Pages

Ads 468x60px

Labels

Friday, July 29, 2011

KEMBARA HAFIZAH : HARRY POTTER



Harry Potter and The Deathly Hallows part 2



Aku tak pernah fanatic dengan filem ni,tapi ikut lah juga. Dari Harry,Harmoni dan Ron comel sampai lah dah segak bergaya dan cantik. Kiranya macam membesar dengan cerita nil ah juga kan?Alah banyak ja orang macam tu kan?

ha yang ni memang kacak..tak setuju dengan aku tak pa,tak kisah..huh



Kisah sihirnya jangan lah dijadikan ikhtibar,Nampak sangat terpesong akidah. Kisah persahabatan,sangat hebat. Percintaan?tak kurang hebat,hebat sabab walaupun cinta tak berbalas,dia masih tetap setia sehingga sanggup melindungi anak kekasih tak jadinya tu,anak tu mestilah Harry Potter. Dasyat ?boleh lah,tragis lah juga.


Bukan cerita ni yang aku nak angkat untuk entri kali ni.

Kali ni,kisah aku dan sahabat sekolah menengah dolu-dolu. Depa ni lah yang ajak aku keluar tengok wayang. Seronok. First time aku tengok versi 3D. Best pengalaman ni,memang tak boleh beli dimana-mana. Tapi pengalaman memang tak boleh dibeli pun kan?bukan pengalaman tengok wayang guna 3D saja kan?

Masa masuk dalam panggung wayang tu,aku dan sahabat 5orang,ada 4 orang belakang aku. Mak ai,macam panggung ni aku yang punya lah pulak. Apa lagi,BEBAS melakukan apa saja. Bila kami bersama memang banyak lah celotehnya. Islamic habis cerita Harry Potter. Habis diolah kami lima orang. Macam nil ah kami.


Kami sampai rumah Midah,dah asar dah,so solat dulu. Dah tu sambung bergosip sambil makan cucur pisang dengan air oren ais. Tak sesuai tapi telan juga lah. Kak Long hantar Norni dulu,dah tu balik Padang Besar dengan Sofia.Aku? midah lah hantar balik.


Sampai rumah,apa lagi..midah kutip novel lah. Brapa entah dia pinjam. Dah tu kami bersembang. Topik? SEMESTINYA POLITIK MALAYSIA. Memang gila betul polotik Malaysia sekarang. Habis semuanya nak dipolitikkan. Pendidikan pun tak terkecuali..


Pilih lah pemimpin berdasarkan agamanya,Insya-Allah tidak akan rugi. UMNO,PAS,PKR,DAP,MIC,MAC dan tah apa-apa lagi..semuannya ok selagi perjuangkan ISLAM. Masuk kubur Malaikat tak Tanya bangsa apa?tapi agama apa? Allah memuliakan hambanya berdasarkan ketaqwaan buka berdasarkan kekayaan..fikir dan pilih dengan hati bukan dengan minda.

Penutup cerita, lain plk ya..bukak td tajuk lain.

SUNGAI PETANI.

Semalam dah rancang,pagi ni lepas subuh nak bertolak ke Sungai Petani,rumah pak ngah. Aku pergi dengan maksu,paksu,adik arfah dan dua orang sepupu aku. Tapi bila subuh menjelang,lain pula kata hati aku,”Tak mau pi lah,bukan ada apa pun,malas betul bab-bab kena keluaq rumah ni. Dah tu mesti lama. Malas-malas.”



Jeng-jeng..


Aku tukaq fikiran disaat akhir. Sebab?
Ukhwah,tali persaudaraan. Niat aku kerana Allah suka kepada hambaNya yang menyambung tali persaudaraan dan menjaganya. Dengan niat inilah tergesa-gesa aku bersiap. Alhamdulillah sempat.

Dekat pukul 10 kami sampai. Sepanjang jalan aku tak putus-putus tengok kurniaan Allah,rezeki Allah.. RAMBUTAN,tergugat iman. Rambutan dekat sini macam buah mangga dekat PERLIS. Kalau aku punya pokok semua tu,dah habis agaknya. Siap panjat pokok lah jawabnya..huh ganas..



















