Pages

Ads 468x60px

Labels

Thursday, January 26, 2012

SELAMAT HARI LAHIR KE -22

Alhamdulullah..
dah tua dah aku. Dah 22 tahun ma. Tak ada sambutan dengan kawan-kawan kali ni. Cuma dua hari sebelum 18 januari kami, keluarga USIM sambut birthday ramai-ramai. Kami sambut untuk empat orang sekali gus.Jimat sikit huhuhu..


Sambut birthday Kak Chik,25/12/1990, Along 15/01/1990,aku 18/01/1990 dan ucu 25/12/1991.


 Aku dengan Kak Chik


Aku dengan Kak Ngah.


Ucu kat tengah tu.huhuhu


Aksi-aksi mesra . Mesra lah sangat kan. I dengan kak Ngah macam dah adik beradik. Dari sekolah rendah sampailah universiti,kami sekali kot. Cuma tingkatan satu,dua dan tiga kami tak bersama. Selebihnya kami sekelas. Lama kan? Sebelum ni tak lah rapat sangat,cuma bila kita berjauhan dengan keluarga,sahabat adalah segalanya.

Terima kasih semua.

Barakallah

 Alhamdulillah...
Dua orang adik beradik dalam Family USIM telah selamat diijab kabulkan. Andak dan kak Chik. Kita cerita tentang andak dulu ok.



Kalau tak silap ni time nak akad nikah. huhuhu teka ja sebab aku tak turut serta dalam majlis tersebut. Ni majlis sebelah pengantin perempaun. Sebelah pangantin lelaki insya-Allah bulan tiga nanti.


Penyerahan mas kahwin.



Gambar ni jelas dan terang gambar pengantin perempuan dan pengantin laki kan. Dua -dua masih belajar. Andak mestilah dekat USIM jurusan sama lah dengan ana BAHASA ARAB DAN KOMUNIKASI. Wife dia study di INSANIAH jurusan USULUDDIN.




 Subhanallah indah sungguh ciptaan Allah yang satu ni. Cantik sangat lah wife andak ni bagi aku. 





Selesai cerita andak..
kita masuk cerita kak Chik..tak ada gambar lah nak post coz 29 ni baru nak buat kenduri. Akadnya sudah, bulan 12 lepas. Yang paling tak tahan,kak Chik bagi hadiah birthday aku buku tentang perkahwinan. Dia kata ambil berkat.Ramai pulak yang doakan aku kahwin cepat..
Kedua-dua pasangan ni dari pahang dan bertemu jodoh dengan orang pahang juga. Alhamdulillah orang dekat. Mudah kan.
Semoga bahagia sehingga ke akhir hayat. Amin.

Kenduri Nisak

24/12/2011
Hari bersejarah bagi Nisak kawan aku. Alhamdulillah dah jadi isteri orang dah dia. 
Ok,kita tinjau menu hari tu dulu ok..






Hah..sedap kan..lazat lah,sebab semua ni menu untuk pengantin.

This is my friend,Kahirunnisa Mohd Ali.


Midah and Nisa

 Nisa and I


Midah jadi pengapit hari tu..cun kan?


 Time makan beradap..tapi duduk tak beradap pun. Huhuhuhu..a pun join sekali ok..tukang masak import jauh ni,dari nogori sembilan..

Ni dua orang anak dara. Sempat lagi tu..


Pencuci mulut,habis kami hentam kami dua ja..kua3


Bila dia tinggal suami dia kat luar ang masuk posing kat dalam umah..haiyya..


Ok..midah pun tumpang posing sekali..



Ni semua hantaran dari pihak laki. Sebelah laki buat 25/12/2011. bertemakan warna hijau.
Nisa,Semoga bahagia ke anak cucu. Amin.


DENGARKAN KATA HATIKU

Warkah ini ditinta kerana bibir tak mampu melafzkannya..
Bacalah bicara hati yanng tertinta ini duhai sahabat. Aku tahu kau sayangkanku kerana-Nya. Terjalinnya ukhwah kita kerana-Nya. Kau juga mahu ukhwah ini berjalan dan bertahan kerana-Nya. Aku ucapkan ribuan terima kasih kernana menghulurkan tangan persahabatan di saat aku keseorangan tidak berteman.



Kisah kita bermula saat kita dijodohkan untuk bertemu di bumi barakah USIM. Alhamdulillah,aku dipertemukan dengan insan-insan yang berhati mulia.Kita sekelas semasa di kampus. Kita berjiran semasa di kolej. Saat kita bertemu, aku punya prinsip yang utuh yang ku sematkan dihati. Prinsipnya, pertama,persahabatan yang terjalin tidak boleh terlalu utuh. Sebab? sebabnya aku pernah difitnah kerana sebuah tali persahabatan. Aku fobia dengan hubungan yang bernama 'persahabatan'..Aku serik. Sekali lagi,orang tak akan tahu apa yang terjadi selagi tidak merasainya sendiri. Nasihat aku kat sini, jangan main cakap saja. Cubalah soal selidik dulu apa yang berlaku. Tutup sejarah dulu..tak perlu dikenang sebab kadang-kadang boleh membuatkan hati tidak ikhlas dan mengungkit apa yang tidak perlu. Biarlah ianya tertanam nun jauh kedalam lipatan sejarah. Jika biarlah ianya lenyap seiring berlalunya masa.

Lepas kita bersahabat sekian lama,kau katakan aku tersenarai dalam list kawan baikmu. Aku berfikir panjang sebab aku tak punya perasaan itu. Tapi dari sudut lain aku perli mengakuinya. Sebab masuk semester 2 kita lebih rapat. Segalanya kita kongsi bersama. Aku semakin dapat menerima semula perkataan 'kawan baik' dalam kamus hidup.

Saat badai melanda..
Badai yang dalam diam menghempas pantai hati masing-masing. Aku tahu,cuma aku sengaja keraskan hati untuk butakan mata akan semua yang sedang berlaku. Coz of what? Hati ini tak tertanggung semua tu. Ini lah saat yang paling aku tak gemari. Aku tahu kau kerap kali menitiskan air mata kerana memendam rasa. Ditambah pula sikap aku yang acuh tak acuh,tak ambil kisah,buat tak tahu dan seangkatan dengannya..

Saat aku perlu memilih..
Aku pilih dia bukan kau. Sebab aku yakin kau kuat. Kau mampu harunginya dan kau masih punya ramai teman yang mahu  menemanimu. Dia lain,dia lemah. kadang-kala dia tidak mampu berikir secara waras saat tertekan. Bukan tek pernah dia buat kerja gila,bukan sekali dua. Itu sangat merisaukan aku. Maaf jika aku pilih dia saat kau memerlukan aku.

Jika mampu,
aku mahu aku adil dalam sebuah ikatan persahabatan. Tapi aku hanya seorang insan yang punya satu hatu dan satu abtang tubuh. Aku bukan NARUTO yang boleh jadi banyak-banyak. Kalau boleh dah lama aku buat sebab aku nak bahagiakan semua orang.

Aku tahu kau sentiasa ada. Terima kasih untuk segalanya. A lot of thanks. Mugkin juga dimata kau,aku hanya mencarimu saat susah dan melupaimu disaat senang. Beribu kemaafan ku hulurkan. aku mahu semuanya selesai. Ketahuilah,aku aham jika kau tidak mampu bertahan untuk menjadi sahabat baikku. Carilah sahabat yang mampu bersamamu sentiasa dan tahu menghargai setiap yang kau lakukan.
 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.