Pages

Ads 468x60px

Labels

Saturday, September 27, 2014

OPERATION

Alhamdulillah, tanggal 14 Ogos 2014, Miza dah selamat dibedah buat kali ketiga. Pembedahan yang terakhir.
Masa pembedahan yang kedua aku risau betul, takut jadi macam yang pertama. Memang mintak dijauhkan, tapi still cuak! Alhamdulillah, akhirnya, pembedahan yang kedua lah yang terbaik! sikit pun Miza tak dak rasa nak muntah. Tekak perit, dan macam- macam rasa yang menakutkan bila lepas bedah. Yang kedua ni memang aku bersyukur sangat.

Pembedahan yang ketiga ni, lepas raya puasa. Memang semua berharap pembedahan yang ketiga ni sama macam yang kedua. Mak Miza, mak aku, semua  lah, Suri, Ina, Saiyidah semua doa yang terbaik. 

Yang ketiga ni, ada dokumentari. So, sesi pembedahan di rakam.Miza antara pesakit yang terbaik. Alhamdulillah, yang ketiga pun selamat. Hari jumaat dah boleh balik dah.

Cuma, dua minggu lepas, kena serangan asma buat kali pertama lepas operation ketiga. Terus masuk zon merah. Ya Allah, jgn ICU cukup! Kena tahan wad asalnya, tapi Miza tak nak, jadi tandatangan surat risiko sendiri, sebab ada jangkitan kuman sikit dekat paru-paru. Dokter kata ok, sebab sikit saja, makan antibiotik ok lah. InsyaAllah.

Malam tu, miza muntah teruk dekat rumah, maka aku dah tak tau nak buat macam mana. Miza mintak kebenaran makan ubat muntah, Miza tak boleh makan ubat tahan muntah yang ni, sebab dia allergic ubat ni. Disebabkan tak tahan tgok keadaan miza, maka aku benarkan.  boleh aku cakap tawakal. Gila betul aku ni.

Makan je, terus miza kejang, simptom2 alahan ubat masa operation pertama jadi balik. Aku dah cuak sangat dh. Ambulance dtg, aku suruh hantar hospital seremban, tak berani p hsptl serdg. Dokter sana dh pesan, jangan makan ubat tu, tapi makan jugak!

Aku rasa bersalah sangat. Malam tu memang tak tidur! Aku terus campak ubat tahan muntah tu. Kena lah mrah dengan dokter, dokter kata kalau nk mati, bagi lah makan lagi.

 So, aku dah bertaubat kes2 bagi makan ubat yang bukan2 ni. Kalau dokter kata jangan maka ikut lah.

Semoga lpas ni Miza terus sihat, dapt kerja dan menabur bakti pada family, Ameen InsyaAllah.

Balik Kampung. Raya oi !

Apa lagi..nyanyilah lagu sudirman cepat!.. nak balik kampung ni. Sebenarnya aku tak tau pun bila raya. Aku ingat, aku balik kampung seminggu sebelum raya, rupanya aku balik kampung tiga hari lagi nak raya. Aku pun tak tau aku ingat apa. 
Aku balik raya dengan budak kecik ni. Khalishah Shafiyyah. Pandai budak ni. Masuk dalam kereta, sejuk aircond, terus tido. Dah sampai baru bangun. Kami singgah Perak dulu. Rumah mentua Dik Ti. Raya tahun ni giliran kampung Perlis. tu yang aku tumpang dua-dua kaki aku tu.
Malam raya, kami dan lagi pi kangar. Ada ekspo apa ntah. Dan makan-makan. Ni orang panggil Dataran apa ntah..huhuhu..anak perlis xsedaq diri ka lupa daratan ni? teruk! teruk!


Allahukabar! Allahukabar! Allahuakbar!
Takbir pagi raya di bumi perlis. Tahun lepas dekat Sarawak kot. Walaupun dekat bumi orang, aku still rindu suasana raya di sana. Best! Very Family. Memang  mendidik mencintai keluarga betul. Tradisi yang sangat baik untuk di amalkan.
Dik Ti, ada baju raya expresssssss..sesuatu telah berlaku..kehkehkeh..teka lah apa yang terjadi di pagi raya. Khalisha memang jadi rebutan, sebab xda budak kecik, dia ja yang paling kecik. Maka dia lah yang jadi sasaran semua orang. tapi aku suka betul gabungan warna gaun n design baju budak kecik ni. Nice!

