disini hari ini, aku nak cakap tentang kahwin dari perspektif orang yang belum kahwin. Bukan bermaksud berilmu sangat, cuma nak luahkan apa yang terpendam di hati dan apa yang sedang berlegar-legar di minda aku. Tanpa membuang masa, kita masuk tajuk terus lah ya, tak payah panjang-panjang sangat intronya..heheheh
22 tahun aku menyusuri hidup sebagai manusia yang beragama islam, Alhamdulillah. Sepanjang tempoh masa ini, banyak juga pelajaran yang aku muatkan dalam diri, antaranya ilmu perkahwinan. Kahwin? bukan senang, lancarnya lafaz ijab kabul belum tentu lagi perjalan rumahtangga yang di bina selancar itu. kahwin tu maksudnya, menghalalkan yang haram, dan yang di halalkan itu adalah dari dua jiwa yang berbeza. Kalau dengan diri sendiri pun ada benda yang kita tak puas hati, jadi tak hairan kan kalau ada masalah sepanjang usia perkahwinan yang di layari.
Semakin dekat hari perkahwinan adik aku, semakin takut aku dengan kalimah "kahwin". puncanya? aku semakin banyak membaca tentang kahwin, realiti sebuah perkahwinan. Aku semakin mampu melihat perkahwinan dari sudut lain. cara aku memandang perkahwinan masa sekolah rendah, menengah dan sekarang sangat berbeza. kalau sama je, nampak sangat tak matang kan?
Selepas di tambah tolak darab bahagi, aku sekarang ni wedding planner adik Hadi. Aku yang siapkan segala kelengkapan kahwin dia. Jadi susahnya mengurus majlis perkhwinan tu boleh tahan lah. Tapi realiti rumahtangga lagi mencabar bagi aku. Ni bukan perkara sehari dua. tapi lama mana, panjang mana tak tau lah, kalau tak bercerai mugkin mati.
macam mengantuk pulak, nantilah sambung...idea dah stop..otak dah blurrr..ingat taw, entri ni akn bersambunng,,wasalam.
0 comments:
Post a Comment