Bila ramai-ramai ni,mesti lah best. Mana taknya,kami masak ramai-ramai. Aku dan adik arfah dan dik ah,bako ikan. Mak ai sodap betul. Alahamdulillah,rezeki Allah melimpah ruah hari ni. Ini lah kesempatan yang tak akan aku rasai kalau ak tak tukaq fikiran. Alhamdulillah masih diberi kesempatan ini..masih diberi peluang menyedut oksigen.









Lepas makan?
Pergi Pantai Merdeka. Subhanallah,Allahuakbar..indahnya ciptaan-Mu. Tidak akan pernah ada tandingan.





Selepas berendam,bukan aku ok,adik wani..dia boleh lah,kecik lagi..aku dah tua. Huh sedar diri pun kan?




Balik rumah pak ngah terus solat zohor dan bertolak balik PERLIS DARUL SUNNAH sekarang ni bukan lagi INDERA KAYANGAN. Macam-macam lah..




Apa pun,Alhamdulillah Allah menjentikkan rasa di hati untuk menukar fikiran untuk ke Sungai Petani. Nikmat Allah tidak akan pernah terhitung..

Thursday, July 14, 2011

HB Muhammad + Mak

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.


(Al-Hujuraat:006)

Hari ni adik Muhammad aku balik dari PERAK..rindu pulak dekat budak sorang ni..yolah,budak yang selalu gaduh dengan orang,selalu nagis bila tak dapat apa yang dia nak,budak yang manja sangt..dah lah semua orang panggil dia 'ADIK'..nak juga orang panggil aku 'ADIK'..sulung tetap sulung..tak danya kan,

hah..kalau kawin dengan orang yang ada kakak or abang,mugkin aku punya kesempatan tersebut..heheh

bermimpi di siang hari plk, heh



hehehhe..adik Muhammad masuk ja rumah..


suprise...selamat hari lahir adik dan mak..birthday adik muhammad dah lepas sebenarnya..2 julai,,birthday mak tak sampai lagi..21 julai..tapi sambut sekali lah..huh


nampaknya..bulan julai ni SANGAT bermakna ya..heh

Saturday, July 02, 2011

Tahniah B-18




Alhamdulillah..





Itulah kata-kata pertama yang terkeluar dari mulut aku ,setelah menanti dengan penuh debar,akhirnya Allah mengurniakan tempat pertama untuk video ALSP.

Bagi para pelakon dan krew,terbaik lah anda semua. TAHNIAH!!!
Vdeo ELSP,Alhamdulillah..sekali lagi rezeki berpihak pada kumpulan kita. Tempat ketiga pun dah kira ok sangat. Usaha kita semua tidak sia-sia. Kerjasama untuk menyiapkan video ini agak tinggi. Rasa tenang sikit. Tak lah serabut sangat. Debarannya juga kurang,..peranan tu tak banyak sangat..huhuhu



Apa pun group b-18 memang terbaik lah..


Saat meraikan kejayaan,ustaz Azlan Shaiful tak dapat hadir,sebab dia salah seorang tenaga pengajar imam muda 2,semalm yang final,so,dia tak dapat hadir,sir pun sama. 



Namun ada hikmah untuk semua yang terjadi kan?

Antara hikmah yang aku dapat,Jangan buat cetak rompak,untuk menghasilkan sebuah cerita,banyak keringat yang tertumpah yang tidak akan terbayar dengan wang ringgit..Ada juga perut yang terisi dengan kerja2 pembikinan filem/drama. Bagi aku, menyokong cetak rompak sama dengan menyokong pencuri dan membeli barang curi..apa hukumnya ya? renung2 kan dan selamat beramal..


Apa pun aku tutup entri kali ini dengan huluran kemaafan..maaf kerana aku juga seorang manusia..punya rasa dan perasaan..yang terkadang penuh dengan kealpaan dan khilaf..
 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.