Tepi Khalisha tu Rabiatul Adawiyah. Mak depa kawan dari kecik. Sorang lahir bulan 1, sorang lahir bulan 5. Kahwin dan dapat anak pun sama bulan kelahiran. Hebat persahabatan depa ni kan?

 Ni part yang paling best ni. Makan DURIAN RAYA. Hambik kau, makan durian masa hari raya. Ni kerja Pak Lang aku lah ni. Kami pun apa lagi, layan lah. Sedap! tak tau berapa biji kami hentam.


 Lepas tu, part raya dengan kawan-kawan. Raya pertama memang khusus raya dengan family. tu yang aku pegang dari dulu.
 First, aku dengan midah, pi Ayer Hitam. Melawat kawan aku, Zolyani. Dah selamat bersalin baby boy. Sempat la midah try skill menjadi ibu. Susukan baby and part last kena serah pada yang pakar jugak akhirnya,sebab tak berani nak angkat tepuk baby bagi sendawa..heh!

 Ni rumah Cikgu Mawar. Dah jadi cikgu kawan aku ni. Toke coklat ni. almaklumlah, mengajar di Langkawi. Kak Long kurus sangat la ni. Tapi respek, lepas ni sambung master dekat UKM. aku ja lah xdak arah lagi. Midah pun dah nak berhijrah ke KL. Kerja dengan Mira. Tinggal lah aku sorang berjuang di bumi perlis nampaknya (poyo! padahal ada di Nilai lg)

 Ni menu yang buat semua orang nak mai raya rumah aku. Adik Arfah dah buat menu ni jadi menu wajib time raya pulak. Semua orang nk makan mihun sup thai dia.

Abang-abang, kakak-kakak aku dari kuala kedah pun suka sangat dengan mihun ni. Masa ni lah juga aku dapat tengok anak abang amin, abang aku number dua. Dah besar dah pun nasuha. Kak Ju tak balik Sabah, raya sini ja. lama jugak dia tak balik sabah, tiket kan "murah", nk beli tiket bukan satu, tapi empat, memang sedap jugak lah. Ni lah nasib kalau kahwin jauh.


 Sebelum balik Nilai, aku sempat jugak lah pi majlis aqiqah anak sepupu aku yang kelima, LUBNA. Lahir dalam bulan puasa. Kakak dia NUBLA. kakak Nubla, Nuha, kakak Nuha,Nahijah. Part Nubla n Lubna yang penin kepala, dekat sangat nama depa. Hadoi yai..


Ambik mood! yang ni tak lama dah ni.. bunyi kompang sayup2 dah. Semoga Allah permudahkan semuanya. Ameen..
p/s : cerita raya yang di update masa org dok bilang hari nk raya haji, gilos. feel..mmg kurang lah. Tahun ni tak dak gambar family raya. Tak pa, tahun depan ada kot. Tahun depan insyaAllah ada baby..hihihihi

Ramadhan 2014 / 1435H

Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur untuk berjumpa dengan Ramadhan lagi.
Tiap-tiap tahun mesti ada niat nk jadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum-sebelum ni..tapi hampeh (-.-)! Semangat je lebih tapi yang dinamakan U S A H A tu tak dak!

Ramdhan kali ni pun sama, Aku still berharap ada peningkatan untuk Ramdhan kali ni. Umur aku dah semakin mendekati mati dah. Disebabkan tarikh expired ak, aku tau, jadi perlu bersiap sedia sentiasa. Tu pun kadang-kadang tetap alpa dengan dunia. Sibuk itu ini. Kadang-kadang tu sibuk nak berehat, katanya tak cukup rehat. Hadoi lah Hafizah! Dunia ni tempat menanam, akhirat tempat menuai. Kalau di dunia sibuk berehat, di akhirat nanti nk tuai apa cik kak oi?

Ramdhan masuk! Ramadhan masuk!

Terkeluar tajuk pulak...Alhamdulillah, rezeki ramadhan, aku tolong bos lama buat wakaf al-quran di masjid Nilai. Syoook o0o0o0 buat kerja ni. Aku perlu wajibkan diri berada di Masjid 4 waktu solat sehari. Subuh saja ak tak ke masjid. Peluang solat jemaah yang memang terbentang luas..tinggal aku nak tak nak ja.. just gerakkan kaki masuk dewan solat..dan ikut imam..maka pilih lah kn


Syukur juga, melalui kerja ni juga, boleh dikatakan hampir setiap hari aku buka puasa di masjid. Iftar beramai-ramai. Ya Allah, nikmatnya sungguh luar biasa. You all nk tahu, time ni tgh sengkek sikit, maklumlah, orang menganggur, income xda..tapi rezki Allah sangat melimpah ruah..Alhamdulillah tak pernah tak kenyang time buka puasa.

