Tahun pengajian bagi sesi 2011/2012 aku di tempatkan
di Kolej kediaman Sutera Indah. Alhamdulillah aku sangat bersyukur. Sebab
?heheheeheh..dekat dengan giant dan tesco.
Nak pergi sana jalan kaki jerrrr..
Ok balik pada cerita asal kita..Terlupa
lah pulak nak catat tarikh masuk Sutera Indah, tapi yang pasti aku duduk Blok
B, tingkat 3, rumah n0.1 and bilik pun no.1.
Senarai nama housemate aku? Secara jujurnya masa sem
3, aku tak kenal semua nama dalam rumah aku.
Bukan banyak orang pun, lapan
orang jerrr..tapi tu pun punya teruk aku nak ingat..sangat dahsyat kan insan yang bernama Norhafizah..haiyyyya.
Awal sem 4 pun masih kurang mengenali antara
satu sama lain. Aku jerrr lah, yang lain semua ok, aku memang tak pandai
berinteraksi kan? Kalau bertegur sapa pun, just untuk perkara normal, bergurau senda jauh sekali..Haish..teruk betul Si Princess Pelangi nih.
Ujian Allah
Perancangan dan aturan Allah tiada siapa yang tahu.
Allah menurunkan ujian buat hamba-Nya, dan ujian itu tanda kasih-Nya buat kita.
Itu pasti! Housemate ana diuji. Alhamdulillah, disebalik ujian yang Allah
turunkan pasti terselit hikmah di sebaliknya. Salah satunya, terjalinnya ukhwah
yang tidak pernah aku sangkakan. Ianya terlalu indah. Segalanya dilalui
bersama, pahit, manis, suka, duka, kami tetap bersama. Ujian Allah juga salah satu rahmat Allah buat hambanya.
Pagi yang Indah
Selama hampir dua tahun di bumi Nilai, sekali pun
aku tak pernah keluar berjoging di waktu pagi..eh, petang pun tak pernah
lah..heheheheh. Tapi ukhwah yang terbina mengeluarkan aku dari melakukan
perkara biasa-biasa. Kami habiskan pagi yang indah dengan berjoging di Dataran
Nilai. Penat? Memang lah..sebab tak pernah bersukan.. masa duduk Kolej Kediaman
1(KK1) dulu ada lah jugak sukannya..itu pun sebab kena jalan kaki pergi
kelas..huh!
Tak pernah-pernah aku sarapan pagi dekat luar, and
for the first time in bumi Nilai, ana and my housemate .,has a breakfast at
As-Salam..
Kelas Khas
Kelas khas ni di tubuhkan semasa time exam. Seronok betul kami belajar bersama. Guru kami dah pasti Mazyyah Osman. Dlam kelas tu ada Adudu, Bagogo, Intan Payung and yang lain-lain lah. Best sangat masa ni. Terbaik.
Sementara nak tunggu masuk sem 5, kami bercuti dua bulan.Maka buat pertama kalinya, aku rindu nak balik USIM.sebelum ni..aku tak pernah ada perasaan pun nak balik USIM.Cuma kalau tak payah balik USIM terus lagi bagus..itu dulu.
Tapi sekarang, Allah saja yang tahu, dalam diri aku dah ada rasa rindu..rindu nak bersama-sama housemate aku. The best lah housemate aku tahun dua. Semoga ukhwah ini terus kekal...perkara penting sekarang ni..aku rindu budak-budak ni.
kak fizah...luv u...and i will be always miss u..hehehe
ReplyDelete