Pages

Ads 468x60px

Labels

Friday, July 13, 2012

The Best housemate

Tahun pengajian bagi sesi 2011/2012 aku di tempatkan di Kolej kediaman Sutera Indah. Alhamdulillah aku sangat bersyukur. Sebab ?heheheeheh..dekat dengan giant dan tesco.  Nak pergi sana jalan kaki jerrrr..

Ok balik pada cerita asal kita..Terlupa lah pulak nak catat tarikh masuk Sutera Indah, tapi yang pasti aku duduk Blok B, tingkat 3, rumah n0.1 and bilik pun no.1.

Senarai nama housemate aku? Secara jujurnya masa sem 3, aku tak kenal semua nama dalam rumah aku.

 Bukan banyak orang pun, lapan orang jerrr..tapi tu pun punya teruk aku nak ingat..sangat dahsyat kan insan yang bernama Norhafizah..haiyyyya.

Awal sem 4 pun masih kurang mengenali antara satu sama lain. Aku jerrr lah, yang lain semua ok, aku memang tak pandai berinteraksi kan? Kalau bertegur sapa pun, just untuk  perkara normal, bergurau senda jauh sekali..Haish..teruk betul Si Princess Pelangi nih.


Ujian Allah
Perancangan dan aturan Allah tiada siapa yang tahu. Allah menurunkan ujian buat hamba-Nya, dan ujian itu tanda kasih-Nya buat kita. Itu pasti! Housemate ana diuji. Alhamdulillah, disebalik ujian yang Allah turunkan pasti terselit hikmah di sebaliknya. Salah satunya, terjalinnya ukhwah yang tidak pernah aku sangkakan. Ianya terlalu indah. Segalanya dilalui bersama, pahit, manis, suka, duka, kami tetap bersama. Ujian Allah juga salah satu rahmat Allah buat hambanya.

Pagi yang Indah
Selama hampir dua tahun di bumi Nilai, sekali pun aku tak pernah keluar berjoging di waktu pagi..eh, petang pun tak pernah lah..heheheheh. Tapi ukhwah yang terbina mengeluarkan aku dari melakukan perkara biasa-biasa. Kami habiskan pagi yang indah dengan berjoging di Dataran Nilai. Penat? Memang lah..sebab tak pernah bersukan.. masa duduk Kolej Kediaman 1(KK1) dulu ada lah jugak sukannya..itu pun sebab kena jalan kaki pergi kelas..huh!

Tak pernah-pernah aku sarapan pagi dekat luar, and for the first time in bumi Nilai, ana and my housemate .,has a breakfast at As-Salam..


Kelas Khas

Kelas khas ni di tubuhkan semasa time exam. Seronok betul kami belajar bersama. Guru kami dah pasti Mazyyah Osman. Dlam kelas tu ada Adudu, Bagogo, Intan Payung and yang lain-lain lah. Best sangat masa ni. Terbaik.

Sementara nak tunggu masuk sem 5, kami bercuti dua bulan.Maka buat pertama kalinya, aku rindu nak balik USIM.sebelum ni..aku tak pernah ada perasaan pun nak balik USIM.Cuma kalau tak payah balik USIM terus lagi bagus..itu dulu. 

Tapi sekarang, Allah saja yang tahu, dalam diri aku dah ada rasa rindu..rindu nak bersama-sama housemate aku. The best lah housemate aku tahun dua. Semoga ukhwah ini terus kekal...perkara penting sekarang ni..aku rindu budak-budak ni.

Anak murid

Alhamdulillah,
isnin lepas aku di minta menggantikan ustaz Asri,
Ustaz sekolah rendah aku, sekolah Rendah Agama Al-Islahiah (SRAI).

Aku diminta mengaja Tilawah quran,tahun 2 dan Sirah,tahun 3.
Masa mengajar 2A dan 3A, aku masih ok.
tapi,


bila mengajar kelas 2B..
masya-Allah..
serabut!
maka free-free je dapat ceramah free dari aku.
Alhamdulillah..diam juga akhirnya..
TAPI
cuma dapat bertahan setengah jam saja.
Sabor jo lah.






