Pages

Ads 468x60px

Labels

Saturday, April 28, 2012

Product Short Sem

Mempersembahkan..
Ini hasil kerja kita zaman dulu kala..
masa tu muda lagi..





Group 18,
Terbaik lah..

BBA1/2011

Alhamdulillah..
akhirnya berjaya juga..
Walaupun macam kanak-kanak persembahan kita malam tu, tapi itulah yang terbaik dari kita kan,
aksi-aksi yang di luar jangkaan pun ada..
pandai juga budak BBA1 berlakon..heheh


Ak igt, bdk kls ak ni nerd hbis. Blajor je krjanya. Tp kira blh la ni..hdup lh jgk mcm org lain.

KUIH ARAB

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, group 1 dan group 2 dah lepas membentangkan tajuk mereka. Opsss! lupa pulak nak cakap, ini kisah assignment Bahasa Arab Kemasyarakatan. 

Kami semua di beri tajuk tentang kemasyarakatan atau perubatan, dan kami perlu mencari pasangan masing-masing, bergabung dan seterusnya meletop..hahahaha. bergabung n membentangkan hasil kerja kami depan Ustazah Asywaq dalam jangka masa tak lebih dari dua jam. ko rasa? Ckp arab xkurg 2 jam? Dan org tu adalh ak? Oh nooooooo....
.

Ni ustzahnya..
baru balik dari Arab Saudi..sebab balik ziarah nenek ustazah sakit


Ni kuih arab yang ustazah bawakan khas untuk kami. Sedap sangat,aku suka betul.

Sekarang aku terfikir,
apa ya, yang aku nak bentangkan selama dua jam dalam bahasa arab pulak tu?
lagi-lagi tajuknya menjurus kepada bidang perubatan..Aku group ke lapan. Tak lama dah ni.

mempersembahkan tajuk assignment aku..(mengada-ngada betul)

أدوات طبية - الأدوية والعقاقر- العلاج والجراحة

Aku baru dapat sikit maklumatnya, tu pun belum dicerna betul-betul lagi,ok or tak pun tak pasti lagi.
Sebarang cadangan atau komen anda sangat saya hargai dan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Apa tak dengarlah..?
Yana nak tolong Fiza cari bahan?^^,
Kah kah kah

YANG TERLEWAT

Ini bukan kisah cinta yang terlewat..
Ini bukan kisah dongeng, cinta antara putera dan puteri..
nak tahu apa yang lewat?
ikuti kisah lanjutnya di bawah ni ya..
jommmm...poyo s a n g a t weh.

Ni kisah masa kami balik cuti pertengahan sem lepas. AB ekspres lambat..Aku punyalah semangat nak balik kampung..habis kelas petang khamis, aku terus siap nak balik. tapi masalah timbul bila bas rosak.


Tikah Ahmad, kawan aku dari sekolah menengah. Sempat saja bergambar. Bukan apa, nak kurangkn rasa tekanan.
Tekanan o0o0 bas lmbat.
model kita malam ni..cun.

Pukul 5 pagi baru bas sampai Dataran Nilai. Bayangkanlah pukul berapa aku nak sampai PERLIS.

Pemandangan yang menemani aku. Ciptaan Allah yang begitu sempurna.



Aku terfikirkan hikmah di sebalik kelewatan perjalanan kami,
mungkin Allah mahu selamat kan kami dari keburukan mungkin.
Apa pun..alhamdulillah, kami selamat sampai PERLIS pukul 5 kot. Lewatkan?
ini takdir-Nya buat kami.

Friday, April 27, 2012

KETENANGAN


Malam Ahad yang lepas-lepas..
Ada sesuatu yang aneh berlaku pada diri aku. Sesuatu yang sukar aku nak terangkan.
Mula-mula aku di takdirka bersolat di Masjid Alwi, Kangar. Masjid ni betul-betul di sebelah sekolah aku. Tapi sejak keluar dari sekolah, dah tak pernah pergi masjid tu. Dulu tiap-tiap petang rabu kami wajib pi masjid, dengar tazkirah. Agak culas di waktu itu, menyesal kemudian tidak berguna..+_+


Damainya Ya Allah berada di rumah-Mu..Selesai solat isyak, saat turun dari tangga, aku terserempak dengan sahabat lama. mulanya tak perasan pun, sebab sekarang dia dah berniqab.. Ya Allah, hati ni tersentuh sangat. Bukan tak pernah jumpa sahabat berniqab, cuma tak tersentuh langsung hati ni. Dulu aku ada sebut. " tak pernah ada niat lagi nak pakai niqab, tak sampai ke tahap tu lagi". Itu kata aku, duluuu...

