Pages

Ads 468x60px

Labels

Thursday, February 29, 2024

Yakin memilih atau memilih untuk yakin?

Macam mana nak yakin dengan pilihan kita?
Yakin tu akan datang seiring tindakan, seiring usaha, seiring doa.

Mula2, yakin dengan takdir Allah, yakin dengan Allah. Semuanya dari Allah, semuanya dengan izin Allah.

Lagi satu aku baru terbaca satu status ni, "hidup ni soal adab". Adab dengan Allah, dengan makhluk. 

Adab kita menerima takdir. Sabar tu adab kan? Aku tersentak betul bila baca ni. Jadi istighfar dan solat taubat banyak2 bila rasa belum yakin. 

Yakin ni soal kepercayaan kan? 
Percaya Allah tak?

Aku masih berpegang pada kata2 ni,
"Pilihan kita tak semestinya betul, tapi kita betul2 melangkah pada takdir yang terbaik yg Allah sediakan buat kita, terbaik disisi Allah belum tentu indah di mata manusia"

Maksud aku, 
Tengok balik cerita Asiah dan Firaun, kisah rumahtangga tragis, suami dimurka Allah, tapi dia ahli syurga. Tak indah kisah perkahwinan dia, tapi dengan cara tu lah Allah nak angkat darjat dia masuk syurga.

Ingat juga cerita ustazah asma. Ada orang tanya, "tengah buat apa tu?"
Kita jawab, saja duduk bersabar.

Mesti orang cakap, "gila ke orang ni, duduk saja2, cakap tengah sabar". Sebab apa? Sebab sabar perlukan sebab. Mana ada orang sabar tanpa sebab.

Perkahwinan tu tak ada jaminan bahagia awal, tengah dan akhirnya. Kita boleh doa dan usaha, tapi sebatas usaha manusia dengan izin Allah. 

Perkahwinan tu perkongsian hidup 2 manusia berbeza latar belakang, cara hidup. Nak blend sampai lumat tu mustahil, sebab masing2 ada jiwa, ada yang disukai, ada yang dibenci. Dekat sini peranan tolak ansur.

Ada yg baru kawin romantik, ada anak sorang dah serabut, sebab suami suka lepak dengan kawan. 

Ada yang ok je suami isteri, tapi bab asuhan anak bergaduh. Ayah nak macam ni, mak nak macam ni. Itu asuh, nanti dah tua,bab pilih menantu pulak.

Belum lagi yang diuji tak ada anak. Macam2 ujian perkahwinan. 

Persediaan macam mana diperlukan? Apa yang akan buat kita bersedia selain langkah, dan hadapi situasi tu. Hasilnya hanya Allah yg tahu kan?

Sebelum yakin memilih atau memilih untuk yakin, buatlah persediaan. Persediaan ni sebagai pembuka langkah sahaja. Seiring kita melayari pelayaran rumahtangga, ilmu kita perlu makin bertambah. Pengalaman juga ilmu yang sangat berharga kan? Selain rasai sendiri pengalaman tu, banyakkanlah membaca dan bertanya.


Norhafizah Azizan 
Berjuang masuk syurga sama-sama 

0 comments:

Post a Comment

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.