Pages

Ads 468x60px

Labels

Friday, September 14, 2012

Demam Campak


بسم الله الرحمن الرحيم 

Sebelum ni,

Aku : mak, kak penah demam campak dak?

Mak : tak penah.

Aku :masa kecik-kecik tak kan tak  penah kot, mak?

Mak :tak penah.

Masa dekat-dekat nak cuti sem hari tu, adik arfah demam campak, aku dah cuak dah masa ni. Sampai ja rumah, adik arfah dah hampir sembuh, tapi adik Muhammad pulak yang demam. Aku memang ambil langkah berjaga-jaga. Tak basuh baju sekali dengan depa, tak share barang dengan depa. Lepas adik Muhammad sembuh, sepupu aku, dik Ah pulak berjangkit. Lepas Dik Ah, Adik Wani pulak. Memandangkan anak-anak mak su yang kena, aku bersyukur sangat. Maksudnya aku terlepas lah kan. Rumah aku dah bersih dari virus demam campak lah kan..heheheh

Tapi satu hari, bukan satu hari di hari raya...

Aku demam, boleh tahan panasnya. Seharian aku tidur. Pening kepala yang teramat. Masa dah dekat nak berbuka, adik Arfah masuk ke bilik

“ Kak, aku tau dah! Hang sakit badan kan?”

“ Ha lah, lenguh gila ni.”

“ Mesti ang nak demam campak!”

“ Hang tak payah nak doa yang bukan-bukan dekat aku na.”

Bila dengar adik Arfah cakap macam tu, aku dah tak senang duduk dah. Sebab, sebelum tu mak aku ada cakap dekat aku..

“ jangan demam yang bukan-bukan dah.”

“ demam apa mak? Demam, demam saja lah kan? Nak demam apa?” ( masih tak dapat tangkap maksud yang tersirat, yang mak bagi).

Pagi esoknya..
aku bangun tidur, and sesuatu yang mengejutkan bila tengok badan aku yang dah di penuhi bintik-bintik merah. Mula-mula aku masih menidakkannya..Tak boleh terima kenyataan! tapi bila adik Arfah sahkan.. Sedih sangat!  akhirnya..

Bila Allah kata kunfayakun..maka jadilah aku hamba yang terpilih untuk demam campak. 

Aku juga menjadi hamba yang terpilih untuk tidak bersanding dalam keadaan demam campak. Midah , kawan aku, selalu cakap dekat aku..kalau tak kena sekarang, nanti kena time kahwin. Memang aku doa tak jadi macam tu lah kan..sapa lah yang nak kahwin dalam keadaan sakit kan? Mesti tak mau kan? Jadi sekarang adalah masa untuk merawat parut demam campak.

0 comments:

Post a Comment

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.