Kedamaian berada di rumah Allah bertambah dengan berjumpa sahabat berniqab. Bas sampai agak lambat malam tu, sebab cari masjid tak jumpa. Dalam bas, aku duduk bersebelahan dengan sahabat aku. Aku ambil peluang ni untuk bertanya tentang niqab. Hati aku makin terbuka dengan niqab. Tapi aku takut, takut aku tak mampu. 


Alkisahnya,
Msa mmbuak2 nk pkai niqab ni..mk ak ckp
" pkai la tdung lbuh mcm biasa. Xpyh la smpai pkai purdah"
Ok frust.

SESI BERGAMBAR

Alhamdulillah,,
Pagi semalam, ada sesi tangkap gambar..sepatutnya tangkap sekali dengan semua pensyarah,
tapi, pagi tadi semua pensyarah ada mesyuarat pulak..pasrah ja lah..


Dari kiri: Kak Ida, Hana, Ibu Iman, Yana.



Ibu iman kuasa dua, dengan ucu.


Seekor kumbang, dicelahan bunga nan mekar. Geng BBA5 kalau tak silap..heh ^^,


Dengan Ain Ramlan, pakar Bahasa Inggeris kita..riang gembira nampaknya.

TAMAT SEBUAH PENANTIAN

 Alhamdulillah..

Lafaz suci meluncur laju di bibir aku..Akhirnya tamat sebuah pernantian..Penantian itu teramat menyeksakan, dan penantian aku kali ini berakhir dengan happy ending..Alhamdulillah, syukur kepada Allah..yey.

Tak semua yang kita nak, kita dapat, tapi yang pasti Allah tak beri apa yang kita nak..cuma Allah sentiasa memberi apa yang kita perlu dan yang terbaik buat kita.. Alhamdulillah dengan kunian ini Ya Rabb.

Malam semalam, tak malam sangat lah waktu tu..Yana datang bilik, Yana cakap dia dah lepas MUET, BAND 3. Masa tu, aku dah mengantuk sangat, bukan sangat dah, tapi mengantuk yang teramat. Jadi respon pun kurang memuaskan. Blurrrr....+_+

Mesej Yana masuk..
" Fiza dah cek? semoga apa yang Yana rasa menjadi milik Fiza juga..Amin Ya Rabb

dalam hati aku
" Amin Ya Rabbal 'alamin."

Esok paginya mesej Yana masuk lagi..
"Fiza lepaskan?..Tahniah, Alhamdulillah, gembira untuk Fiza" . Aku mula berbicara sendiri, " bila masa pulak aku cek ni? semalam aku teruih tidoq, pagi ni pun tak dan nak cek lagi, dok kalut nak pi tangkap gambaq ni. Tah pa-pa Yana ni"

Sampai ja, di kampus, Yana datang dekat Fiza, bawa aku pergi jauh dari yang lain. Yana cakap dah ada orang cek result Fiza. Ngek, xsupriiiiiiiiise dh la result ak.

Lebih kurang dalam pukul 10 lebih2, aku cek result MUET, Ni kali keempat aku ambil, Kali ke-3 lagi dua markah nak cukup band 3..rasa sedih tu ada, tapi nak buat cena kan..rezeki tak berpihak pada aku lagi masa tu.

Alhamdulillah..dah lepas, akhirnya..penantian aku untuk dapat BAND 3,tercapai. Setelah empat kali percubaan..asyik BAND 2, dari tingkatan 6..ingatkan dah tak boleh up dah level aku..heheh

Perkara pertama, mestilah call mak..mak cukup risau bila aku macam dah nak putus asa dengan MUET ni. Mak yang selalu cakap " Kak mesti boleh, mak sentiasa doakan kak.". Alhamdulillah DOA mak dimakbulkan Allah SWT. Berkat doa ibu. SAYANG MAK..muah,muah,muah ^_^

pada yang belum lepas, JANGAN MUDAH PUTUS ASA. USAHA, DOA, TAWAKAL.

Monday, April 23, 2012

Tahniah Abdul Hadi

بسم الله الرحمن الرحيم

Tahniah adik Hadi..

Dah naik pangkat dah..Alhamdulillah


Terbaik!

Konsert Sentuhan Nurani

Alhamdulilllah..
Allah lapangkan waktu aku dan sahabat aku Yana dan Nurul untuk ke konsert Sentuhan Nurani.
Konsert ni sempena memperkenalkan JP3, Jawatankuasa ganti MPP. Majlis Perwakilan Pelajar. Sebab bulan sembilan ni baru nak mengundi jadi..depa ni lah dulu menerajui USIM buat sementara waktu ni.





