Pages

Ads 468x60px

Labels

Friday, September 14, 2012

Aktiviti RAYA KE EMPAT

Ini bukan cerita hantu, ini bukan cerita tipu tapi ini cerita yang benar-benar belaka..

Alhamdulillah, hari raya keempat, aku, dik iti, abang jo ang mak su a.k.a U …ni bukan apa, ini kisah dudlu-dulu kala, masa kecik-kecik dulu, masa percakapan pun tak fasih lagi..jadi singkatan mak su adalah yu…heheheh..tapi panggilan tu melekat sampai sekarang..oh, melencong pulak cerita aku..kami berempat, tambah sorang lagi, adik wani sempat pergi beraya di abi, rumah wa di padang melangit, rumah pak lang man, dan di padang besar,rumah  wa nab.

Balik dari beraya…
ni belakang rumah..cantik kan?


Sampai dekat rumah..misin padi dah bersedia masuk kawasan rumah aku. Sudah tiba masanya menuai padi. Sawah belakang rumah je. 

Abang jo, suami Adik siti, tak pernah tengok cara menuai padi ..dia membayangkan cara orang dolu-dolu menuai padi..zaman tu dah lama berlalu. Zaman dah  moden sekarang ni. Teknologi banyak membantu manusia menyiapkan tugasan harian dan mempercepatkan pergerakkan manusia.





Memandangkan baru menuai..maka banyaklah ikan dalam sawah. Dah lama tak tangkap ikan . Masa zaman kecik-kecik dulu selalu betul tangkap ikan ramai-ramai..berkubang dalam sawah. Ya Allah rindunya masa tu..berlemoih(perkataan piour pegheleh ni) tapi best!

Maka dengan penuh rasa baghagianya petang tu, kami mengimbau kembali masa kanak-kanak dolu-dolu. Aku dan sepupu aku, ibu mengandung, orang Bandar dan sorang kanak-kanak bawah umur, menangkap ikan di sawah. sabor yo lah..aku tagkap ikan pakai jubah..memang gila lah..




0 comments:

Post a Comment

 

KATA-KATA HIKMAH PROF. DR. HAMKA

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.



Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'



Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.