Pages

Ads 468x60px

Labels

Tuesday, June 21, 2011

SHOOTING TIME..

Memperkenalkan,
HANA, merangkap penerbit cerita pendek kitaorg.


Penat sangat shooting ni rupanya..tak semudah mata melihat untuk menghasilkan sebuah cerita or drama..so jangan dok buat cetak rompak!!!

Sja suka2 plok bear ni. Pinjm buat prop.

Yang bawah ni penolong pengarah..masih setia bersama aku..Nora Lena nama dia versi baru..suasana meriah dengan adanya dia di lokasi,penambah seri dan penawar penat ni. Tapi sorry ya..not available,dah tunang dah pun. Ni,part dalam office,punyalah susah cari pejabat..bila dah terdesak baru dapat idea macam2..


Shooting yang hari ni yang paling best,sebab aku tak penat sangat,ada pembantu pengarah yang sangat berpengalaman..sonang kerja den. Mantap betul dia ni..beribu terima kasih untuk semua pertolongan yang telah di hulurkan.

Ini sence romah orang kaya,perrghh..bahagian prop cari rumah yang memang kaya betullah..tuan rumah pun baik dan ramah. Sebelum balik,kami dihidangkan dengan spegeti..sedappppp...




Anak durhaka..tak mengaku mak bila dah kaya..yang suami pulak blurrr sangat kan?sebenarnya dia dah mengantuk tu..huhuhuhu..sabor jo lah..hayati watak tu ya para pelakon..


Moga-moga segala penat lelah kami ini berbaloi..tidak mengharapkan kemenangan,namun mengharapkan hasil yang terbaik..AMIN..


MELLINA KUNDANG..cooming soon

tayangan serentak di DKU,FPQS..huhuhu


 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.