Artis yang menjayakan konsert ni, Devotees dan One soulz.


Sesi bertemu peminat, perempuan  lah yang banyak ambik tandatangan depa..heh


Muhammad  agak handsome malam ni...heheheh( agak jahat di situ).
Yana  dan Sihar cakap muka dia macam aku..fuhyooo..muka ak mcm retis.



Paling banyak orang nak jumpa, halim ngan Adi Akmal lah..
Adi Akmal baru balik baca berita TV Al-HIJRAH..agak lambat sikit dia sampai.


Pembaca berita Tv Al-Hijrah,
Pelajar,
Penasyid..
Sibukkan dia..tapi still pandai dan cemerlang dalam pelajarannya..cayalah.


Aku kenal dengan peminat misteri Halim..hahahah
So ak dptkn jugak tndtgn dia,
Demi pemint mistri halim
Kahkah..uhuk


Zul Daus, jadi pengurus depa malam tu.


OK dah,,depa nak pi makan pulak, cukup setakat ni dulu untuk sesi ni. Jumpa lagi lain kali kalau ada umur yang panjang.

Monday, April 16, 2012

10 fakta tentang kelahiran

 1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

SUBHANALLAH

Friday, April 13, 2012

KELUARGA "A"

Dua Family dalam family besar aku...

Family pertama..Keluarga Pak Cik,adik mak.
Anak-anak Pak cik semuanya bermula dengan huruf A.
Akasyah, Asyraf, Azila,Afiq,Aliff dan Aina. Pak Cik dengan Mak Cik suka sangat kot dengan Huruf A.




Asyraf dah kawin dah. Dia sepupu aku yang sama umur dengan aku. Yang baju hijau ni anak dia lah.  Nama anak dia pun bermula denngan huruf A jugak . Nama di beri Aliff Haikal. Comel sangat, macam anak Mat saleh.

Sepupu aku, Kak Ija. Anak-anak dia pun mula dengan huruf A. Abah budak-budak ni yang nak sangat anak-anaknya bermula dengan huruf A.

Anak sulung : Akmal Faris.


Yang ni yang kedua : Aqil Haziq.


Ni yang ketiga : Nur Ain Nabilah.

Keempat : Amsyar

Masa pi tengok Ain Nabilah hari sabtu lepas,
Aku saja usik abang dia yang sulung, Akmal Faris.
Aku     : Mak long nak bawa baby balik na. Adik-adik mak long semua dah besaq. Mak laong tak dak adik kecik dah.

Akmal : Mak long beranak sendiri lah.
Aku     : Mak long tak kawin lagi.

Aduh!..ak plk yg kena balik.

KHAMIS

 Alhamdulillah..
Semalam aku dan adik Arfah dah selamat pergi dan balik dari Kuala Kedah,Jitra dan Abi.

Pertama, Aku ke rumah pak aku di Kuala Kedah. Aku tak lama dkt sana, kami sempat keluar makan tengah hari sama-sama. Ok lah kn..dr xhado. Dalam perjalanan balik, Pak aku ada pesan sesuatu,

" Kak dengan adik arfah mesti jadi kawan sampai bila-bila. Tak boleh ada sifat iri hati. Jadi macam pak dengan arwah ngah. Berkawan hingga akhir hayat." Ok, aku tersentuh betul dengan pesanan ni.

Sebelum ke Jitra,aku ke rumah Mak cik,isteri Pak yang pertama ke kedua, ikut lah. Bukan apa, rindu dekat ank saudara. Sekarang ni semua orang ada baby, Yana pun dah tukar profile picture FB dia,,jelezzz ni.. 

Ya, kalau ikut susunan semua anak pak, aku ada sepuluh adik beradik dan aku anak keempat. Tapi anak-anak abang dan kakak aku still panggil aku Mak Long. Entah lah,aku ikut ja. Semua ada,kecuali Kakak ipar aku, dia kerja. Abang ipar aku,yang agak susah nampak batang hidung pun ada juga hari ni.

Ni Haikal,anak kakak aku yang sulung dan tunggal buat masa la ni lah. Dah enam tahun dah.


Ni pulak, chaq..aku lupa nama betul dia. Anak sulung, abang sulung aku.


Ini Naufal,adik kepada Chaq.  Dulu aku jumpa dia masa dalam pantang. Dah besar sekarang. Tak duduk diam. 
lama juga aku duduk rumah mak cik. Mak cik suruh makan nasi situ. Nak tolak tak sampai hati. Jadi, aku dengan Adik Arfah makan tengah hari dua kali lah hari ni. 