Anak murid yang sangat nakal,
tapi insya-Allah kenakalan itu yang akan buat mereka lebih matang kelak.
kenakalan yang membawa mereka meneroka dunia.
cuma kenakalan itu perlu dipimpin.
jangan hanya mengharap pada guru untuk mendidik anak-anak,
peranan ibu bapa itu lebih penting dan utama.
Ini pendapat peribadi aku.

Iman Kuasa Dua

Alhamdulillah,
tanggal 2 julai 2012,
sahabat ana, Norapiza selamat melahirkan si Kembar.
Walaupun taak cukup bulan,
Alhamdulillah,
anak-anaknya di lahirkan secara normal.


ni adik,
Aresa Nur Iman.


ni kakak,
Nafisa Nur Iman.
Kakak terpaksa di masukkan dalam balang,
berat dia 1kg lebih ja.

Alhamdulillah,
sahabat aku, dah boleh keluar hospital,
cuma anak-anaknya masih di wad.
Mohon doa dari semua.
~semoga iman kuasa dua sihat~

JOHOR

Alhamdulillah, jumaat lepas, Allah memberi kesempatan pada aku untuk ke johor. Ni kali kedua aku menjejakkan kaki ke johor, first time dulu masa 2007.Lebih kurang lima tahun yang lalu..lama sudah! Kalau 2007 ke johor bharu, 2012 aku ke batu pahat, rumah saudara sahabat rumah aku. Ada kenduri kahwin keesokkanya, sabtu.Aku berempat dengan Mizah, Suri dan saiyyidah.

Kami  naik bas pukul 2.30 petang di Terminal 1, Seremban,lebih kurang  pukul5.30 patang kami sampai. lebih kurang tiga jam jugak lah..

Sampai ja kat sana, Mr. Hafiz datang jemput kami di stesyen bas. Sampai sana, sanak saudara tuan rumah dah ramai berkumpul. Malu lah pulak nak masuk rumah..aduh!tapi apa cerita pun kena masuk jugak lah..langkah kaki kami berhenti di ruang tamu. bersalaman dengan saudara-saudara sahabat aku.

 Ok,ada sesuatu yang merungsingkan aku, BAHASA PERANTARAAN. Semua yang hadir, menggunakan bahasa bugis sebagai bahasa pertuturan. Aduh mak! walaupun aku tinggal dekat kampung sungai bugis, tapi tu hanya sekadar nama kampung. Aku tak faham satu habuk pun. Aku hanya mampu senyum. Ramai saudara dari sarawak dan indonesia yang dah sampai. Yang dari indonesia tu aku faham lah juga bahasanya..hehehe. Pengaruh sinetron sikit!





Kiuh minum petang kami..sangat comel kan? Aku suka,sedap!

Malam kenduri dekat sini dah macam hari kenduri..makan dekat khemah..

Lepas bersembang sikit-sikit, sikit ke..boleh tahan lah bila perempuan sembang..tak daknya sikit sangat..lepas tu kami tidur di bilik pengantin, pengantin laki tidur dekat mana entah..heheheh.. pinjam bilik ya..

Hari kenduri, lepas makan tengah hari, kami empat orang berkurung dalam bilik ja. Masa pengantin perempuan datang, aku just jenguk dari bilik kejap ja. Alhamdulillah, bangun dari tidur petang tu,sakit dah hillang.




ni berakfast time..


menu sarapan pagi..
roti keping tu cicah dengan soup taw..
terbaikkan?


Sebelum lunch time..
tak ada kerja,,maka kami sepakat untuk bersiar-siar.


kami tak tahu pun tema hari ni kuning..
tapi
sedondonkan kami..heh

Dua orang budak kecik ni dari indon,
comel sangat!
yang lelaki tu, abang. Yang perempuan tu adiknya lah..
pakaian budak-budak ni dah macam pengantin pulak..
nasib lah kecik lagi.


ni menu makan tengah hari kami.


taraaa..
ni pelaminnya..cantik!