Time solat tarawih pulak, masyaAllah, ramai ibu-ibu yang bawa anak-anak solat bersama mereka. Alhamdulillah, kesedaran untuk mendidik anak-anak mencintai masjid dari kecil tu semakin meningkat..mungkin jemaah masjid nilai boleh dijadikan contoh. Walaupun mereka akan berlari berkejaran, menangis ketawa semasa jemaah bersolat, tetapi mereka masih menjaga batas-batas adab, mereka tidak berlari di hadapan orang sedang bersolat. Mereka ada kawasan bermain yang tersendiri.

Lebih aku kagumi, ibu yang sanggup membawa anak kecil. Mereka bentangkan tilam kecil disebelah mereka, dan mereka tunaikan tarawih berjemaah di masjid. Maka sebenarnya, tidak ada alasan ada anak kecil dirumah, untuk tidak solat berjemaah di masjid kan? sebab, kalau orang boleh, kenapa tidak kita. So, ada lah aku tanam azam nak jadi macam tu satu hari kelak. Mesti akk tu dapat pahala kan?hanya dengan menunjukkan contoh yang baik. SubhanaAllah, mudahnya Allah kurniakan pahala kn?

Sangat ramai yang mengambil peluang ini dengan bersedekah. Di sini, sudah tersusun jadual orang yang menyediakan makanan berbuka puasa. MasyaAllah, awal-awal lagi mereka sudah bersedia menghadapi bulan ramadhan. Hebat! Terdetik pulak di hati aku untuk menjadi kaya, sebab nak jadi macam mereka. Tapi yang sebenarnya, nak bersedekah, tak payang tunggu kaya kan? Bila ada sikit, kita boleh bersedekah cara sedikit. Allahuakbar! Hebatnya Islam!

Time ni jugak, rasa macam ukhwah yang erat tercantum dengan sahabat-sahabat. Kami selalu bersama masa buka puasa. yang bekerja pun sama. Time ni kami dapat bersama. Walaupun seharian tak jumpa, tapi bila time buka puasa, kami bersama. cukup sekadar berbuka dan solat bersama. lepas tu ada yang meneruskan semula kerja masing-masing. Alhamdulillah, nikmat  ni dah hilang bila ramadhan pergi..terasa jauh pulak. Masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing. Keluar pagi, balik malam

Macam-macam ragam sebenarnya sepanjang aku berada di masjid. Ada juga yang buruknya, bukan masjid, tapi orangnya..cuma, aku harap kita dapat jadikan sempadan lah cerita-cerita negatif ni..
Ada yang datang ke masjid semata-mata mahu makanan berbuka puasa free..Aku tak kisah part ni, tapi apa lah salahnya, berwuduk dan berjemaah, sekurang-kurangnya  solat magrib kalau tak mampu sangat nak tunggu isyak.. aku cuba juga untuk positif, tapi kalau setiap hari macam tu jugak jadual kejadian, macam pelik!

Hujung ramadhan, aku diuji dengan ujian hati. Tak hebat tapi cukup buat aku tersentak dan berfikir. Mungkinkah Allah mahu menguji aku dengan memberikan aku dengan sesuatu yang aku tak suka. Bukankah Allah berfirman bahawa, " boleh jadi kamu menyukai sesuatu, sedangkan ia buruk buat kamu, dan boleh jadi kamu benci sesuatu sedangkan ia baik buat kamu, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui". Allah Ya Allah..sungguh aku teruji. Bukan itu yang aku nantikan, tapi itu lah yang terjadi di pengakhiran ramadhan aku.

Aku berharap, ianya hanya persinggahan dalam perjalanan kehidupan aku.. Semoga Allah rezkikan mereka. Itu doa aku dan mak.

Ramadhan dah lama berlalu, sangat indah ramadhan yang lepas. Ramdhan terindah sebelum aku berangkat pulang ke Perlis hujung tahun ni. InsyaAllah.
 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.