Lepas makan nasi..
abang aku yang kedua.
" Fizah,hang dah cukup umur nak mengundi kan? Aku tau,mengundi tu hak individu,tapi aku nak tanya jugak,hang nak pangkah apa?". Ya Allah, boleh dia tanya lagi. 
Aku jawab..
" Pangkah --- lah"
"Ha..tak pa."

Lepas tu,bincang pasai family sikit and dalam pukul4, aku bertolak ke JITRA.


Nubla Amani, Insya-Allah ini lah nama yang bakal di daftarkan.
dilahirkan secara normal,seberat 3.6Kg oleh sepupu aku yang sulung, Kak Normah. Nubla Amani muda 13 hari ja dari sepupu dia,Nur Ain Nabilah. Kalau Nur Ain Nabilah anak perempuan yang di tunggu-tunggu, tapi Nubla Amani tak,,dia ada dua orang kakak, Najihah dan Nuha serta sorang abang(lelaki tunggal), Naufal Wajdi.

Naufal cakap tak best dapat adik perempuan, tak boleh ajak main bola.
Hemmm..terima ja lah hakikat ni Naufal.

Amaran Tsunami

Mak kawan aku dan kawan aku minta aku teman depa pi Padang Besar.
Aku setuju ja, sebab tak ada buat apa-apa kan..
Masa sibuk pilih asam ( biasa lah, bila orang gila jeruk bertemu dengan jeruk), Pak Ngah kawan aku cakap,adik dia dekat peneng rasa gegaran. Aku cool lagi. Mesej dari Yana masuk
" Amaran tsunami kn..fiza ati2 tau."
Ya Allah..



Balik dari Padang, Kami balik ikut jalan Kuala Perlis. Awan gelap sangat,tambah-tambah dekat Langkawi.
Polis arah, semua peniaga tepi jalan dan juga laut tutup kedai. Pasukan Bomba dan stand by dah. Dalam masa beberapa minit, jalan untuk ke Pantai ditutup.



Aku mula rasa gerun.
Melihat awan yang makin gelap.
Air laut semakin naik dengan ombak yang agak sedikit luar biasa. Agak kuat.


Ya Allah, andai tsunami betul-betul melanda PERLIS?
"Pak Ngah, Jarak rumah kita dengan laut berapa?" Soal aku.
" 3 or 4KM."
Kalau tsunami macam di Aceh melanda, memang tak ada harapan ni. Hati aku makin gelisah.



Peniaga berkemas.


Pulang ke rumah, aku minta mak dan adik-adik solat hajat dan baca Yassin. Doa kan keselamatan.

Dalam otak aku semalam tak ada lain, ingat mati ja. Tak ada ruang dan peluang untuk kami selamat.
" Ya Allah, andai kami mati, matikanlah kami dalam beriman kepada-Mu. Tutuplah aib kami di dunia dan akhirat"
Setelah tenang sikit, aku buka tv RTM.
ada PENGUNGUMAN..
" Amaran tsunami di tarik balik"
Alhamdulillah Ya Allah, 

Thursday, April 12, 2012

Teman Menonton

Malam isnin yang lepas....jeng..jeng..jeng..jeng..waktu kejadian, selepas isyak.

Aku ditinggalkan berdua dengan mak aku..ok itu perkara normalkan? Tapi malam tu aku kena teman mak buat sesuatu yg xnorml bg ak.

   YANG TAK NORMALNYA....
Mak : Kak mai duduk dengan mak kat sini.
Aku  : Sat, sikit lagi nak habis ni.( Aku tengah berusaha habiskan surah al-Anbiya').
Mak : Mai baca tepi mak ni.

beberapa minit kemudian...Setelah selesai membaca Al-Quran.

Mak : Sudah lah. Mai kita tengok cerita pulak. release tension.
Aku : (muka blur). Kak baca solusi ja pun,bukan baca buku belajaq.
Mak : Tak apa lah. Tak payah dok baca lagi lah. Mai tengok cerita ni. 

Mak ajak aku tengok cerita P.Ramlee,cerita DoReMi. Untuk pengetahuan semua, Aku tak minat betul tengok doremi ni. Dari dulu sampai sekarang,aku tak minat. Tapi malam tu,aku gagahkan juga diri ni, teman mak tengok cerita ni. Mak seronok betul. Bukan selalu pun teman mak tengok cerita. sekali sekala,tak salah kan?