Sunday, July 01, 2012

BARU SEMALAM

Aku baru pulang dari TESCO dengan sahabat rumah aku, Mizah. Aku baru berniat untuk menyambung menonton drama Cinta Si Tukang Kasut yang tertangguh seketika tadi. Tiba-tiba sahabat sebilik aku, Mazyyah berlari ke hadapan bilik kami, menangis sambil berbicara dengan entah siapa 
gerangannya di talian , aku pun kurang pasti. Bila Mazyyah mula menangis,saat itu, jantungku mula berdetak laju. “ Pasti ada yang kurang baik ”, ini cuma kata hati aku, belum pasti kebenarannya.

Suri, seorang lagi sahabat rumah aku yang masih belum pulang ke kampung halaman, mula melangkah menuju kearah Mazyyah, cuba menenangkan Mazyyah yang sudah mula teresak-esak menangis. Kami bertiga tertanya-tanya, apa yang sebenarnya berlaku. Lama aku cuba menangkap bicara Mazyyah dengan kakaknya.



“Bila tak ada kak wan?”.

“ Innalillahi wainna ilaihiraji’un.” Lafaz keramat itu terbit dari bibir ana. Kini aku faham, dan pasti apa yang berlaku. Ibu yang dikasihinya telah dijemput Ilahi setelah lama bertarung dengan sakit barah usus.

Sayu hati bila Mazyyah cakap “ saya baru beli madu tu untuk mak”. Allah hu akbar! Hebat sungguh ujian Allah buatnya. Tak terbayang aku jika berada di situasinya..

Sambil mententeramkan sahabat aku, aku mula mendail number sahabat-sahabat yang lain, cuba mencari insan-insan yang berhati mulia yang sudi membantu menghantar Mazyyah pulang ke Segamat,Johor. Bas terakhir untuk ke Segamat pada pukul 7 malam, jadi bas ke segamat dah habis. Setelah beberapa ketika, Zuldaus menyatakan persetujuannya untuk menghantar Mazyyah.


Tiba-tiba, aku dalam dilema! Teman Mazyyah pulang atau ke Darussyifa? Mazyyah perlukan sokongan tika ini, dan peneman semasa pulang nanti, dalam situasi lain, tak kan aku nak biarkan sahabat aku berdua sahaja ke Darussyiffa malam ni. Mana satu pilihan ana? Alhamdulillah, Allah membuka jalannya. Abang Mazyyah akan pulang bersamanya. Jadi aku biarkan Mazyyah pulang bersama abangnya, dan aku ke Darussyifa. Lebih kurang dalam pukul 8.30 malam tadi, Mazyyah , Bukhari (abang Mazyyah), Zuldaus, dan seorang lagi sahabat zuldaus bertolak ke Segamat.

Baru semalam…

Baru semalam kami duduk berbicara. Bicara kami bermula semasa di Darussyifa. Ustaz Bukhari yang memulakannya. Banyak kata-kata nasihat yang di berikan kepada Mazyyah, secara tak langsung kepada aku dan Suri juga.

“ Saya rasa tak cukup lagi apa yang saya buat untuk mak saya”

“ Kamu jangan rasa macam tu, kita sebagai anak, tak akan mampu membalas jasa ibu bapa kita, walau apa pun yang kita buat. Mak ayah kita jaga kita 24jam, sekurang-kurangnya sampai kita umur lima tahun. Tapi kita, kita tak boleh ada dengan diaorang 24jam. Kita belajar, kita kerja, jadi kita tak boleh ada dengan diaorang 24jam.”

Pesanan ustaz yang paling menyentuh hati aku.

“ Jangan..jangan letak sayang kita pada mak ayah kita melebihi sayang kita pada Allah SWT.”

