Pages

Ads 468x60px

Labels

Monday, September 12, 2016

Aidiladha 1437H

Kebosanan pulak d mlm raya kedua ni.

Menanti penuh debar jgak sbnrnya.

Miza asma. Sejujur jujurnya..mmg ak xsuka miza asma d perlis..

Sbb?

Jauh dr hospital serdang..hospital yg selalu dia pegi. Keadaan skrg lg lah..miza dh officially stay d srwak. So, segalanya hanya hospital srwak yg tahu.

Ak plk dh 8 bln xjaga dia. Ubat yg dia allergic pn dh makin bertambah. Nab sekali je sehari. Kalau ambik lebih..nanti dia sawan.

Feeling aku skrg ni..rsa nk pegi beli tiket balik nilai sekrg jgak.

Sambil ketaq lutut menanti d luar kecemasan, ak bmesej dgn suri.. feeling2 mcm suri teman ak mcm biasa. Sabar kn ak, bg semgt. Ak mmg cuak mlm ni. Sbb miza sawan lagi.

Nyamok plk, tanpa segn silu dok curi darah ak. Hampir pkul 2 pagi, dokter perempuan, india pnggil ak.

"40 mnit sawan tanpa henti, kita trpksa intubate, bg bantuan oksigen. Jadi kita masukn dia ke icu lah ya"

Allah, icu lagi.
Intubate lagi.

Ak balik,
Golek2 dlm bilik smpai pkul brp trtidur pn al xpasti..yg pasti sedr2 je subuh.

Hari kedua Aidiladha,
Miza sawan 3x. High dose dh ubt yg di bagi.. dia d tidurkan

Aidiladha ketiga,
Miza ada sawan lagi. Tp hari ni, ubat d kurgkn. Skrg mmg brgntung pada miza 100%. Dia yg control sndiri. Sbb hasil pmeriksaan, xdpt jumpa penyebb sbnr dia sawan.

Aidiladha keempat.
InsyaAllah, ptg nnt kalau xda apa, tiub akn d buka.
Ak bwa gula2, ni wajib..utk elak dia muntah. Tp ada 1 mslh lain. Miza xnmpk. Allah.. lagi skali ak cuak.. mcm mna ni. Cerita lah dgn suri. Suri ckp gangguan tu, jgn biarkn bnda alah tu mainkn ak buat kesekian kalinya. Ok, ak tenang sikit.

Aidiladha kelima,
Dokter pakar nk jmpa. Diaorg baru tahu miza xnmpk. Bincang punya bincang. Ok, boleh balik hr ahad.

Alhamdulillah.
Pndgn miza d pg isnin ni makin jelas.
Terima kasih Allah.
Alhamdulillah.

Thursday, September 08, 2016

Suri

Post kali ni khas utk cik suwi,

Akhirnya,
11 september 2016, suri betul2 balik sabah.

Kjadian 1 pg, time sarapan..

" kak pijot, aku dpt krja tetap ti sabah, mcm mna ni?"

" Alhamdulillah, ko pegi lah"

Ak rsa, dia risaukn ak, ye lah..Miza dh balik srwak, Saiyidah dh balik tggl d ptrjaya. Yg tggl skrg, ak n suri je. Yep! Berdua je.

Rancgnnya, bln 12 nnt Suri akan balik sabah, n krja d sna. Tiba2 dpt panggilan  krja awl. 15 september dh kena strt krja.

Maka, raya haji d perlis pn kena lah cancel. Spatutnya peraatuan mahasiswa sabah akan raya haji d perlis tahun ni, n perncgn awal, diaorg nk beraya d lg.sg .bugis.. kampung ku tu..jd suri boleh la joint aku balik raya d perlis..dua dlm 1.

Suri,
Akk ok lah,
Ceritanya, tahun depan kena hidup sorg jgak kn..maka pasrah la akk. Mgkin Allah nk didik akk hdup berdikari dr skrg..tahin dpn xda lah gelabah biawak kn..hiiiii.

Xboleh nk describe btul2 perasaan akk msa ni. Dh betul2 kenangan nsk321. Bila suri fly balik sabah..maka dgn rsminya kita bawak haluan masing2..tears.

Bkn sikit bnda yg kita hadap sma2.
Saat rsa down..ko bg smgt. Dh mmg smua sedia maklum, kita kenal sbb miza sakit.

Org lain mgkin nmpk akk jga miza. Tapi tanpa korang akk pn xkn kuat jaga miza. Bkn skit n kcik bnda yg kita hadap sma2.
Miza hilang ingatan, miza hilang penglihatan..semua tu buat akk rsa down sgt..sedih tu, suri, saiyidah, ina n nisak yg pulihkan. Sampai org tgok gaya kita trlbh rileks. Miza kena gangguan, kita ketawa lagi.

Korang mmg ajar akak..hidup ni, kena hadapi dgn tenang. Tapi akk belum habis beljar, sorg2 dh pegi..akk belum cukup tenang nk hadapi hdup ni sorg2..rsanya lah..ke akk poyo je sbnrnya?

Akk nk jd mcm suri, dtg lah mslh dr sudut apa pn, tetap tenang, tetap berpegang "hanya aku dan Allah sja tahu". Meluah hanya pada Allah.

Anak dan kakak yg cukup cekal!
Bangganya akk kenal suri.

Kawan yg sgt memahami.
Tiba2 akk mood swing. Sabar je ko suri. Sabar sgt ko layan akk, suri. Terima kasih byk, byk byk utk ksbrn tu. Smpaikn akk termalu sndiri dgn akhlak mek ngot akk.

Maaf jgak utk itu ini. Mksdnya byk lah tu akk buat salah dkt suri.

Nk jadi ank yg baik mcm suri.
Nak jadi kakak yg baik mcm suri.
Nak jadi kawan yg baik mcm suri.
Nak jd usahawan yg baik mcm suri.
Nk jd guru yg baik mcm suri.
Nak jadi mcm suri.

Semoga suri berjaya dunia akhirat.
Semoga kbhgiaan milik suri.
Semoga apa yg suri hajati menjadi kenyataan atau d gantikan dgn yg lbh baik.

Semoga kita bersahabat hingga ke syurga..

أمين،
أمين،
أمين با رب العالمين.

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.