Aku teman mak separuh cerita ja..
Adik Arfah and adik Muhammad dah balik, jadi depa lah yang teman mak untuk separuh cerita lagi. Depa tak kisah sebab memang depa suka tengok cerita ni pun. Adik Arfah siap hafal lagi jalan cerita dia, lepas satu,satu..aku memang gagal lah dalam bab ni. Tapi malam tu,aku nampak mak memang happy betul.

Nmpknya kena belajaq tgok DoReMi.

Saturday, April 07, 2012

Analog Digital

Aku dan Yana sesat..
Alkisahnya
Hari rabu.. lepas kelas, aku dengan Yana terus bertolak ke Seremban. Untuk?
Hal ini kerana(cewah)...kami nak pergi ambil IC baru. Dah sebulan dah ni..hari tu cakap dua minggu siap..

Sampai ja dekat pejabat pendaftaran tu..
"Maaf dik, ada problem sikit dekat(tak ingat lah nama tempatnya)..Tiga bulan baru siapa"
TIGA BULAN???
lambat lagi ma..
Maka,aku dan Yana pun pulang membawa hati yang lara.

Sampai satu simpang aku tersilap belok,sepatutnya kanan,aku ke kiri pulak..
" Yana. Fiza silap belok!!!. Cena ni???"


Aku redah juga...
Tiba-tiba Yana nampk signboard ke KL.
Aku pun.." Alhamdulillah, kita dah kembali ke jalan yang benar"


Semakin jauh kami bergerak...
Sampai jumpa satu signboard, 31KM ke Port Dickson...
"Haaaaa??"

Ya Allah,ingatkan dah kembali ke jalan yang benar. Rupa-rupanya kami semakin sesat di jalan yang lurus ni.


Aku dah blurrrr
Habis kami call manusia yang dapat membantu. 


Sementara nak dapat hidayah..
berhenti dulu lah kat tepi jalan..sempat bergambar lagi..
bukan apa,tak mau bagi stress sangat..hehehe


Dekat restoran ni lah kami berhenti tanya jalan nak balik Nilai. Ada tiga pilihan yang pak cik kedai makan ni bagi tau kami. Last sekali, aku dengan Yana putuskan untuk balik ikut highway. Bukan apa,kalau jalan yang tak pernah lalu,takut semakin sesat di bawa arus.



Malamnya, Aku ke kuliah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Sebelum ni, aku suka baca hasil tulisannya.
Tajuk malam ni,
" Analog Digital"
Mengupas tentang perbezaan antara generasi X dan Y yang disebabkan oleh perkembangan TEKNOLOGI.  Alhamdulillah, aku berjaya mendengarnya sehingga tamat. Kupasan Ustaz Hasrizal amat menarik,, kupasan yang terhasil dari pembacaan, kajian dan berfikir. Bukan hanya sekadar omong kosong!!!

Perubahan teknologi 
Tetap ada baik buruknya.
Tggl kita lah pilih, nk yg buruk atau baik.

Wednesday, April 04, 2012

IMAN MOGOK LAPAR

 Assalamualaikkum...
jawabnya 
Wa'alaikummussalam..

Minggu ini ada pakatan mogok lapar dr Si Kembar. Ibu depa dok belajar,depa dok buat mogok lapar. Kesian Nora. Lepas kelas, kena cepat-cepat cari makanan,sebab iman kuasa dua dah berdemonstrasi kat dalam. Terpaksa tahan ja lah sakit yang di buat anak-anaknya. 


Dua-dua orang pandai..
kalau tak dapat makan dua-dua memberontak. Tak senang duduk kat dalam perut ibu. Kasih ibu membawa ke syurga. Ibu mana tak sayang anak kan.

" iman,iman sabar lah, sat ja lagi. Kesian ibu.Belajar besabar ya iman-iman"

Xsabaq nk jumpa iman kuasa dua. Jgn lupa Kita p kls sma2 tau. 

Monday, April 02, 2012

KEMBAR


Alhamdulillah...
Pagi tadi ibu Iman pergi scan..
OK
dapat good news..
~ IMAN KEMBAR~


Mula-mula scan dokter macam pelek bila nampak banyak kaki
" Asal ada empat kaki ni?"

Dokter pun gembira sangat bila dapat tahu Iman ada kembar.
Cuma dokter cakap, mungkin kembar lelaki dan perempuan 
sebab..
yang kat atas tu besar,yang kat bawah tu kecik..

Baru semalam dok cakap pasal mengandung anak kembar.

Alhamdulillah..
semoga IMAN KUASA DUA dan ibunya sihat ..
Iman kuasa dua jangan nakal-nakal ya kat dalam perut ibu..
kesian ibu..dah lah kecik..
nak jaga iman kuasa dua pulak..
jadi anak yang baik ya..
 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.