Pesanan ustaz yang satu ini sangat bermakna buat aku. Aku sedar, sebagai anak, kita perlu redha dengan pemergian kedua ibu bapa kita. Kematian itu pasti. Bila kita meletakkan cinta Allah itu yang tertinggi, pasti kita tidak hanyut dalam kesedihan ketika orang yang kita sayangi pergi menghadap-Nya.


Ada iman yang 

menjaga kita dari terus hanyut dalam kesedihan yang berpanjangan.

Ada iman yang menjauhkan kita dari sifat putus asa untuk hidup.

Ada iman yang menghalang kita dari menjemput mati sebelum tiba masanya.

Ada iman yang menjadi tiang penguat untuk kita terus hidup sebagai hamba Allah sehingga ke hela nafas yang terakhir.

Iman itu tanda cinta kita pada Allah,

kekasih yang tertinggi.


Ustaz dapat merasai apa yangn dirasai Mazyyah kerana ayahnya juga pergi menghadap Ilahi kerana sakit yang sama, sakit barah.

Tak ketinggalan, ustaz menitipkan doa-doa yang boleh di amalkan oleh pesakit barah. Contohnya surah as-Safat dan surah al-Qalam.

Yang mana lagi sakit?

Baru semalam kami berbahas tentang yang mana lagi saki!

Tanya Mazyyah pada ana,“ Akak, yang mana lagi sakit? Kita dikejutkan dengan berita kematian secara tiba-tiba atau menerima berita kematian orang yang kita tahu dia sedang sakit?”

“Secara peribadinya, bagi akak, terima berita kematian secara tiba-tiba lagi sakit. Sebab kita tak ada sebarang persediaan. Minda kita tak pernah terfikir pun tentang perkara tersebut. Kalau berita kematian orang yang memang sakit, walaupun tak banyak, ada juga peratus persediaan yang kita set kan dalam minda kita, bahawa satu hari nanti dia mungkin akan pergi meningglkan kita kerana sakinya.”

Yang mana susah nak hilang?

“ Tapi saya rasa, sedih orang yang pergi kerana sakit lagi susah nak hilang.” Mazyyah masih bicara dalam lingkungan topik yang sama.

“ Mungkin jugak, Tapi apa-apa pun depend pada cara seseorang tu menerima berita tu juga. Iman menentukan segalanya.”

“ macam manalah ramdhan dengan raya tahun ni?” Mazyyah bertanya.

Semoga Allah meminjamkan kekuatan kepada Mazyyah dan keluarga untuk mengharungi ujian ini. Tadi semasa berada di Darussyifa, aku terfikir satu benda, aku nak balik peluk mak! Ketentuan Allah pada kita esok hari, adalah rahsia-Nya yang tak mungkin terjangkau oleh pengetahuan kita yang terbatas. Sebelum terlambat, peluk dan sayangilah ibu selagi mereka masih ada.

Setiap Kali
Album : Mini Motivasi
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com


Setiap kali mendapat nikmat
jarang kusedari itu pemberian-Mu
terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelahku sahaja

setiap kali ditimpa musibah
kumengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa pada-Mu Allah
tempat kembali segala masalah

oh Tuhan Yang Maha Penyayang (...maha penyayang..)
leraikanlah aku dari keluh kesah (..uuu..)
yang membelenggu jiwa dan fikiran (..dan fikiran...)
ditambah dengan hasutan syaitan (..uuu..., haaa)

kurniakanlah kepadaku ketabahan (..ketabahan..)
singkapkanku hikmah segala ketentuan (..uu…)
Moga sinar-Mu berikanku pedoman (…pedoman..)
Hanya pada-Mu segala ketetapan (…haa…)

(backup)
oh tuhan yang maha penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan
durjana yang sentiasa mengarahku
kepada kemurkaanmu
kurniakanlah kepadaku ketabahan
tunjukkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah kau redhailah diri ini


seandainya diri ini
mampu meraih cinta keredhaan-Mu
seandainya akulah insan yang terpilih
pimpini hidupku
 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.