa senang nak cover,bila cikgu nampak automatik cakap "cari buku or cari barang." Memang nakal habis aku ni kan? Kesian Kak Long,ketua pengawas sekolh kena cover aku dalam kelas. Terbaik lah. Ingat lagi situasi tu..

Aku: Kak Long, mengantuk. Sat ja. Boleh lah.
Kak Long : Sat-sat. bagi cikgu duduk dulu.satgi dia nampak.
Aku : Dia duduk dah tu. Jaga tau.

Kak Long ni baik sangat tau. Ketua pengawas yang tak suka susahkan orang lain. Ketua pengawas yang susah nak marah. Selalu kena buli dengan aku kot..heheh,tapi Kak Long tak marah pun.

Berbalik pada makan-makan..
Lepas solat zohor..Kak Long dengan Mira terus balik,katanya mira ada kerja. Nak date dengan mak dia. Tinggal aku dengan Midah. Apa lagi..POLITIK TIME...

Semua isu keluar ni. Yang penting Midah suruh balik cek nama aku dekat SPR. Nama dia tak diluluskan. Cuak juga aku dengar. Tengah semangat nak pi mengundi ni,kalau tak diluluskan kena tunggu lima tahun lagi. Tu pun kalau tak kiamat.
p/s : Politik tak kotor,tapi orang yang mengotorkannya. Fikirlah.
 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.