Pages

Ads 468x60px

Labels

Wednesday, June 08, 2016

Baju Nikah Kawin

Ok, hr ni ak nk cerita tips nk beli baju sedondon.

Jgn sesekali rasa seng nk match wrna baju yg korg suka sgt tu, nak nak lg wrna yg alaf baru tu..hamboih, pecah lemak oi ronda cari kain sama wrna. Ni bkn cerita sehari semlm..cerita smpai berganti bln tau.

Ni kes ak nk baju siap jahit tinggal hulur 'doit' je, En.F pulak nk baju jahit ukurn bdn sndiri. Maka tak dpt lah nk beli kain yg sma utk baju kami kn. Bawa haluan masing2☺

Sush oooo..pusing Nilai, pusing Jitra n last sekali, pusing alor star. Alhamdulillah baru jumpa kain yg sama wrnanya. Blh tahan harga kain dkt si Gulatis. Nasib kain tu sgt2 d perlukan..kalau x, jgn harap En.Gulat nk dpt duit aku (padahal dia xkisah pong).

Itu belum kira cari tudung, veil n sampin, baru kisah baju. Tp baju kn mmg wajib sama, sebijik, sejibik. Tdung n sampin ok lg lah..blh ambik yg ala-ala.

Alhamdulillah, Allah mudahkn urusn utk baju kedua. Kalau baju kawin sama kaedahnya dgn baju akad, maka kurus lah hakak.

Td rsa mcm nk cerita pasal tips beli baju sedodon kang?
Hurmmm..mcm ni lah, kalau nk beli asing2..pilih wrna yg mudah dpt.
Cara yg paling seng, beli lah kain sekali, tak payah pecahkan lemak utk match kn kain kau dan dia.
Ha..kalau nk kawen,  baju sedodon dkt butik pengntin byk. P lah pilih mano ekau suko.

Kaedahnya kami, nk simpn kengn katanya. Mmg tersimpn kems la kengn kalau mcm ni kaedah utk sedodon. Smpai terpinggir lemak..kahkahkah😂

Mmg agak awal lh kmi cari baju nikah kawin ni. Sbbnya? Baju nikah kawin tu adalah merupakan hantaran ms brtung. So, ada arah sikit dulang hantaran kami tu..xda lah rsa mcm 'so adat/very melayu'.

Kalau rsa ada tips blh guna, guna lah. Kalau xda, padan muka, sapa suruh baca..😂😂😂

Sekian,
Terima ksh.

2 comments:

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.